+ dag dig dug +

March 13, 2012

Anak

Hari Ahad lepas genap umur Ariff Haikal 1 tahun 10 bulan. Sudah 22 bulan usia anak Ibu. Alhamdulillah, tiada kata atau cara lain untuk Ibu ucapkan betapa bersyukurnya dikurniakan anak seperti Kakal.

Jujur, pada Ibu Ariff adalah perkara paling sempurna dalam hidup Ibu. Antara pencapaian paling besar dalam hidup Ibu. Tidaklah Ibu rasa macam seorang yang hopeless, yang tak mampu menyumbang apa² pada dunia dan agama. Sekurang-kurangnya Ibu dah lahirkan seorang bakal khalifah yang Ibu doa sehari-hari menjadi orang yang berguna. Insya'Allah.

Rasanya semua Ibu² tahu betapa bertuahnya menjadi seorang Ibu. Setiap perlakuan kita Allah beri ganjaran. Sebab itu Ibu rasa bertuah Allah beri peluang untuk Ibu. Ibu harap dapat lihat Ariff membesar, kahwin, ada anak..Ibu nak pilih bakal menantu Ibu boleh tak Ariff? HUIHUIHUI.

Macam sirius dah bunyinya. Simpan sedikit nasihat untuk genap 2 tahun pula la yep Ariff?

Masih ingat entry sirius dan penuh emosi tentang Tounge Tie Kakal dulu? Alhamdulillah, makin lama makin terang vokal Kakal. Walaupun agak pelat tapi masih boleh difahami. Minggu lepas Kakal 'uk uk' banyak kali. Macam cair tapi bukan cirit-birit. Takde muntah², minum susu semua OK je. Ada sekali tu dalam kereta dia cakap..



Kakal : 'Bu, kitttt yuuuutttt!' (Read : Ibu, sakit perut!!). Walaupun rasa nak gelak guling² sebab siap facial expression tapi Ibu tercuak sebab betul dia pegang perut bukan pegang tempat lain.

Ibu : Sakit kenapa? Kakal nak uk uk ke?

Kakal : Muka menerannn...dan bunyi...tuuutttttttttttttttttttttttttt.



Muahahaha sakit perut nak melepas rupanya. Nasib baik Ibu faham. Sekarang ni dia suka main-mainkan kita. Asyiklah cakap 'Yak! Yak!' Datang kat kita suruh check diapers. Bila check takde apa pun. Haishhh.


Anugerah terindah


Semalam negara dikejutkan dengan berita tentang Adik Nurul Nadhirah atau Dirang. Kalau aku dapat orang yang buat tu mahu aku rejam dengan batu atau bakar dia hidup² balik. Kalau lah manusia ada kuasa begitu kan. Astaghfirullahalazim. Allah jua lah yang membalas segala kejahat kau tu syaitooonnnn!!!

Ye, memang emosi pun ni. Orang pun duk salahkan mak dia mengadap FaceBook. No komen bab tu. Yes, she is to be blamed for her negligence. Tapi apakah perasaan dia sekarang rasanya? Hilang anak ni bukan hilang barang kemas! Anak kena bakar bukannye basikal! Dont simply say things tanpa fikir. Orang masih dalam musibah, masih bermurung. Janganlah di tambah beban emosinya.

Moga Allah lindungi anak² kita semua daripada anasir² jahat sedemikian rupa.

Amin.





9 comments:

  1. mmg sedihlah pasal berita adik nur nadhirah yg kena bakar tu.mengucap panjang saya.
    saya amat risau apa akan jadi kat anak2 kita nanti.saya mesti tanamkan niat "saya mesti bawak kete hantar anak2 ke sekolah dan jemput diorg pulang".mmg budak2 tak leh lepa walau sesaat.

    oh,ibu.sape agaknya bakal menantu ibu ek?hahahahha..

    ReplyDelete
  2. ye la anum pun sedih dapat tau cerita nie sis
    ...
    al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  3. dah besar dah kakal..bila la ayish bole main dgn abg kakal yg bam bam jugak ni..hehehe

    # sedih dgn berita arwah nadirah..semoga ditempatkn di syurga..anak adalh anugerah terindah dr Allah..semoga anak2 kita dilindungi..amin

    ReplyDelete
  4. seme blog duk cite pasal kes nie....sedih jugak mun dengar berita nie semalam.....

    ReplyDelete
  5. wah..ibu nak pilihkan menantu??kemain ey ibu??dan sah2 lah rafique tak boleh jd menantu ibu..hahahha *frust*

    ReplyDelete
  6. kak fi kak fi,,kit yuut heheh~ comel la kakal ni :)

    ReplyDelete
  7. wah pandainya kakal..

    ibu kakal tak nk masukkan husna dalam list menantu pilihan ke? kihkihkihkih

    ReplyDelete
  8. Tgh imagine muka kakal bila ckp kit yuttt tu..mesti comel..


    Sedih jugak psl adik dirang tu..terkejut tgk berita smlm bila kata arwah dibakar..zalimnya manusia sanggup buat camtu pd knak2..

    ReplyDelete
  9. betul tu xperlu salahkan sesiapa cuma jadikan sebagai peringatan...semalam bila tengok berita sangat kesian kat maknya bila pemberita ramai2 snap gambar..patutnya xperlulah macamtu kan..sue buat entry pon sekadar tulisan saje..nak letak gambar xsampai hati

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear