+ dag dig dug +

November 14, 2011

Tumbuh Gigi Ke?

Baru² ini kan Kakal demam, demam yang susah nak kebah. Takut juga kenapa demam dia ni tak surut². Siang pun masih dedar. Lepas 4 hari macam gitu baru demam dia baik.

Masa tu dah cek satu badan dah takut² HFMD ke campak ke takut juga. Tapi takda tanda pun. So bawa cek darah, Alhamdulillah takda apa² juga. Lepas 4 hari demam dia pun surut.

Semalam lepak² dekat rumah saja² suruh dia nganga buat² macam Doktor nak cek mulut. Sekali nampak macam ada sesuatu dalam mulut dia. Suruh dia buka luas lagi dia pi katup mulut dia rapat². Selalu masa berus gigi tak nampak la pulak. Sebab memang susah nak berus gigi dia kan. Ha mak dia punya tak puas hati terus pegang kaki tangan dia, kasi dia nganga luas². Geram! HAHA.

Raba² dekat gusi dia rupa-rupanya gigi geraham belah kiri nak tumbuh. Dapat rasa dah keluar sikit. HIHI. Patutlah demam, sakit ye sayang? Harap² untuk cucuk setahun setengah ni awak ok je lah ye. Ibu memang nervous habis ni nak bawak awak pi cucuk. Hari Jumaat kita pi cucuk ok?

To all mommies, ini ada link untuk info lanjut berkaitan pertumbuhan gigi bayi dan kanak-kanak. Lihat sini > http://www.infosihat.gov.my/penyakit/GIGI/Panduanibubapa.pdf





Saya nak pi mengaji!!





12 comments:

  1. rupanya nak tumbuh gigi
    mesti sakit kan dia menahan
    cian dia

    ReplyDelete
  2. kakal muka innocent aje tau
    geram anT

    Fie, kakak alia pun dulu mcm tu. demam sbb nk tumbuh gg. geraham dah ada sepasang. harap2 lepas ni kalau nk tumbuh gg tak demam lah. bukan apa, kesian n x sanggup tgk anak sakit.

    ReplyDelete
  3. ibu kakal, sian kakal..same goes with my baby..bila beralih bulan je, demam..huhu..x sanggup dah tgk baby demam lame2..sian sgt..aritu tgk kt gusi bwh baby mcm nk tumbuh gigi..tggu je la..

    ReplyDelete
  4. aloor tumbuh gigi rupenya .. normal tuu dik :)

    ReplyDelete
  5. tumbuh gigi untuk tambah kiut..hehe

    ReplyDelete
  6. Ann : Betul tu Ann, tak sanggup la asyik demam je cian budak2

    ReplyDelete
  7. Sue : Ayish nak tumbuh gigi la tu kot Mommy

    ReplyDelete
  8. ewww chomel!

    ank buah niena n demam nk tmbuh gigi

    ReplyDelete
  9. wah comel la Kakal nih...pakai songkok lagi..comel2...

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear