+ dag dig dug +

October 24, 2011

Monday Blues : Puding Trifle

Salam,

Nak update tapi malas. Malas sebab gambar takda. Tak best je rasa update blog tanpa gambar. Gambar ada tapi malas nak edit. Malas malas malas.

Nak buat kerja tapi malas. Malas nak tulis minit. Malas nak buat memo. Malas nak pergi jumpa bos mintak sign. malas nak turun akaun hantar borang P. Malas malas malas.

44 kali aku cakap malas ni betul² malas kang.

Tapi semalam terrr rajin sikit. Sikit je tak banyak. Maka bila rajin, anak pula sangat behave (read : tidur) Ibu pun buat kerja di dapur. Di dapur line 3g celcom terbaik woookkk. Kalau kat hall agak suam² je. Memang nak suruh aku duduk dapur selalu.

Maka semalam bila ter rajin, inilah yang terhasil.


Puding Trifle

Resepi kita cilok dari sini je : http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/09/puding-trifle.html

Sumber: Kak Maizana

Bahan² :





Swiss roll (kita beli je, kalau rajin boleh buat sendiri ye)

1 tin fruit cocktail

Kristal Jelly - kita guna cap NONA

1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir

4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit

Yogurt atau whipping cream - kita guna whipping cream


Cara membuatnya:


Lapisan 1

Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.


Lapisan 2

1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.


Lapisan 3

Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.


Lapisan 4

Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).


Lapisan 5

Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya
Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10". (kita guna tupperware je)

-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi.


Buat 2 bekas, 1 untuk bekalan suami & rakan². Satu untuk bekalan saya & rakan². Lunch nanti nak makan. Berani bagi diorang rasa je sebab kalau diorang kutuk tak sedap memang aku luku terus tanpa was-was.


Sekian.


















15 comments:

  1. sedapnye...cik mai xpandai la nak masak2 nie..hehe..nak mkn benda2 cmni salu order je..heheheh

    ReplyDelete
  2. Hahaha nampak sedap tu. Next jjcm buat kek neh erk? :p

    ReplyDelete
  3. berani ko nak luku aku ye?ingat aku bekas tupperware kene luku diam je?hahahaha..sedap dap dap..cuma cair sikit..cair dimulutt..sedapppp..nyum nyum :D

    ReplyDelete
  4. Wow! Nmpk sdp! Yummeh! Nie yg bt sy nak bt gak nie. Hiks~ Ceh! Bile ms ntah nak bt...

    ReplyDelete
  5. ingtkan pavlova tadi..hiihihiih

    ReplyDelete
  6. ooo ni ke trifle yg cik nee kata2 tuh...hahha

    ReplyDelete
  7. Cik Mai : Kita pun tak pandai, kita tawakal je. Hikhik.

    ReplyDelete
  8. Jue : Yelah, cayor sikit kan. Takpe next time kasi kerassss.

    ReplyDelete
  9. Fara : Hahahaa, ada je masa tu. Sekejap je buatnya Fara.

    ReplyDelete
  10. wah masing2 gigih membaking seronok tgk

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear