+ dag dig dug +

March 18, 2011

♥ Note to Ariff Haikal - 10 months

Salam Ariff,

sorry baby last month Ibu tak sempat nak update progress baby. bulan ini pun dah rasa terlambat baru Ibu nak buat. Ibu update cepat² ok.

Alhamdulillah, Kakal baru je lepas baik dari demam campak. mula² demam panas juga tapi tak sampai 39, dalam 38 macam tu tapi kaki tangan dah sejuk². kali ni Ibu & Abi tak fenik macam dulu. Ibu cepat² bagi ubat dan demah Kakal dengan air daun bunga raya. cepat je sejuk badan tu balik.

Lepas 3 hari demam kebah, Ibu perasan belakang badan Kakal ada macam ruam. tapi timbul² ruam tu dan agak banyak. dekat muka pun ada. Ibu risau dah tapi memandangkan Abi masih bercuti sakit, Ibu bagi sepenuh kepercayaan pada Abi untuk jaga Kakal. Abi pun call masa Ibu kat opis. Abi cakap ruam tu dah makin banyak. oh kesian baby Ibu. balik tu Ibu sapu Calamine Lotion and bagi ubat tahan gatal. comel je Ibu tengok Kakal mengaru tapi kesian pun ada. heheh~

ok so far progress Ariff Haikal sekarang ialah :

- bila dah berdiri dan nak duduk balik tu dia dah pandai dah adjust tanpa tergolek ke belakang. hehe

- dah pandai menari², goyang² badan bila dengar lagu. siap membebel macam menyanyi.

- dah kenal Barney, Spongebob & Thomas. bila nyanyi lagu Barney je dia tercari² mana cd Barney tu. hihi.

- masih suka dengar alunan zikir kalau nak tidur. pasang lagu mesti muka macam pelik tak mau tidur. tapi bila pasang zikir, terusss tutup mata tu lena. zikir ni mmg jadi amalan Ibu sejak Kakal dari dalam perut. sebab tu mungkin dia kenal zikir tu.

- masih suka tidur berpeluk kat bahu Ibu & Abi. kalau restless je mesti kena pegang dia macam itu. baru dia lena semula.

- sudah pandai minum guna sippy cup & straw. tapi kalau nak tidur masih kena bagi pakai botol. sippy cup tu bagi bila minum air masak sahaja dulu.

- gigi masih belum tumbuh banyak. masih 2 sahaja. segan² pula gigi nak tumbuh ye?

- belum boleh berjalan. tidak mengapa baby. slow slow ok. step by step. Ibu pun belum puas tengok Kakal explore lantai lagi. hehe

so far, itu je boleh Ibu ingat. tapi semua baby pun tak sama perkembangannya. yang penting normal dan sihat Ibu dah cukup bersyukur. anak Ibu dah besar!!!

Ibu & Abi ♥ u Ariff Haikal!





kredit to Rizal Rahman Photography (dot) blogspot (dot) com


notakaki : terima kasih sayamku for taking care of our lil' pumpkin..i♥u too!





8 comments:

  1. heheh..dah macam ayen aku ngk ..anje anje mummyyy!!! (peluk ketat²)

    ReplyDelete
  2. comel btol pumpkin ni..skali ngk mcm apak pumpkin pon ade..kihkihkih..pumpkin ni sgt comel nih!! geram nih!

    ReplyDelete
  3. hello kakal. Happy 10mth Bday. sokmo senyum dia dalam gambar. suka camera eh sayang. ;D

    ReplyDelete
  4. kakal bam bam & tomey.nnti insyaallah in future (maybe next month) kakak eyin akan sertai school kakal.leh kawan2 ek.:-)

    ReplyDelete
  5. comelnye hero u!bolela berbesan.haha

    ReplyDelete
  6. comelllnye baby kakal ni..xpe 10mths lgi kn so stil leh pggil baby lgi..gigi pun xbyk kn..nnti dh byk geget idong ibu ye kakal..hihi..kak fie, pia dh beli cd tuk ibu mengandung..byk surah2 dlm tu..pia nk wat cam kak fie suh baby dgr..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear