+ dag dig dug +

December 6, 2010

Happy Birthday Ayahanda~

tahun ke 58 ayahanda tercinta saya.

selamat panjang umur, dikurniakan kesihatan, semoga bahagia bersama cucu-cucu yang makin nakal semuanya. semoga Ayah sentiasa sukses!

kalau nak bercerita pasal Ayah harus makan dua tiga empat entry baru habis. atau mungkin takkan pernah habis. i have lots to tell. tapi yang paling penting cinta terhadap beliau adalah tidak berbelah bahagi.

tak suka lah cerita sebab tengok² walaupun hujan di luar bangunan, dalam bangunan juga sudah mulai 'banjir'. demmit!

ok sambung.

Ayah saya adalah idola saya, hero dan segala-galanya. beliau ada di maa susah & senang saya. saya masih ingat masa saya kecil. beliau bukan jenis yang suka marah². amek rotan pukul anak ke hape. cubit pun belum tentu. tapi kami semua takut sangat dengan Ayah. kalau nak minta barang apa² harus fikir ayat terbaik. prektis dulu baru jumpa beliau. selalunya reaksi yang kami dapat ialah..tiada. Ayah suka diam aje kalau kitorang minta apa².

bila respon macam gitu kita semua faham lah bahawasanya tak kan dapat lah apa kita mintak tu. mimpi lah kau orang. hahaha~ tapi kadang² diam itu maknanya OK. sangat unpredictable Ayahanda saya.

saya ingat juga masa beliau mahu berangkat ke tanah suci. waktu itu umur saya 10 tahun. kami adik-beradik semua demam! hahahaha. rindu sangat dengan Ayah sama Emak (Nanny Midah Kukis) sampai demam i tell u. bila mereke kirim poskad dari sana barulah semua gembira dan berebut nak simpan poskad tersebut bawa tidur. yelah, masa itu manalah ada henpon bagai.

Ayah saya hemsem. (ini statement, jangan siapa² berani komen) hahahaha~ kalau tak, takkan lah adik bongsu saya asyik panggil Ayah M.Nasir la A. Rahman Hassan la. hemsem wei. hehehe, siapa lagi mahu puji kalau bukan anak sendiri. hehehe~

Afiq Harris merenung kek atok!

budak kecik baru bangun tidur

Afiq Harris with his 'Uncle John'

mak buyung, pak buyung & anak buyung
celebrate besday Ayahanda at Cozy House, Great Eastern Mall. sangat sedap! anda mesti cuba! semua sudah kekenyangan tak larat nak habiskan kek lepas itu.

tapi ada seorang budak yang happy gile dapat makan kek atok nya.

lepas makan kek terus lalok. senyap saja dia. hahahaha

happy birthday Ayahte (hanya auntie gudik & mummy jaja sahaja yang paham)

we love u so much!

buku nota kecil : ayah sms > jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum azan & doa awal tahun selepas azan maghrib hari ini. doa semoga Allah berkati hidup kita sebelum ini dan selepas. *_______*

selamat menyambut Awal Muharam 1432h semua! moga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..rohani & jasmani..amin.


4 comments:

  1. happy besday uncle.. moga pjg umo n d murahkan rezeki...

    ReplyDelete
  2. my dad next yr baru 58 tahun. cozy house mmg sodap. dulu i keje kt tower great eastern tu, tp kalau nak lunch setiap hari kt ctu tak mampu pulak rasenya. happy birthday to your dad, semuga panjang umur, sihat selalu, murah rezki.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear