+ dag dig dug +

Showing posts with label monday blues. Show all posts
Showing posts with label monday blues. Show all posts

December 5, 2011

Monday Blues : Batuk & Koir

Salam 9 Muharam,

Kepada sesiapa yang berpuasa hari ini, tahniah dan selamat berpuasa. Moga barakah Allah sentiasa bersama kalian. Saya tak dapat berpuasa kerana Allah beri cuti. Seronok jadi perempuan sebab Allah beri banyak kelonggaran, senang masuk syurga tapi dalam masa yang sama perempuan juga lah yang paling banyak masuk neraka. Wallahu'alam.

Ustazah pilihan sangat rangkat di atas itu. Takpelah sesekali apalah salahnya ye dak?

Hari ini sangat mengantuk sampaikan dalam kereta dengan Cik Nee tadi pun boleh tersengguk². Padahal Cik Nee tengah beritahu pasal gossip baik punya, boleh pulak gua terlentok-lentok. Unbelievable. Semalam tak dapat tidur lena sangat. Asyik terjaga sebab terbatuk-batuk secara berduet dengan anak. Mak dengan anak batuk kokol namanya. Mak takpe lagi lah boleh je tahan batuk² ni. Tapi kesian dekat anak lah kan. Terus terjaga tengok je dia tak boleh nak tidur. Bila nak start tidur balik dia batuk lagi.

Hai kesian anak.

Anak kecil itu dah besar pun, gigi geraham dia pun dah tumbuh atas bawah kiri dan kanan. Rasa kelakar pula tengok dia bergigi banyak macam itu. Lain jadinya muka. Nampak lebih matang. HAHA.

Dan vokal juga bukan sekadar rupa..eh eh vokal dia pun sudah banyak yang menampakkan hasil. Sudah boleh ikut hujung² perkataan setiap kali menyanyi lagu 'Bangun Pagi Gosok Gigi..bla bla bla.....'. Makin rajin ikut cakap orang. Kena jaga setiap patah perkataan lepas ini, maklumlah Mak Bapak dia kadang² cakap kasar tak ingat anak depan mata. Lepas ini kena lebih bersopan santun.

Eh eh dah melalut padahal tadi nak gloomy sangat sebab terbatuk-batuk. Sudahlah Jumaat ini kena perform for dinner menara. Kalau suara tak ada macam mana kan? Nak miming memang boleh tapi kesian kat kawan². HAHAHA.

Baiklah nak pergi asah suara lagi bersama kumpulan koir yang makin lama makin tak tahulah apa nak cakap. Best tapi makin susah pula. Takpe ambil sebagai cabaran.

Mari bersiap!





Mak dah senyum, Anak sibuk tengok binatang.

October 24, 2011

Monday Blues : Puding Trifle

Salam,

Nak update tapi malas. Malas sebab gambar takda. Tak best je rasa update blog tanpa gambar. Gambar ada tapi malas nak edit. Malas malas malas.

Nak buat kerja tapi malas. Malas nak tulis minit. Malas nak buat memo. Malas nak pergi jumpa bos mintak sign. malas nak turun akaun hantar borang P. Malas malas malas.

44 kali aku cakap malas ni betul² malas kang.

Tapi semalam terrr rajin sikit. Sikit je tak banyak. Maka bila rajin, anak pula sangat behave (read : tidur) Ibu pun buat kerja di dapur. Di dapur line 3g celcom terbaik woookkk. Kalau kat hall agak suam² je. Memang nak suruh aku duduk dapur selalu.

Maka semalam bila ter rajin, inilah yang terhasil.


Puding Trifle

Resepi kita cilok dari sini je : http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/09/puding-trifle.html

Sumber: Kak Maizana

Bahan² :





Swiss roll (kita beli je, kalau rajin boleh buat sendiri ye)

1 tin fruit cocktail

Kristal Jelly - kita guna cap NONA

1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir

4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit

Yogurt atau whipping cream - kita guna whipping cream


Cara membuatnya:


Lapisan 1

Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.


Lapisan 2

1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.


Lapisan 3

Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.


Lapisan 4

Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).


Lapisan 5

Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya
Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10". (kita guna tupperware je)

-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi.


Buat 2 bekas, 1 untuk bekalan suami & rakan². Satu untuk bekalan saya & rakan². Lunch nanti nak makan. Berani bagi diorang rasa je sebab kalau diorang kutuk tak sedap memang aku luku terus tanpa was-was.


Sekian.


















October 3, 2011

Monday Blues : Panca Sitara

Baru naik kerja setelah seminggu bercoti.

Maka otak jadi tepu, beku.

Mak Jemah letak gambar je la ek.

Enjoice!


NAMA GLAMER TAK MENAHAN



March 28, 2011

Monday Blues : Dilema Seorang Ibu

fine. tajuk tak ubah seperti cerekarama. maka sudah tahu lah isi nya pun agak ber emosi. sediakan tisu pls~

last week sudah keluar announcement pasal team building, maka semua orang pun gelut nak mencari² tarikh yang sesuai. siriesly, saya malas nak pening² fikir nak pergi bila. yang penting nak pergi habiskan cepat dan balik cepat. maka saya ambil team yang pertama pergi pada 13-15 April ini.

bila tiba bab kursus bermalam² ni memang sangat la berbelah bahagi. tak pergi salah, pergi pun salah. huhu. tinggal anak, tinggal suami. sedih wei. tapi nak buat macam mana. bak kata BFF saya 'anggap je lah kau pergi mengharumkan nama negara' walaupun tak la kan. hahaha.

akhir Nov 2010 aritu pun kena pergi kursus juga. 3 malam lagi kat Melaka. ada orang tanya kat saya,

'relaks je awak ye. tak rindu anak ke?'

ye, muka memang relaks dalam hati hanya Allah dan suami saja yang tahu. berapa kali call, berapa kali buat video call. asal ada masa senggang je tgk video anak. nak tidur pun buka video dulu baru leh lelap. haru wei. sangat² emosi.



bahan bukti Ibu yang bersedih.
nangis sampai mata dah ada lingkaran gelap.

 
tapi ini namanya tanggungjawab. tanggungjawab terhadap negara. ecewah.



notakaki : malas nya lah hari Isnin macam ni kan. rasa nak balik golek² dengan anak je.