+ dag dig dug +

December 30, 2010

Buh bye 2010..Hello 2011..

buat entri ini sebab takut tak dan nak buat masa cuti 3 hari ini. aktiviti mesti penuh dengan melayan suami dan anak. mana kan nak pergi menziarah rumah bonda tercinta lagi. oh Nanny Midah Kukis.

resolusi tahun 2011 ialah :-

1) nak habiskan study. dah tertangguh lebih setahun sebab pregnant & bersalin. kali ini bertekad nak habiskan lagi 2 sem saja lagi. tolonglah puan wardah jadi lebih rajin tahun 2011 ini.

2) nak uruskan rumah tangga dengan lebih baik. bukan sekarang tak baik. tapi nak buat lebih baik seperti masak untuk suami setiap hari melainkan dia kata tak perlu (hehehe) atau tiap² hari minggu MESTI masak makanan sedap² untuk family datang bertandang. cewah.

3) nak lebih SLIM. ini tiap² tahun punya resolusi. jadi ke tidak kita tengok je lah nanti.

4) nak jadi Isteri, Ibu, Anak, Sahabat dan sebagainya yang lebih baik dan memahami.

5) nak jadi Muslimah yang lebih menjaga nilai² Islam. Insya'Allah.

6) nak jadi hamba Allah yang lebih dekat kepada Nya. Amin.

takat ni itu je yang ingat. lain² akan di update dari semasa ke semasa.

thank you 2010 for bringing the best memories. bermula dengan kejutan sambutan hari lahir dari Suami tercinta hinggalah kepada kelahiran Ariff Haikal hero pujaan hari Abi & Ibu. semuanya membawa kenangan manis yang tak terhingga.

syukur Allah atas nikmat yang telah diberi sehingga hari ini. mudah-mudahan kami tidak akan pernah kufur dengan nikmat Mu ini. Alhamdulillah.

moga 2011 membawa lebih lagi acara² manis buat kita semua.

salam tahun baru semua! happy holidays with ur ♥ one.

+______+

8 comments:

  1. lebar senyumanmu wardah... selamat menyambut thn baru. sesama kita berazam utk capai ape yg diimpikan..


    ..... i nak mengandung! itu impian pertama utk tahun baru..... doakan saya ye ^_^

    ReplyDelete
  2. senyum..tak perlu kata apa²..hehehe..selamat menyambut tahun baru biras ku..heheh..

    NMO2: mama sherry..kite doakan utk awak juga..aminnn :)

    ReplyDelete
  3. happy new year utk awk & family!!
    utk haikal, be gud ok! membesar bagai johan!

    ReplyDelete
  4. kak ena : insya'Allah. kita sama² doa ok. jgn jemu berusaha dan doa. :)

    ReplyDelete
  5. mummy: kacak luar..kacak dalam..kacak dengar sini..

    ReplyDelete
  6. Salam kak..Selamat Tahun baru..semoga akak lebih sukses bersama suami n kakal..yay!! sambung study..xmo lazie2..

    ReplyDelete
  7. nak kurus..nak kurus..nak wat makan sedap..nak wat makan sedap

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear