+ dag dig dug +

October 25, 2011

Kalau Bolehlah

Salam,

Topik pagi Hot Chat Hotfm hari ini ialah Kalau Boleh Pasang CCTV, Di Mana dan Siapa Anda Nak Pantau? Huhu. Ada yang cakap nak pasang dalam kereta suami lah sebab suami selalu curang. Apa pasang dalam kereta? Curang bukan setakat dalam kereta je kak.

Tapi kalau tanya saya, saya nak pasang dekat TASKA! Haha. Senang lah nak pantau aktiviti kanak² dekat situ dan aktiviti penjaga. Nak tengok juga skill seorang penjaga untuk 5 orang budak. Hebat tu. Mana tahu boleh belajar dari diorang kan? Sambil tu boleh tengok apa yang anak kita belajar dekat sana. Jadual mereka hari² macam mana kan.

Tadi ada Mesyuarat Agong bersama koperasi. Ada beberapa usul yang dikemukakan untuk Taska. Harap² dipertimbangkan oleh pihak² berwajib. Bukan untuk saya seorang tapi untuk semua kebajikan Ibu Bapa yang hantar anak² mereka ke sana. Usul ada yang diterima dan ada penambahbaikan akan dibuat. Alhamdulillah. Terima kasih KOOP!

Hmmm, nak update pasal KL Festival City Mall yang baru buka dekat Danau Kota tu. Simpan untuk esok lah yep.

Sekian.




2 comments:

  1. best kan kalo ada live camera kat taska. kite tgk ape anak kite buat sambil2 kat opis keje nie. heaven ah kalo gtu =D

    ReplyDelete
  2. udah ke KLFC ker?

    sentap!

    ai yg dekat giler2 ni pun sekadar lalu jek tau

    eh, emas sri pinang tgh tawar karga kan... harus terjah jugak

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear