+ dag dig dug +

November 11, 2011

11.11.11 - The Day He Turns 1 1/2 Years Old

Harus ada entry hari ini. Tarikh cantik haruslah dikenang, bertambah istimewa kerana ia hari di mana superhero saya bertukar kepada setahun setengah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan saya anak yang sempurna dan sihat seperti Ariff Haikal. Sakit demam itu perkara biasa dan saya anggap ujian dari Maha Pencipta kepada hamba Nya. Tiada anugerah yang lebih terindah daripa dikurniakan cahaya mata yang sentiasa menggembirakan hati dan menceriakan hari yang suram.

Superhero Ibu ini masih dalam learning process untuk bercakap. Masih bertatih² nak menyebut perkataan satu persatu. Yang jelas Ibu dengar sekarang NAK, NANAK (TAKNAK), NANGAN (JANGAN). Yang lain dia main ikut je apa kita sebut dia pun cuba nak sebut. HAHA. Dah faham maksud TAKNAK itu apa. Selalunya sampai school je dia mula sebut NANAK, nak makan ubat pun sama NANAK NANAK sambil tangan buat macam NO NO dan terus melarikan diri. Makin garang juga superhero ni, asyiklah nak babab orang, nak babab kren lah, nak babab semua benda yang buat dia la. Kalau terlanggar meja nak babab meja. Tskkk.

Pagi tadi punya cerita, dia jadi HERO selamatkan Ibuyang terkurung dalam bilir air.


>____<


Abi dia tidur tak sedar diri, Kakal yang terjaga dan menangis cari Ibu dia. Barulah Abi dia cari mana Ibu. Ibu dia dah menangis dalam bilik air. HAHA. Sebab itu harus ingat kejadian hari ini.

Hari ini juga Abi ada 2nd event dengan PV. Terlalu ramai orang menikah hari ini kan. Esok sampai ahad pun ada event juga. Terpaksa Ibu menumpang kasih sesiapa kalau nak ke mana-mana. Inilah padah tak berani nak drive sendiri.

Baiklah, selamat pengantin baru kepada yang bernikah hari ini. Selamat panjang umur dan murah rezeki kepada yang menyambut hari lahir. Moga kita semua diberi keberkatan. Amin.


To superhero Ibu yang disayangi lagi dikasihi sepenuh hati,

Ibu will always love you ok. Ibu sayang Ariff Haikal lebih dari nyawa Ibu sendiri. Ibu nak Ariff Haikal membesar dan jadi anak yang soleh dan hormat Ibu Bapa serta orang yang lebih tua. Sentiasa ingat Allah dan cintakan Rasulullah.



Ibu sayang kamooo banyak sangat!!




p/s : Erk, nanti kena ambil jab setahun setengah. Ibu yang takut nih.






14 comments:

  1. Kakal...aunty geram gebu betul tau
    dah pandai cakap ye

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun setahun 1/2 ye Arif haikal..nama dekat2 ngan bebe cik mai Zameer Haiqal..hehe

    ReplyDelete
  3. uuu....da beso dah kakal...bile la anT dpt jumpe kamu lagi yerp...dulu anT tgk dr kejauhan aje sbb x kenal...dlm hati ckp comel gilak kamu time tu..hehhe...

    ReplyDelete
  4. nice shoot..i like..kakal nampak montel
    ai mcm mane boleh terkunci tu..nasib ade penyelemat yer

    ReplyDelete
  5. Nurul : Hehe, pandai sikit2 je baru Auntie

    ReplyDelete
  6. Ena : Birthday Rayyan Insya'Allah jumpa ok?

    ReplyDelete
  7. Yana : Masa ni montel lagi. Maybe shot dari bawah. Haha.

    ReplyDelete
  8. Alahai..suka tgk berckp dlm usia gini..best..cute..

    ReplyDelete
  9. fie mai tag utk GA kat sini http://fiqracake.blogspot.com/2011/11/giveaway-7-days.html

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear