+ dag dig dug +

March 7, 2011

Family Day 2011 - Tiara Beach Resort, Port Dickson

salam Isnin semua,

hari Isnin memang sangat boring. buat kerja pun macam takda hati saja. anak pun menangis sebab kena pergi school. dah sedap duduk bawah ketiak Ibu 2 hari kan.

as usual, setiap 2 tahun sekali (rasanya) opis Ibu akan buat Family Day. jika bajet ada dan mencukupi. hehe. maka tahun ini bajet agak OK dan boleh pergi jauh sikit. kalau tak balik² Desa Waterpark. hahaha~

memang tak mahu terlepas peluang keemasan ini. kalau tanya urusetia siapa yang terawal hantar borang mesti dia pun nak tergelak. sebab 5 minit lepas email keluar borang pun sampai atas meja beliau. nampak sangat semangat nak pergi tu membuak².

apalagi bila semua BFF pun turut serta, lagi lah semangat! tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. BBF aka BFF saya Mummy Jue pula tak dapat join last minit. Aaron Ridzqy demam pula. Mummy Jue sangat sedih seperti yang ditulis dalam blog beliau, saya pun turut tersedih sebab tak dapat berjimba bersama². takpa ye Aaron, nanti kita pergi ICT ye. cewah~

ibu bapa yang teruja melayan anak berendam

♥rakan berjimba♥
Kakal, Ibu & Abi ♥♥♥

banyak gambar Kakal senyum perit. tak pasti samada keadaan cuaca masa tu panas ataupun dia takut tengok kolam ramai sangat orang. sekarang ni saya perasan yang Kakal sudah masuk frasa 'Separation Anxiety'. masa dekat sana, dia tidak mahu orang langsung. saya jauh sikit dia menangis cebik². selalunya dia tidak begitu. Hubby cakap mungkin sebab dia tidak berapa sihat. sehari sebelum pergi tu dia berak².

dia sudah kenal orang. hanya mahu orang yang familiar sahaja. kalau hantar school sekarang pun cebik². tapi kalau nampak rakan sebaya dia atau besar sedikit mula lah dia tersengih² siap tegur macam nak mengorat. lagi² perempuan kan. kenmain lagi.

oh, ada sesiapa yang boleh bagi suggestion pasal Colagen Drink kah? i think i need one. hahaha. sebab tengok muka macam dah kekurangan Colagen.

*______________*


23 comments:

  1. kakal senyum perit fie same mcm antie taffy die.. hahaha.

    ReplyDelete
  2. seronoknya perjimbaan itu..sedondon biru gtu..hehee

    ReplyDelete
  3. wah2 seronoknya .. sama jer baju .. tema cantik lak tuu biru laut !

    seronok layan anak jer ker .. ibu2 x debush2 ker :))

    ReplyDelete
  4. fie,dlu fara pnh minum soy collagen...hurm...mmg bagus...badan mmg rasa bertenaga jerk..tak cepat letih...kulit pun jadi putih mulus jer ....tapi lama dh stop...dah malas...heheeh....benda ni kena rajin...bak kata org klu nk cergas dan cantik kena lah berusaha skit..hehehe...fie try la skrg ada cocoa collagen..org kata bagus..fara baru nk try...

    ReplyDelete
  5. singgah balas padan kakal dan ibu :-)

    ReplyDelete
  6. aznee: itulah nye, terikut auntie taffy!

    ReplyDelete
  7. kak ieda: hehe, mak² la yg terlebih berendam

    ReplyDelete
  8. fara : kena rajin dan berduit selalu. hahaha

    ReplyDelete
  9. mana gamba aku??aku takde ke??uwaaaaa~ heheheheeh

    ReplyDelete
  10. tunggu aku tengah buat beauty drink nieha.. soft launching nanti aku jemput.. hahaha...

    ReplyDelete
  11. berseronok la baby kakal ye..chomell sungguh..cian die cebik2 msti tambah2 chomelll...kak fie bykkn minum air tau..

    ReplyDelete
  12. huhu... colagen drink??? pnh try... tp mcm x der kesan jek... tp kalo minum 3 bln sekali..mana nak jadi...hahaha... try la traditional solution.... amik madu.... bkn bermadu yer... heheh

    ReplyDelete
  13. auntie pia : hehe baik auntie :)

    ReplyDelete
  14. ms queen : bermadu? no no no...

    ReplyDelete
  15. bestnyerrr bestnyerr. boleh tak fie share psl company family day ni kt sy.. adiah semua .. sy plan nk buat family day tp xsure la cmne.. plan mmg buat kt tiara ni..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear