+ dag dig dug +

March 29, 2012

Sharing is Caring : Nilai Diri

Semalam ada kursus khas untuk Usherers & Usherettes sempena MIHAS yang bakal berlangsung minggu depan. Kami ditugaskan untuk Incoming Buying Mission di MATRADE sahaja. Bukan jaga exhibition di KLCC. Kalaulah dapat jaga exhibition alangkah seronoknya makan free sample hari². KUIKUI.

So, kursus berkenaan untuk memantapkan kami sebagai front liners di hari kejadian. Mula² tu saya macam berlagak sikit lah. Dalam hati macam 'Ellllehhh. dah 7 tahun kot jadi usherettes. Tu pun nak kena attend course ke? Pfttttt....'

Jangkaan adalah meleset dan bertukar 360 darjah setelah melangkah ke dalam dewan kursus. Seronok woh, sebab Speakers bukan sahaja berceramah tentang cara yang betul nak entertain orang, how to greet people in a proper way. Malahan beliau bercakap tentang nilai & personaliti seseorang. Bercakap hal psychology ni Mak Jems memang suka. Beliau tambah² pula masuk bab perkahwinan & keluarga.

Nak tulis semua yang beliau cakap dalam kursus tu memang Mak Jems tak ingat. Jadi, ada sikit² lah daripada nota Mak Jems buat renungan kawan²;



♥  Anak² selagi belum baligh adalah penghuni syurga. Sampaikah hati kita yang belum tentu masuk syurga atau neraka ni nak marah anak² syurga? Jadi, jangan marah anak.

♥  Jangan samakan nilai diri kita dengan orang lain terutama orang yang kita sayang.

Contoh 1: Kita rajin mengemas dan kita letak nilai yg sama untuk suami kita. Expectation kita tinggi supaya dia pun rajin mengemas. Bila dapat suami yang tak rajin mengemas, sudahnya kita yang stress.

Contoh 2 : Kita senyum dekat someone and expect orang tu senyum semula. Tapi bila orang tu tak senyu, kita cakap "Ellehhh, macam cantikkk je! Sombong betul taknak senyum." Walhalnya, tanpa kita tahu orang tu sebenarnya sakit gigi ke, pemalu ke.

♥  Hari lahir kita bukan semata-mata untuk kita. Hari lahir kita sepatutnya hari meraikan Ibu kita yang susah payah melahirkan kita ke dunia. So go on! Suprise your Mother on your birthday. Belikan kek bertulis ucapan 'Terima kasih kerana melahirkan saya ke dunia, Mak!'

♥  Redha Ibu Bapa adalah redha Allah. Kalau rasa duit gaji tak cukup, pergi tanya dekat Mak anda. Pasti Mak anda ada jawapannya.

♥  Perempuan ada banyak Emotional Senses, Lelaki hanya ada beberapa titik sahaja. Sebab itu lelaki lebih praktikal daripada perempuan. Sebab itu lelaki tidak boleh mengandung. Bayangkan kalau lelaki dijadikan Allah boleh mengandung? Habis nurse semua kena terajang dan anak kita mesti ada sorang je. Sebab lelaki yang praktikal akan cakap 'Awak punya pasal la ni saya mengandung! Sudah! saya cakap cukup seorang je anak kita! No more. This is an order!' LOL!!!

♥  Perempuan ada 7-8 pusat komunikasi, Lelaki hanya ada 2-3 sahaja pusat komunikasi. 75% minda wanita aktif semasa tidur, manakala lelaki hanya 25%. Sebab itu lelaki susah nak dengar bila anak menangis minta susu waktu malam. LOL!

♥  Nak bodek Boss tu boleh, tapi jangan tikam belakang orang. Kahkah.

♥  Smile, and the whole world will smile at you back.



Banyak lagi. Seronok sangat dengar. Both speakers are husband & wife. Teeheehee. Comel comel. Terus rasa macam nak study Psychology. Beranganlah Fie, Dip pon kau masih terkial-kial lagi. Emosi sendiri pun tak boleh nak kawal lagi. HAHAHA.

Have a pleasant day kawan²!



14 comments:

  1. mcm jeles je, semua org yg gi, kata course tu best. iskisk
    erm, anyway, smlm ptg kite nmpak ade org belajar bwk kete myvi merah keliling matrade. cayalah.. ciayo ciayo! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best yan. hiks. Alamak malunya, saya budak baru belajar. Maafkan saya kalau ter lebih press minyak. Hahaha

      Delete
  2. fie.. point yang perempuan ada 7-8 pusat komunikasi tu rasa mcm tak pulak ngan elly nie..

    sbb kalau isya nangis nak susu.. papa dia yg dengar.. mama dia ni tdo mati..langsung tak sedar ape..hihihi

    ReplyDelete
  3. sis, berguna info ni..
    tq yer..
    ina copy yg part marah anak tu sis..
    boleh ye.. ;)

    ReplyDelete
  4. Sy tibe2 terase - KENAPA SAYA TAK BERPELUANG NAK DGR SAMA? Best!

    ReplyDelete
  5. thanks for sharinf fie!

    point no. 1 buat kita sebak. sebab selalu je marah dekat anak kalau dia buat perangai. T__T

    ReplyDelete
  6. seronoknya baca ayat2 kat atas tu fie! Tapi cam sedih pulak, ibu kite dah takde, nak suprise kat dia, baca Al-fatihah n yasin jela...no more kek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuk, alfatihah buat arwah mak Fasya. Kalau mcm tu hadiahkan Alfatihah banyak2 ye.

      Delete

welcome to preggieland dear