+ dag dig dug +

June 28, 2011

Ibu Sayang Kamoo

Salam Selasa kalian,

Baru selesai call school Kakal. need to check how he is doing at school today. Almaklumlah sudah 3 hari sedap memerap di rumah. Semalam ada yang volunteer nak jaga Kakal. Risau katanya Kakal meragam 2 3 hari ini.

Malam Ahad lepas tidur rumah PIL, Kakal meragam masa nak tidurkan dia. Biasa pun dia memang meragam kalau dah mengantuk sangat tu. Tapi kali ini lebih teruk. As a mother of course ler kita tahu bila anak kita dah megantuk tahap gaban tapi masih nak main lagi kan. Kepala dah hampir terhantuk sana sini sebab dah mamai tapi mata tu melawan kan. So, Ibu pun bawa masuk Kakal dalam bilik. Siap tutup lampu, pasang zikir  nak bagi dia tenang & tidur. Dia tetap tak nak! Menangis sambil turun katil tuju pintu bilik. Ketuk² pintu bilik sambil nangis. Nak² denga suara Tok dia kat luar. Lagilah perasaan memberontak dia datang!

Apalagi, Ibu ni dah hanginlah satu badan. Time tidur ni sayang. Dah pukul 10 malam dah ni. Kalau tak nak tidur tapi nak main² takpe. Ini nak berdukung sambil menangis, sambil tunjuk² laman luar. Nak main kat padang pukul 10 malam? Biarlah benar anak oi.

Dah agak² mamai sangat, bancuh susu bawa masuk bilik terus lentuk tak sedar apa dah. Ok, ingat dah tidur nyenyak lah. Sekali pukul 1230 macam tu dia bangun terbatuk² sambil nangis. Kesian sangat dengar dia batuk tau. Terus angkat & tepuk² belakang dia. Huhu~

Mungkin sebab hidung dia dah block dengan selsema so dia tak selesa lah nak tidur kan. Sedut hingus dia & pujuk². Last² tertidur kat dada Ibu. Kena peluk macam itu baru dia selesa. Kesian.

Mood dia pun kurang lately ni, susah nak senyum. Tapi bila jumpa geng bukan main lagi dia tersengih-sengih. Ibu rasa anak Ibu ni kuat bersosial lah. Hahaha. Peramah lah maksud Ibu. Dia tak suka sensorang je. Dia nak ramai. Tapi kalau berdua dengan Ibu & Abi pandai pula dia bawa diri.

Sebab itu Ibu call school Kakal nak cek Kakal ok tak. Alhamdulillah, kakak² kata Kakal OK je main² dengan budak² lain. Takmo bad mood lagi ok sayang?

Ibu risau lah tengok Kakal muncung je.


Smile OK.

Kakal Smile, Ibu pun Smile



Rindu lah kamoo!




June 27, 2011

2 Tahun Lalu..


Auww

Saya SETUJU untuk menjadi Isteri kepada beliau yang saya sayangi. Yang saya jumpa hanya beberapa bulan sebelum beliau ucap kata² keramat itu..

Ya, saya terima nikahnya..

Terima kasih suami kerana menerima saya seadanya. Terima kasih kerana sanggup bangun hanya dengan bebelan atau jeritan kecil dari kejauhan. 'Bangun lah B, bangunlah dah pukul berapa ni? Kang ayang lambat kang. Punch kad merah siapa nak jawab?' Haha~

Terima kasih sebab tak pernah merungut kena tolong cucikan botol susu anakanda kesayangan kita. Walaupun kadang² saya boleh buat, tapi saya suka awak yang basuh. Sebab awak teliti, habis diganyang botol tu dari dalam ke luar.

Terima kasih sebab selalu tolerate dengan perangai Isteri yang macam² ini. Dari hari pertama kenal hingga ke usia perkahwinan ke 2 kita ini.

Harapnya terus bertahan hingga ke usia perkahwinan yang ke 20 atau 200. Insya'Allah kalau panjang umur dan jodoh. Setiap hari pun do'a pada Allah mohon lindungi keluarga kecil kita ini. Moga sentiasa di bawah rahmat & kasih sayang Allah. Moga² terus dapat jadi Isteri yang solehah untuk B.

Walaupun tanpa percutian mewah ke mana² atau intan permata sebangai hadiah, percutian ke Melaka & lunch treat semalam sudah cukup buat Isteri ini. Mungkin nanti akan ada permintaan kemudian itu B pertimbangkanlah ye. *winkwink*

Jadi B, ayang nak ucapkan Happy Anniversary ke 2. Dengan ucapan ....


'Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri'


HAHA~

 
I ♥ U so very much..

 
Oh dan terima kasih kerana menjadi seorang Suami & Abi yang memahami & legend dimuka dihati ada taman.

Sekian.

~Isteri Mu~



June 22, 2011

Hujung Minggu: Short Getaway, Father's Day & Birthday Party!

Beginilah weekend sekarang. Susah hendak melekat di rumah. Wah entry sekarang semuanya pasal weekend je. Nampak sangat I busy kat ofis (muntah lah kalau oficer aku baca ni..busy sangatlah ye awak?).

My sister Jaja & I had planned for a weekend getaway. Planning nak tidur di hotel dalam KL dan bawa anak² swimming saja. Kesian tengok Afiq Harris dah lama tak pergi swimming katanya. Plus, nak celebrate father's day dengan all the boys. Jadi, Atok Aji dengan baik hati telah book kan kami apartment di Legend Hotel. Seriously, baru tahu ada apartment dekat Legend. Selama ini ingat bilik hotel saja.

Suka bukan kepalang lah budak² dapat main dekat swimming pool. Bapak budak pun boleh tahan sukanya. Tak agak² tunjuk six-pack mereka yang dari 6 hanya tinggal 1 tu. HAHA. Konfiden level mereka tinggi. Mak² dan aunties silalah jaga anak sahaja. Takda masa nak buat cubaan kuak lentak atau kuak kupu² dekat situ.

Budak ini asal masuk pool je dia mengantuk. Entah apa peel lah.

Jaja with the boys.

Auntie Gudik yang setia melayan anak buah. Bagus!

Malam itu kami panggil Atok Aji & Nenek Nah datang nak celebrate Father's Day pula. Kakal dengan Aydin dua² dah out. Tinggal si Afiq sorang je masih bertenaga. Mak dia bagi pakai bateri Energizer agaknya. Hoho. Tapau KFC dekat The Mall & makaroni made with ♥ by yours truly ye. Tapi agak tawar Jaja cakap. Jaja memang banyak komplen, menyampah tau!

The Banner made by Jaja

Mereka yang diraikan. Comel tak tie mereka? Hehe

The Cake yang kebetulan sama dgn tema.

Family kecil saya, saya gemuk saya OK. hahaha

Family kecik Jaja.

Selamat Hari Bapa to Ayah & Hubby. I love you two so very much. Both are my kekuatan dan kelemahan. Both of you can make me cry & laugh. I would not trade both of you for anything in this world.
Sobss sobsss...(lap hinguss)


Then, lepas cek out ke birthday party Adrianna Rania anak kepada sepupu suami. Kelakar sangat bila si Chicky tu keluar. Birthday girl & a few kids kat situ menangis sebab takut dengan Chicky. Siap cakap ayam ayam takut! Hahaha kelakar. Bukan kids sahaja takut, ada orang besar pun takut hokey. Nama dirahsiakan. Hahaha.

Ariff Haikal, Faris Aiman, Aaron Ridzqy & Adrianna Rania.
Nama budak² zaman sekarang mesti nak double kan.

BBF
Tempat mengadu domba dan gosips!

Bday girl yang takutkan ayam. Hehe sian dia.

So thats about it. My weekend bersama yang tersayang. Minggu ini Anniversary Ibu & Abi yang ke 2. Dan juga birthday Abi yang ke sweet 16 sangat tu!

Harap² kita semua dah sihat lah hujung minggu ni so that boleh pergi jalan². Sekarang ni Ibu & Abi dua² pun tak sihat. Berlawan² batuk.


June 17, 2011

Antara KL Gangster & Nora Elena

Dua² pun ada Aaron Aziz!

And makes me go auuuwwww setiap kali tengok muka beliau. Macam kena panah petir giteww.

Masa Nora Elena tu macam biasa je takdelah gila sangat kan. Macam biasa je. Tapi sejak tengok KL Gangster tadi (tadi ye waktu lunch. sempat kan?) terus I jatuh hati laju² kat dia. Tengok dia kena pukul rasa geram. Sampai hati si Adiputra pukul Aaron.

Ada part² sedih yang menyebabkan tumpahnya airmata saya dan Sangratoo. Orang lain saya tengok relaks sahaja. Si MrsBard memanglah relaks sebab dah tengok 2 kali! Dah macam tengok Nur Kasih pula nangis beriye sangat.

Sudah² lah merapu. Tadi sebenarnya nak buat review lah konon.

Kami berlima ke Wangsa Walk semata-mata nak tengok filem ini ye. Saya, Sangratoo, LyndaZain, Sally Sweet & MrsBard. 5 bintang untuk filem ini. Yang paling menarik adalah pemilihan para pelakon. Aaron Aziz, Adi Putra, Saufi Jikan & Shamsul Yusof the director himself. Watak diorang semua gangster tahap gaban punya. Awal sampai akhir gaduh, tumbuk, gaduh, tumbuk je kerja. Soffi Jikan tu yang dalam HKLBR dia jadi bomoh Indon tu. Dalam filem KLG ini pun dia kelakar juga.

Dan paling menghidupkan filem ini adalah Zizan RL. HAHAHA. Dialog dia kelakar sangat!


Semua dah tahap mak² orang, sorang je masih available. HEHE.
 MrsBard takda dalam gambar sebab dia gelenyor nak snap² gambar orang.


Ok, happy weekends kawan²!




June 14, 2011

Back to School Bebeh!

Yes, setelah hampir setahun menghilangkan diri dari bidang pendidikan, saya kembali ke sekolah pada hari Ahad yang orang lain semua sibuk membaking cake lah puding caramel lah sempena Father's Day. But I have to go to school! Whatthefish.

Dah pasang niat to finish what I have started. Tak baik buat kerja separuh jalan. Mak kita tak ajar buat macam gitu. Dia bilang buat kerja sampai habis. Macam makan nasi juga. Jangan makan separuh-separuh, habiskan je tak kisahlah badan naik ke apa (Alasan ye)

Dulu berehat sekejap sebab sedang mengandung. Takut tak dapat tumpukan perhatian pada kelas dan asyik ponteng sahaja. Rugilah masa dan uwang kan? Baik tunggu dahulu dan cari masa yang sesuai.

Rasanya masa itu dah tiba. Budak bobot pun sudah 1 tahun. Dah pandai berdikari. Dah pandai kejut Abi dia bangun pagi². Dia gosok² tangan dan belakang Abi suruh bangun. Just like how Ibu did setiap kali kejut Abi. HEHE.

Maka, weekends akan jadi lebih hectic. Tidak akan sama seperti sebelum ini. Haruslah kena tinggalkan bekalan makanan untuk perut Suami dan Anak. Tidak boleh tidak. Harus! Kasihan nanti terkontang-kanting mereka berdua. Quality time untuk mereka berdua pun akan semakin kurang. Aktiviti pula padat. Badan dan minda juga akan jadi penat. Ibu harap Haikal & Abi support Ibu ok.


Everything I do, I do it for you. Sob sobs..


Ibu harap Ibu sudah bersedia. Wish me luck. Doakan yang terbaik.



Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Demi masa depan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin.

 Senyum, senyum, senyum..




June 13, 2011

A Day With The Girls

Weekend kan selalu cari alasan untuk keluar. Even keluar jumpa Mak & sibling sekejap pun jadilah. Duduk rumah saja panas ye. Nanti mulalah nak cari gaduh dengan Kakal je. Kakal ni macam Ibu dia juga. Kalau kat rumah dia tak tentu arah sikit. Kalau keluar dia sukalah.

*_______*

Sabtu hari itu kami ambil kesempatan melawat Nenek kat rumah Pak Ngah. Nenek sekarang dah jadi orang Kelana Jaya ok. Duduk kondo lagi. Cucu dia pula yang kena jaga rumah di kampung. HAHA. Nenek dah pesan jangan lupa sapu laman rumah kita yang sekangkang kera itu.

Baik Nenek!

Nanny Midah Kukis yang jemput kami dekat rumah. Abi kan takda, Abi pergi teman Nek Mok ke Rembau. Nasib baik ada Auntie Gudik sebagai Assistant Ibu pada hari itu. Good!



Nanny Midah Kukis sedang suap cucu nya.

Aydin buli dua pupu dia, Azril. HAHA


Afiq & Kakal tengah layan Michael si tikus belanda.

Memandangkan hari ini kami keluar tanpa suami, maka Mummy Jaja pun ajak teman beliau cari kain untuk buat baju raya. Selalu pun macam ini, lampi. Tailor dah tak ambil kain nak jahit dah Ja oi!

Gulatis @ Kota Damansara

Kasihan. Penat sgt ikut Ibu dia.

Sebenarnya ada 3 jemputan tak dapat dipenuhi minggu ini. Sebab Abi takda dan Ahad pula lepak saja di rumah. Maaf ye CPM Miera, Zarith Sofia & Yan ChiChi.

Minggu ini pula sudah plan sesuatu dengan Mummy Jaja. Nak bawa budak² mandi manda. Oh oh I cant wait!


p/s: 13 days to our 2nd Anniversary & hubby's birthday. Kejapnya masa berlalu.

June 6, 2011

♥ Hasya Qaireena ♥

Masya'Allah sedap kan nama dia?

Inilah dia Hasya Qaireena, baby bff saya Aznee yang telah selamat dilahirkan pada 5 Jun 2011 jam 5.00 pagi. Hasya anak kedua Azne & Wan. Anak pertama Azne bernama Harith Iqbal dah nak masuk 3 tahun dah pun (pandai plan diorang ni..hihi). Dua-dua anak Azne lahir time subuh. Sejuk perut Ibu dia tau.

Terkejut dapat sms Azne pagi² tadi. Baru je borak dengan hubby pasal Azne punya due date. Tup-tup dah bersalin dah kawan aku sorang ni. Terharu sgt. Sebab anak dia dah masuk 2!

Azne bilang kali ini pun senang juga sama macam lahirkan Iqbal. Alhamdulillah. Dia cakap sampai² je hospital terus masuk labor room sebab dah sakit sangat dah. Sejam lepas itu terus bersalin. Comel je Hasya berat dia 2.9 kg. Cute!

Waktu kami datang melawat tadi Hasya tengah BF. Lepas itu Azne pas Hasya kat kami sambil cakap 'Nah korang jaga kan dia. Korang semua dah ada anak kan? Ibu dia nak makan jap.'  

T_____T  sabar jelah haku!

Tadi sebelum balik pun Azne & baby dah boleh discharge. Result darah semua ok. Mudah-mudahan Azne dapat berpantang dengan sukses! HAHA. Nanti ada masa saya datang jenguk awak ok :). Rumah kita sekangkang kera je. Hasya nangis pun saya boleh dengar kot. HIHI.


Sayang Hasya sikit meh!
Oni pegang diam je, aku pegang dia teriak!

Kekurangan ahli. Tapi bertambah baby ♥ ♥ ♥
Hasya Qaireena bt Mohd Redzuan
2.9 kg (normal)
5.6.2011 @ 5am

Sesungguhnya baby adalah cuddly, wangi dan adorable! Yang pasti lepas ini termimpi-mimpi baby girl lah selalu.


Nota Kaki : Nak 1 plssssssssssssss!!!



June 1, 2011

Berdikari

berdiri di atas kaki sendiri..

yes. Ariff Haikal secara rasminya sudah mula berjalan sendiri tanpa bantuan Ibu mahupun dinding dan kerusi. semuanya bermula di Masjid Solehuddin Al-Ayubi, Taman Melati.

Alhamdulillah. semua dengan izin Allah.

hari itu 28 Mei 2011, sepupu Ibu selamat menikahi pasangannya di masjid tersebut. dan Kakal memang tak boleh duduk diam la. dia buli Auntie dgn Pak Ngah dia. suruh ke sana ke sini pegang tangan dia. tapi ada satu kali tu, dia berjalan sendiri. jauh pula tu dari hujung pintu ke hujung pintu belah lagi satu. tapi lepas itu dia merangkak semula. penat barangkali.

lepas itu Ahad dia prektis lagi. kali ini dekat dewan pula. agaknya sebab ramai yang duk melayan dia. dia jadi excited nak main dengan abang² yang dah besar². ligat dia berjalan ke sana ke mari.

betullah kata Nenek Nah, kuasa Allah kan. tahu² saja bila tiba masanya dia akan bangun dan berjalan sendiri. Subhanallah..

lepas ini boleh bawa Kakal for outdoor photoshoot! yeahhhh!

Apa pandang² ha??