+ dag dig dug +

December 30, 2010

Buh bye 2010..Hello 2011..

buat entri ini sebab takut tak dan nak buat masa cuti 3 hari ini. aktiviti mesti penuh dengan melayan suami dan anak. mana kan nak pergi menziarah rumah bonda tercinta lagi. oh Nanny Midah Kukis.

resolusi tahun 2011 ialah :-

1) nak habiskan study. dah tertangguh lebih setahun sebab pregnant & bersalin. kali ini bertekad nak habiskan lagi 2 sem saja lagi. tolonglah puan wardah jadi lebih rajin tahun 2011 ini.

2) nak uruskan rumah tangga dengan lebih baik. bukan sekarang tak baik. tapi nak buat lebih baik seperti masak untuk suami setiap hari melainkan dia kata tak perlu (hehehe) atau tiap² hari minggu MESTI masak makanan sedap² untuk family datang bertandang. cewah.

3) nak lebih SLIM. ini tiap² tahun punya resolusi. jadi ke tidak kita tengok je lah nanti.

4) nak jadi Isteri, Ibu, Anak, Sahabat dan sebagainya yang lebih baik dan memahami.

5) nak jadi Muslimah yang lebih menjaga nilai² Islam. Insya'Allah.

6) nak jadi hamba Allah yang lebih dekat kepada Nya. Amin.

takat ni itu je yang ingat. lain² akan di update dari semasa ke semasa.

thank you 2010 for bringing the best memories. bermula dengan kejutan sambutan hari lahir dari Suami tercinta hinggalah kepada kelahiran Ariff Haikal hero pujaan hari Abi & Ibu. semuanya membawa kenangan manis yang tak terhingga.

syukur Allah atas nikmat yang telah diberi sehingga hari ini. mudah-mudahan kami tidak akan pernah kufur dengan nikmat Mu ini. Alhamdulillah.

moga 2011 membawa lebih lagi acara² manis buat kita semua.

salam tahun baru semua! happy holidays with ur ♥ one.

+______+

Cayalah Malaysia!..and Khairul Fahmi..ehem..

oh tahniah team Harimau Malaya. u guys are superb!

and of course to the man of the game..Khairul Fahmi! sepet ye awak. tapi sangat tajam mata tu menampam penalti kapten Indonesia ittew. good job lah!

semalam masa Safee Sali gol kan itu saya tengah makan dan Abi tengah pegang Kakal. terus berlari saya amek Kakal dari Abi sebab dah tau dia akan bersorak kuat! nanti Kakal terkejut. macam sebelum tu Abi jerit masa tengah dukung Kakal terus tercebik² dia. cian anak Ibu.

short entry je lah pagi ini sebab dah terlambat pagi ini atas sebab² yang tak dapat dielakkan.

again..


TAHNIAH MALAYSIA..woot woot!!

cayalah u ollss

ehemm ehemm..he's taken ok girls!

gambar dari encik Google

pergi sini nak tengok siapa empunya http://jejariruncing.blogspot.com
p/s: rupanya gila femes dia sekarang. siap ada dalam wikipedia ok! http://en.wikipedia.org/wiki/Khairul_Fahmi_Che_Mat

ok berhenti sekarang..

+_____________+




December 29, 2010

Krismas Holiday

1 Malaysia kan?

jadi semua orang pergi sambut krismas kat PD ke hape? sebab PD adalah sangat jem. waduh waduh. jalan masuk ke Teluk Kemang adalah jem bermula dari bulatan tu. erk, pihak berkuasa PD silalah ganti mercu tanda PD yang dekat tengah² bulatan itu. bukan ape, dah berkarat. tak sedap mata den mandang. apetah lagi mata pelancong dari seberang. cewah.

kali ini percutian bersama my BBF (best biras forever) insya'Allah. hehe. kami tiga family bersama anak masing². ini kiranya percutian kami yang pertama together. dah lama rancang akhirnya menjadi juga. walaupun tak banyak aktiviti yang dapat kitorang buat, takpelah janji berjalan.


anak² kesayangan hamba
Zairol Akram, Aaron Ridzqy, Ariff Haikal & Zairol Faris

BBQ Nite
atas : barisan tukang kipas
bawah : barisan tukang baham makanan


BBF
sayang korang ♥


budak bobot yang teruja masuk kolam


perfect peekture ♥ ♥


tempat menginap Apartment Mayang Sari Port Dickson

mari review apartment ini.

saya bagi 2 bintang la. yang best pasal apartment ini ialah sebab kami dapat bahagian atas yang macam duplex itu. ada dua tingkat. tingkat atas ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. tingkat bawah ruang tamu, satu bilik air dan satu bilik tidur. semua bilik ada katil queen eh ke king? rasanya queen kecuali bilik utama di atas siap ada bath tub yang boleh muat 2 orang dewasa (ehemm ehemm).

interior design more to bali style but looks a bit old. macam ada bau² usang gitu. ruang tamu agak besar sesuai untuk 1 family lagi tidur di luar. tiada tempat memasak disediakan. tapi keperluan lain seperti peti ais, water dispenser, cerek elektrik & microwave semua ada. ada sediakan pinggan mangkuk juga. kata penjaga itu, rumah adalah milik orang melayu. jadi gunakan tanpa was-was.

untuk percutian yang singkat boleh lah. tapi untuk 2 3 hari macam tak kuasa pula nak naik turun lif yang agak scary (sambil jeling² Jue). yang paling sayang sekali ialah swimming pool dia. nampak tak dalam gambar tu macam air laut kan? tak biru tapi keruh. sebabnya ramai orang dari laut pun boleh masuk dah macam public pool pula.

seronok sangat walaupun hanya 2 hari 1 malam sahaja. tapi tidak mengapalah, lenkali kita repeat lagi hokey?

tak sabar nak bawa Kakal pergi swimming kat pool yang jernih sikit. +___________+


 

December 27, 2010

Nak Tidur Macam Ni!

itulah agaknya yang Kakal cuba buat Ibu dia paham.

baru sampai dari PD. Kakal tidur sangat lama. macam dia pulak yang drive pergi balik.

ni on the way to PD. sangat la melasak dalam kereta. terbalik² dia duduk dalam carrier tu.
tunggu la Abi beli car seat kena pakai seat belt baru padan muka Kakal.
lately ni Kakal suka tidur tiarap macam ni, dia selesa gamaknya kan. terpusing² sampai dia jumpa position yang selesa terus lena.

sukahati lah Kakal bobot nak tidur camana pon. tapi tolong jangan tarik rambut Ibu kalau Kakal mengigau ok! sakit lah baby. hehehe.



December 23, 2010

Sesi Perah Otak di Melaka

last week kan saya pergi Melaka untuk sesi perah otak bersama unit di tempat kerja. kepergian selama 4 hari yang meletihkan otak. tapi sangat seronok sebab sebenarnya officer kitorang yang terpaksa memerah otak dengan lebih gigih. hihihi.

kami stay di Holiday Inn. sangat seronok sebab lintas jalan je dah sampai Mahkota Parade. tiap² hari pun berangan nak pergi shopping kat sana. tapi apakan daya, kelas tiap² malam habis pukul 9 la 10 la. tak dan kami nak merayau jauh.

yang paling best masa ni sebab dapat pergi tengok movie. hikhik. midnite pulak tu. takdelah midnite sangat, pukul 1030 malam kan. kitorang pergi adalah dalam 12 orang yang terdiri daripada ayah orang, mak orang dan atuk orang. hahaha. tengok cerita apa tahu? Hantu Kak Limah Balik Rumah. terbaekkklah. siapa setuju sila angkat tangan macam saya (tangan penari kebudayaan pencen..)

lepas itu, malam ke 3 tak silap kitorang pergi karoks! hahahaha, itu kes dah bohsan sangat la tu. bersempit² kat karoks amoi tu. lantaklah janji dapat nyanyi. masing² cuba menunjukkan kehebatan masing². dan persembahan terakhir tu paling tak dapat dilupakan. hikhik.

seronok tapi sentiasa teringat kat suami & Kakal. tapi alang² dah berjalan kan, release tension la sekali..konon..

marilah layan gambar pula. penat i menceceh.

keberangkatan tiba

antara aktiviti² masa kat sana

bila boring ambil la gambar diri sendiri bersama rakan seperjuangan
Ila, Yan, Mama Faizah & Kak Syid

banyak lagi gambar, tepi kolam la, pergi karoks la. gambar kanak² riang terlepas pun banyak. itu biarlah simpan sendiri. malu laki i kang tengok perangai bini dia. hahaha~

December 22, 2010

Risau

Masuk hari ni dah 3 4 hari Kakal batuk². Mula² selsema, now selsema dah kurang ganti batuk pula. Batuk bukan slow punye, ini batuk kuat sampai merah² bawah mata dengan hidung dia.

Dah 2 klinik pergi. Mula² Klinik 1 (nama dirahsiakan), entahlah kenapa dengan doktor kat klinik ni. Kalau pun kau tak suka nak bagi ubat kat baby, diagnos la betul². Cek la betul², ada bunyi ke dada budak tu? Perlu ke tak amek nebuliser? Ini tak, balik² cakap 'Takpe, ni sikit aje ni.2 3 hari lagi dia elok la'. Tak suka la jawapan tu. Itu bukan doktor, itu macam tok bomoh je!

Klinik 2 pula, semalam baru pergi selepas ubat Klinik 1 bagi tu tak berkesan. Ok, doktor ini seperti doktor peribadi saya. Hahaha, takdelah sebab senang nak pergi jumpa dia. Time kerja pun boleh lari je jumpa dia. So far untuk penyakit² lain doktor ni sangat bagus. Masa bengkak susu dulu dia memang tengok dengan teliti. Sebelum operation pun minta advice dia dulu. Tapi untuk penyakit kanak² ni dia tak berapa sangat. Yelah bukan bidang dia agaknya. Kebanyakan orang pun tak serasi.

Bila diskas dengan Abi, dia pujuk suruh saya bersabar dulu. Tengok macam mana ubat tu dengan Kakal. Susu pun tukar kepada LF (Lactose Free) untuk kurangkan batuk tu. Kalau tak OK juga hari ini, baru bawa dia amek nebuliser. Tak OK juga, bawa jumpa doktor Paed kegemaran Kakal iaitu Dr. Wati. Jumpa pakar silalah sediakan RM. 

Takpe, demi anakanda terchenta.

Ini yang rasa nak amek insurans ni. Dah lama nak amek tapi asyik tertangguh. Any suggestion insurans yang bagus untuk anak² tak darlink² sekalian?

saya selsema. nampak tak hingus?
eiuwwww

December 20, 2010

Ibu Kembali

salam dears,

selamat sudah ber brainstorming selama 4 hari. sakit kepala woo. sebab bukan sekadar berkursus, siap pergi menziarah orang sekali. 

cerita & gambar kursus tu kemudian la saya letak. hari ini saya MC. now ada kat rumah bersama encik bobot. beliau sedang lena tidur di sebelah. Ibu je tak lelap² lagi dari pagi. biasalah, time anak tidur la mak dia ligat nak buat itu ini. ini mak dia tengah ligat nak hapdet pula ni. kerja rumah setel sudah. tinggal nak panaskan bubur Kakal je jap lagi.

bermula semalam menu bubur Kakal sudah ada perubahan. nasi+ayam+kurma. he loves it! mungkin ada kurma tu rasa manis² sikit kan. so minggu ni akan kekal menu itu. minggu hadapan Ibu google kemudian. hehe~

dan start esok Ibu akan bekalkan homemade bubur untuk Kakal. no more cerelac son! sila makan masakan air tangan Ibu awak ni. sebenarnye Ibu baru tahu boleh bawa masakan sendiri ke taska. masa mula² masuk dulu dengar² orang cakap takleh bawa food sendiri. aniaya betul kalau macam tu. 

cuma yang Ibu risau adalah time makan Kakal nanti. mampukah kakak taska tu bagi Kakal makan dengan baik? sedangkan Ibu kalau bagi Kakal makan pun udah rupe berperang. habis nasi atas baju, seluar Ibu pun ada. bumbo seat kat rumah Nyang pula tu. kan dah payah nak bagi makan. 

oh, esok kembali ke opish. malasnya, nak cuti boleh tak boss? 

hikhik..padehal cuti dah 0 dah.


December 13, 2010

Away to Malacca

mengada² je nak eja Melaka macam tu kan? hikhik.

ok, mode sedih sangat hari ni sebab terpaksa berjauhan dengan Kakal & Abi for four days. hukhuk. empat hari itu sangat lama. sedangkan pergi kerja 8 jam sehari pon sudah terasa sangat lama berjauhan. kalau empat hari ini tak taulah macam mana rupa Ibu nanti.

ini kali pertama juga berjauhan dengan Abi. hukhuk. takpe, Abi dah besar pandai jaga diri kan? lagipun duk Gombak ramai. im counting on u. sila jangan leka tengok anak hokeh!

encik bobot

tengok lah pak encik ni, kenmain lagi kaki tu. tu karpet semua kena alas. takut habuk. pak encik ni bukan boleh. kang habis hujung² tikar tu pun dia nak hisap.

Kakal sudah ada progress on solid foods itu. dia dah boleh terima nasi+carrot+ikan. tapi masih makan tak habis lagi. tak macam makan cerelac. takpe, Ibu akan bersabar. pasni Ibu tukar menu OK.


December 10, 2010

♥ Note to Ariff Haikal - 7th month

Assalamualaikum sayang Ibu,

baby buat ape tu aa? owh, main² dengan kakak kat school ye? takmo notty tau. jap lagi Ibu datang amek baby ye. Ibu tengah menunggu Abi dengan penuh kesabaran. cewah~

baby Kakal,

happy 7th month to you! dah besar dah anak Ibu ni. bukan main galak lagi sekarang ye? dah pandai mengemas. Ibu lipat kain, Kakal pun nak lipat juga. baik anak Ibu ni. dah besar nanti boleh tolong isteri. amin.

Kakal sekarang dan macam Rambo. mengesot satu rumah Kakal pergi. sampai masuk bawah kabinet TV pun ada. Ibu rasa rumah kita kena pakai tikar bambu tu lah. sebab karpet banyak habuk nanti Kakal suka nak jilat² hujung karpet tu. sedap sangat ke baby? Ibu kata 'Kakal no!' lagi Kakal suka sambil tersengih². hamboiiii, terus Ibu tak jadi marah. cair tau.

masa 6 bulan setengah itu hari berat Kakal ialah 8.8 kg. panjang last sekali ukur ialah 70cm. Alhamdulillah, membesar dengan sihat ye baby. Ibu kena beli baju baru Kakal ni. dah banyak tak muat. alasan~

baby..baby. kenapa baby tak suka Ibu buat bubur dengan carrot tu? kenapa buat muka pelik masa makan? tak sedap ye? tu lah dah biasa makan cerelac yang manis tu. tak kira! pasnih Ibu try ikan + bayam okeh! Kakal eat tau. kalau tau Ibu nangis. ini siries!

hmmm, apa lagi ye? oh, Kakal hari tu ada acara cukur jambul ke dua. kali ni kat Gombak pula. bila lah Ibu nak gondol kan kepala anak Ibu ni? tapi rambut Kakal pun tak banyak. hihi.


masa birthday abang Aaron
Kakal pulak yang feeling lebey~

 ok lah baby, Ibu nak kemas. nak balik sudah.

mmmuuahhhhh.

Ibu & Abi ♥ u banyak sangat otey?




Dinner Opish Ibu

bertempat di menara yang berlubang di tengah. walaupun berlubang ia nya tetap kukuh. insya'Allah.

tema dinner tahun ini ialah turqoise, silver and white. tapi dari tahun² sebelum ini pun tidak pernah mengikut tema. kita pakai apa yang ada je lah ye.

tahun ni tak masuk apa² acara pun. nak duduk dan enjoy the night sahaja. sudahlah sampai pun meja hampir penuh. hebat juga tahun ni ye, ramai yang datang.

opening gambit sangat 'hot'. sampai hubby Juju & Aznee tak tengok stage lah. takut sangat tengok penari tu bergelek. hahaha. Abi biaselah, dia belasah je tengok semua. nasib baiklah kitorang semua dah pencen menari, tak sanggup pakai macam tu, habis semua lemak² tepu terkeluar. hahaha~

over all semua persembahan malam tu ok. koir tahun ni ada pembaharuan, good effort. enjoy sangat tengok diorang menyanyi terutama Cik Sally Ton. hehe. artis jemputan ialah Ila & Adi Mentor tunjuk ajarku sifu. mantap giler vokal hokeh. masa Ila nyanyi lagu Killing Me Softly memang macam nak suruh dia nyanyi lagi sekali je. terbaeklah~

kemuncak acara haruslah Lucky Draw. walaupun semua terpaksa menunggu sehingga pukul 12 malam. gigih sungguh semua menunggu. walaupun dalam hati teringat Kakal. oh Kakal, sekejap ye ibu nak menang hadiah ni. hahaha~

memang lah tidak berapa nak bertuah sangat malam itu. asyik² laki si Linda je yang dapat (aku jeles taw!). dah down dah kita, semua dah rasa hampa nak balik. tapi tiba²..jeng jeng jeng..

pengumuman untuk The Most Happening Table. si MC suruh buat bising. meja mana paling kecoh dia menang. hahahaha, silap besar lah suruh buat kecoh kan. kitorang memang expert. tak cukup ketuk meja, habis dome makanan tu kitorang ketuk. nasib tak kemek.

dengan itu maka berbaloilah kedatangan kami malam itu. tidaklah pulang dengan tangan kosong. enjoy sangat malam tu. lagi best dari tahun lepas. tak boleh hingat haku artis tahun lepas. hahahaha. tahun ini walaupun simple but well done!

barisan mak² otromen yang meninggalkan anak masing² di rumah.
hahahaa~

with Ila (bukan Mentor), Pia, Cik Sally Ton,
Adi Mentor & Adan Dangdut

lihatlah dunia!!! ko ado?

feeling baru² bercintan

tak banyak bergambar dengan orang lain sebab sangat segan nak berjalan² seluruh dewan. hehe~

sampai rumah tengok Kakal dah sleep dengan Wan De dia. Wan De suruh biar je dalam bilik Wan De tapi Ibu kan degil, takmo, mane boleh! Ibu nak sleep dengan anak Ibu lah. nanti malam² terjaga takda bau bushuk masham Kakal kat sebelah tak boleh.

December 8, 2010

Contenglah Nak.

ever imagine how your house will look like when your child is growing up? hahaha, betul ke ayat aku. maksudnya pernah bayangkan macam mana rupa rumah anda bila anak² sedang membesar?

imaginasi mereka kan adalah sangat luas. lantai rasa macam aiskrim sedap untuk dijilat-jilat. dinding haruslah jadi kanvas bagi mereka. konon cam Pablo Picasso lah. hai anak...

so here come the solution. cewah, penyelamat keadaan ye.

DOODLE MAT (Thomas & Friends)
 
Colour, stamp, doodle and draw. Wipe it clean and draw some more! Have lots of fun making colourful drawings, doodles or story on the large drawing mat. You can even use your own water-based pen to add more colour and details. Once you are done simply wipe the mat or book with a damp sponge or run in under the tap water to wash away the drawing, then you can begin again.

hah! yang ini boleh lah anak² ku sayang nak buat ape pun ye. tiada pembaziran kertas akan berlaku. harap maklum. sebab boleh main padam² dengan kain lap sahaja. sungguh senang sekali.
 
ada Thomas & Friends, Toy Story 3 dan Moon & Sun.
 
boleh tengok lebih lanjut di Petite Chantek .
 

December 6, 2010

Happy Birthday Ayahanda~

tahun ke 58 ayahanda tercinta saya.

selamat panjang umur, dikurniakan kesihatan, semoga bahagia bersama cucu-cucu yang makin nakal semuanya. semoga Ayah sentiasa sukses!

kalau nak bercerita pasal Ayah harus makan dua tiga empat entry baru habis. atau mungkin takkan pernah habis. i have lots to tell. tapi yang paling penting cinta terhadap beliau adalah tidak berbelah bahagi.

tak suka lah cerita sebab tengok² walaupun hujan di luar bangunan, dalam bangunan juga sudah mulai 'banjir'. demmit!

ok sambung.

Ayah saya adalah idola saya, hero dan segala-galanya. beliau ada di maa susah & senang saya. saya masih ingat masa saya kecil. beliau bukan jenis yang suka marah². amek rotan pukul anak ke hape. cubit pun belum tentu. tapi kami semua takut sangat dengan Ayah. kalau nak minta barang apa² harus fikir ayat terbaik. prektis dulu baru jumpa beliau. selalunya reaksi yang kami dapat ialah..tiada. Ayah suka diam aje kalau kitorang minta apa².

bila respon macam gitu kita semua faham lah bahawasanya tak kan dapat lah apa kita mintak tu. mimpi lah kau orang. hahaha~ tapi kadang² diam itu maknanya OK. sangat unpredictable Ayahanda saya.

saya ingat juga masa beliau mahu berangkat ke tanah suci. waktu itu umur saya 10 tahun. kami adik-beradik semua demam! hahahaha. rindu sangat dengan Ayah sama Emak (Nanny Midah Kukis) sampai demam i tell u. bila mereke kirim poskad dari sana barulah semua gembira dan berebut nak simpan poskad tersebut bawa tidur. yelah, masa itu manalah ada henpon bagai.

Ayah saya hemsem. (ini statement, jangan siapa² berani komen) hahahaha~ kalau tak, takkan lah adik bongsu saya asyik panggil Ayah M.Nasir la A. Rahman Hassan la. hemsem wei. hehehe, siapa lagi mahu puji kalau bukan anak sendiri. hehehe~

Afiq Harris merenung kek atok!

budak kecik baru bangun tidur

Afiq Harris with his 'Uncle John'

mak buyung, pak buyung & anak buyung
celebrate besday Ayahanda at Cozy House, Great Eastern Mall. sangat sedap! anda mesti cuba! semua sudah kekenyangan tak larat nak habiskan kek lepas itu.

tapi ada seorang budak yang happy gile dapat makan kek atok nya.

lepas makan kek terus lalok. senyap saja dia. hahahaha

happy birthday Ayahte (hanya auntie gudik & mummy jaja sahaja yang paham)

we love u so much!

buku nota kecil : ayah sms > jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum azan & doa awal tahun selepas azan maghrib hari ini. doa semoga Allah berkati hidup kita sebelum ini dan selepas. *_______*

selamat menyambut Awal Muharam 1432h semua! moga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..rohani & jasmani..amin.


December 1, 2010

Bila Hak Anda Dicabuli

wah gitu sirius betul tajuk entry gwe ini hari. panas panas panas~

sebagai seorang blogger yang ala² baru menjinak-jinak kan diri ni, memang banyak sangat hak sebagai blogger tu yang saya tak berapa nak ambil tahu. tahu nak menceyceh, membebel dan menepek gambar sahaja dalam ni. tak terfikir pula sampai tahap yang merbahaya.

adalah dalam 2,3 bulan lepas seorang collegue bagitahu yang dia nampak wajah saya di bangunan setinggi 2 tingkat. what? apa gambar aku buat kat situ? mula² rasa sangat lawak king. biar benar lah mamat seorang ni. betul ke muka aku yang dia nampak.

daku : kau biar benar N**. betul ke muka akak kau nampak?
N** : betul kak! gambar kahwin akak. akak pakai baju silver kan?
daku : hah, betul lah tu
N** : takpe, nanti saya amek gambar kasi akak tengok ye.

fine, saya iye kan je lah. tunggu je lah dia amek gambar. tiba², last week terjumpa kat cafe dia tegur & bagitau nanti dia email kan gambar tu. sebab dia baru je balik dari kampung masa Aidil Adha hari tu. saya pun dah terlupa langsung pasal benda ni. terus ketawa berdekah-dekah sambil cakap 'ok,ok akak tunggu email kau'.

tunggu lah di depan pc dengan penuh suspen. hah, masuk pun email. hahahaha. itu benda pertama keluar dari mulut saya. gelak lagi. sebab rasa sangat kelakar la. ape ke bodoh sangat company ni amek gambar aku buat banner? bukan kah banyak lagi gambar perantin yang lebih elok, hemsem & cantik. kenapa kami? hahahaha~

saya pun sebarkan pada kawan². watdedem, semua gelak kan saya sebab diorang pun rasa lawak king. eh korang tak rasa aku layak jadi model syarikat perkahwinan ke haaa? hahahaha~

lepas tu sibuk la sebarkan kat suami pula. yelah, dah gambar dia pun ada sekali kan. tapi his reaction was different. dia marah ok! sebab orang amek gambar kitorang sesuka hati begitu. terus dia call photog kitorang minta nasihat apa nak buat. ada lah dia nasihat itu ini but 1st thing dia suruh call that company minta turunkan banner tu. jangan beri publisiti murahan kepada kami. hahaha~

cek punya cek, jumpalah nama company ni dalam FB. diorang ada fan page dalam FB lagi. geram betul. barulah rasa marah sebab diorang letak gambar tu dalam FB juga. tapi rasanya company ni tak berapa nak majulah. sebab fan die tak ramai mana pun. dan dia bukan orang 'kita'. hmm, faham tak? bila dapat tahu dia bukan orang 'kita' barulah rasa marah meluap² datang.

so far, takda tindakan pun yang kitorang amek. selain berhati-hati di lain kali. rasa² nya dia dapat gambar tu from my previous blog. wedding blog yang lama tu belah kanan ada link dia.

jadi dalam hati rasa nak buat 'right click function disable' tapi saya yang agak buta IT ni masih belum jumpa caranya. sesiapa yang baik hati silalah mengajar saya.

oh, ada masa sila lah melawat laman web http://www.cybersecurity.my/ . di sana banyak info tentang alam cyber ini. ni pun tahu bila baca blog cik puan nadiabyu. jadi, sebelum korang nak publish apa² tu pikir² lah dulu ye. kalau nak kopipes gambar ke resepi ke even nak kopipes the whole entry pun minta izin tuan punya dulu ye, kita boleh kasi lah. kita tak eksyen tau~

oh, lagi satu. hmmm, baca ni. fikir² kanlah.




AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 :

 

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.



 
sekian sudah entry berilmiah.



November 30, 2010

ChantekMoleq.com :: Your One Stop Online Shop

sticky mode entry: scroll down for new entry.

ChantekMoleq is originally a blogshop selling wedding needs and services.

Tapi sekarang sudah menjadi lebih lagi!

ada Petite Chantek for your babies, Lemari Chantek of course for u gorgeous mommies, wedding souvenirs & door gifts for bride-to-be, cookies & cupcakes workshop & many more to come!

And now they are having Launching Sale from 20th Nov untill 5th Dec. Silalah menjenguk ke sana.

Harap² anda jumpa apa yang berkenan di hati.


pls visit us here : ChantekMoleq



Entry Basi: Car Of The Year 2010

basi sudah cerita ini. tapi gambar masih fresh. baru semalam dapat upload.

tak ingat dah tarikh nya bila. rasa 2 minggu lepas kot. memang cantik sangatlah venue pameran ni kan. dekat opis sendiri. takyah susah² pikir nak parking mana, berapa hengget nak bayar semua. masuk pun percuma. berbaloi-baloi! hehehe.

pergi bersama my BBF no 2 dan family nya. saja nak bawa Kakal tengok car yang mahal² gitu. tengok je lah mampu sekarang ni nak oii. nak beli mungkin lambat lagi. atau tak da harapan langsung.

verangan duduk dalam Inspira yang ala² Impreza tu

Abi pun ikut sama verangan

Kakal naik motorbike!

Kakal, Mama Izi, Ibu
Adik & Abang

kereta idaman

time pergi ni takda pula barisan kereta antik macam yg Mummy Jue amek gambar tu. diorang sorok kan kat basement. mencik! terlepas nak posim posim bersama kereta antik.

p/s: kepada penjawat awam, semoga tabah menanti hari esok. +_____+


November 24, 2010

Nak Pergi Ke Tak Nak?

masih berkira-kira 1 2 3 dalam hati. dapat email tadi. sikitnya lah yang reply nak pergi. kesian nya. tak dapat sambutan menggalakkan.

tak macam 2 3 tahun lepas. masa mula² menjejakkan kaki di sini. meriahnya seperti MTV Music Award. hehe, taklah tipu je. tapi meriah sangat. tiap kali pun mesti mahu jadi barisan penyambut tetamu. sebab pertama: dapat baju free! woot woot! siapa tak suka dapat barang free? jangan tipu ye. kedua:sebab dapat kumpul dengan kawan² dan gosip tak sudah².

pastu masuk tahun kedua tak silap dah sibuk beraksi atas pentas pula. seronok sangat dapat beraksi untuk tetamu VIP dan yang lain². nervous jangan cakap lah. tapi seronok tu mengatasi segalanya. itu namanya pengalaman. memang tak dapat lupa sampai bila². sampai pernah tak dapat tempat duduk nak makan.

sadis.

sampai linda nangis lah. yelah, dah penat² beraksi tiba² tak dapat tempat duduk nak makan. nasib baik ada bos yang prihatin dengan kitorang, terus suruh banquet boy angkat meja untuk kitorang duduk. thank you bos!

tapi 2 3 tahun kebelakangan ni sambutan sangat suram. tak meriah sangat. faktor utama mungkin sebab lokasinya. hmmm, takleh elak lah yang ini. keterpaksaan namanya. tapi, senang apa kalau buat kat situ. semua orang dah tau jalan pergi balik. semua dah tau mana nak parking. takyah bayar tiket somemore. tapi itulah dia, tak menarik lokasinya.

so, sebelum pembentangan cadangan dibuat kepada Abi, Ibu kena pikirkan sebab musabab Ibu nak pergi jugak acara tahunan ini. jeng jeng jeng..

sebab pertama: ini adalah sebab utama tahu! Ibu nak tengok Auntie Linda ambil Anugerah Khidmat Cemerlang. Ibu nak bagi sokongan untuk dia. thats what friends are for. untuk memberi sokongan. hehe.

kedua : Ibu nak makan sedap². sebab kan dah bayar tiap² bulan, jadi kenalah makan! rugi tahu rugi..

ke3 : Ibu nak pakai baju kaftan. pls Abi pls. bila lagi Ibu nak pakai? T____T

4 : hmmm, Ibu nak berjimba dengan kawan², nak camwhoring sampai bateri camera habis.

5 : Ibu nak datim dengan Abi malam². ngehehehe. dah ada baby Kakal ni kan susah nak kuar malam² berdua.

onam : hmmmm, nak tengok performance malam tu dari Cik Sally ton. kumpulan koir beraksi kenalah bagi support walaupun dah retired. semangat setiakawan!

7 : nak tunjukkan semangat keKITAan. barulah warga menara yang sejati namanya. (ye sangat)

8 : Abi tanya > ada artis tak? op kos ade Abi! tapi bukan nama² besar lah. diorang budak baru. tapi apa salahnya kan, they all can sing what. menang no 1 lagi. Abi kan tengok rancangan tu. Abi suka kan suara dia? anak didik Dayang tau.

sembilan : Abi tanya lagi > bukan artis last year eh? hahahahahaha.. no salah! bukan ye. is it too loud tu kita dah banned! macam orang mabuk je nyanyi buat hape.

10 : saja je Ibu nak pergi memeriahkan majlis tu. walaupun belum tentu kedatangan kita tu nanti membuatkan majlis tu jadi gemilang ke apa, tapi at least kita menyumbang la kan.


okeh done! (dah rasa macam buat memo proposal)

malam nanti boleh buat perbincangan hati ke hati. jangan risau, Kakal tinggal dengan nenek dia. nenek mesti gumbira dapat jaga Kakal malam tu nanti. kan Nenek? tapi kena tengok juga Nenek available ke tak malam tu. Nenek moden ni kadang² banyak juga rancangan nya.


last year punya.
oh tummy! rindunya.
Kakal ada dalam tu tau.

lawan perut dengan Abi ♥ ♥ ♥

sekian,

wassalam.



November 23, 2010

Majlis Cukur Jambul Ariff Haikal

selesai sudah lah misi ibu & abi untuk majlis cukur jambul baby kecik ibu ni. kenduri kecil-kecilan sahaja. jemputan pun sedara-mara dan sahabat terdekat. aqiqah dah selamat buat sebelum ini.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. walaupun ada lah sedikit kekalutan melibatkan buai yang tak kesampaian! takpe, kami redha. bukan rezeki kakal nak naik buai.

layan gambar. mari!

cubaan menangkap kamera dari pak ngah!

ketawa dengan siapa tu kakal?

ibu tukang bagi gift, abi dah berpeluh.

atok aji kesayangan kakal


Nanny Midah Kukis kesayangan kakal juga

antara sedara yang meramaikan majlis

Alhamdulillah kakal tak meragam sangat. sebelum start cukur masa tengah marhaban tu, bagi dia susu then dia tertidur. abang Afiq Harris pon tertidur atas pangku atok aji. takda pula snap gambar dia masa tu. banyak juga gambar yang tak sempat snap. dah nama forografer tidak berbayar. maka redha sajalah gambar apa yang ada. ini ada pun dah bersyukur dah ibu. hehe.

ada lagi satu misi minggu ni. tapi misi ni tak berapa nak sibuk sangat sebab banyak sangat tangan dah handle. jadi ibu hanya sit back and relax. redha saja lah nanti. redha lagi.

word of the day ... redha..

dan tetamu kecik pada hari itu..

abang Aaron Ridzqy yang comel

hehehe..muka sayu je dia

thanks to kawan² yang hadir hari tu, sorry sangat tak dapat nak snap gambar sama². thanks datang ye u olls! mmuaahhh mmuahhh..



November 22, 2010

Perihal Kawan, Sahabat, Teman

apa pun yang kamu biasa bahasakan sahabat kamu. oh BFF ada juga. pokoknya ini perihal kawan². hari ini mood memang kureeengg. entah kenapa sangat tak best hari isnin ini. walaupun tadi pagi telah dikejutkan dengan senyuman kakal tersayang. hari ibu masih mandom. jadi bila mood mandom cik puan wardah akan membahasakan dirinya AKU. sebab rasa macam tengah bercerita pada diri sendiri.

sesungguhnya aku berpuasa. sesungguhnya aku berpuasa. sesungguhnya aku berpuasa.

aku cakap macam tu sebagai peringatan supaya mood aku tak lari jauh sampai aku kena berbuka. sia² je lah nanti.

ok, jarang sangat rasanya aku bercerita pasal kawan² baik aku. dengan siapa aku berkawan atau pernah berkawan. jarang sekali aku jaja kisah mereka kat sini. sebab? sebab itu antara aku & mereka. ada ke orang lain nak tahu?

aku serik.

aku pernah panggil dia sahabat karib. yang aku curah kan segala²nya. jatuh bangun aku dia ni yang tahu. biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula aku manusia. haruslah banyak silap.

kadang² kita tegur untuk kebaikan dia.
kadang² kita tak setuju untuk kebaikan dia.

kawan macam mana kamu mahu?
yang membenarkan sahaja semua perbuatan kamu walaupun salah
atau
yang memberi pendapat kerana sayang nya dia pada kamu

dia taknak kamu jatuh
dia taknak kamu di pandang hina
dia taknak kamu tersilap langkah

aku cuba jadi kawan yang bijak
yang jujur
bukan kawan yang 'kau terjun bangunan, aku pun kena terjun'
bodohlah aku macam tu

sirius,
aku rindu sangat pada kau
aku rindu saat² aku kongsi kesedihan aku
dan kau akan kata
'sabarlah, ALLAH itu dekat'

tak kisah lah
walau takde kau
aku masih ada mereka² ini

walau selalu gaduh
selalu kutuk sesama sendiri
tapi aku tetap sayang diorang
adik beradik sendiri pon boleh gaduh
kawan² apetah lagi
yang penting hormat satu sama lain
minta maaf kalau ada buat salah
faham memahami


kawan yang macam tin biskut
ada besar ada kecik

ok mood dah pulih semula

oh minggu depan ada dinner lah kat opish ibu. hmmm ibu tak tau lagi nak pergi ke tak. biasalah dah ada kakal, ibu risau la nak tinggalkan. tapi ibu datang nak sokong Auntie Linda yang dapat APC. tahniah linda! pastu ibu nak makan free! hahaha, cheapskate.

harap² artis jemputan bukan yang artis lelaki macam last year! cam orang mabuk di beri mikrofon! tak famous takpe asal boleh nyanyi. kalau famous suara cam orang mabuk pon cam hampeh tak berguna. janji pandai entertain crowd sudah. ada suara, ada rupa, ada bakat. kalau famous bayar mahal pastu nyanyi cam orang mabuk! tak yah!

habis duit kelab tahu!




November 18, 2010

Aidiladha & Lain²

salam mommies! dan daddy kalau ada..

salam Aidiladha. masih bertakbir kita hari ini ya. Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..

tahniah kepada yang hadir bekerja hari ini. tahniah! pekerja cemerlang sungguh. hahaha. sebenarnya saya takda cuti. dah kosyong dah cuti kita. hati takda pon kat opis ni. hati ada kat rumah, tengah golek² dengan abi nya. cinta hati sayang ibu. mmuuuahhh mmmuahhh.

semalam sesi makan sampai tak hingat saiz pinggang sendiri. makan makan makan sahaja kerjanya. sampai sesi fotografi pon tak ada sebab sibuk dengan makanan je.

plus dengan adanya baby bernama Ariff Haikal yang sudah tak reti duduk diam. kerjanya nak merayap saja atas lantai. nak pakai pampers pon dah macam nak berperang dah gayanya. memang tak menang tangan ibu dia ni.

dah penat main tidur bersama mr. caterpillar

pipi makin bambam. bukan haikal tapi ibu dia.
+_________+

last weekend ada member's sale kat mothercare. Mummy Jaja ajak pergi sama dengan dia. dia kan nak borong barang untuk 2nd baby dia. decide pergi kat BSC sebab mothercare sana rasanya lebih selesa nak shopping compared to mothercare the curve. agak sompit sikit situ.

ibu cepatlah. kakal dan lentok dah ni


Afiq Harris & Ariff Haikal
mereka tunggu mommies shopping!

tak beli apa pun. saya cari present untuk Aaron Ridzqy dan socks untuk Ariff Haikal saja. amek yang 40% ke atas saja ye. barulah berbaloi-baloi. hehe.