+ dag dig dug +

August 22, 2011

Mood Raya Sudah

Salam 10 Ramadhan terakhir sahabat sekalian,

Skema betul intro. Takda mood lah nak buat kerja hari ini. Asyik duk mengira bajet untuk persiapan raya je ni. Dan kebetulan lepas raya Final Exam pun bermula. Memang sengaja tak mo bagi I beraya sakan lah tu.

Memandangkan kami baru dapat bonus + gaji maka shopping for raya akan diadakan dalam minggu ini. Minngu² sebelum ini memang pandang je lah orang shopping sakan. Tak tahu kenapa asal raya je nak kena redah Jalan TAR dan Sogo. Sinonim betul dua ini dengan hari raya.

Dah tanya suami dah maybe kami akan pergi berdua sahaja ke sana. Naik tut tut, senang sikit nak cari parking dan tidaklah meredah jem. Kasihan pula kalau bawa Kakal sekali, dia tengah melasak, tak mahu duduk dalam stroller. Kang mak bapak leka tengok baju bagai, tak sedar anak ke mana kan.

Dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan kan. Sedih betul Ramadhan dah nak habis. Kalau nak dikira amal ibadat belum cukup rasanya. Terawikh ke mana, baca Al-Quran ke mana, asyik nak lelap je mata ni. Huhu.

Baiklah, nak pergi ukur Tesco sekejap. Maybe tapau each a cup for iftar? HAHA. Addicted wei.

Awat lah tak muat songkokk ni Ibu??






18 comments:

  1. smart doh ank bujang ni pkai songkok,
    tu blom sarung kain samping baju melayu bagai lg, hehehe

    ReplyDelete
  2. he3x...last week cuti p Jln Tar sampai sesat2...last g thn 2007...shopping utk ayh n nopal je...ibu nopal pakai jubah yg sedia ada je,nk beli jubah kt situ tak b'kenan sbb manik crowded sgt,segan nk pakai...nor g pn xbwk nopal,tggl kt taska...

    ReplyDelete
  3. Tapau ape? Ape yg addict tu? Hehehe...Kakal yg comel!

    ReplyDelete
  4. terawih ke laut thn ni...sadis btol...asyik terlelap same2 mikhail..sedar2 dh kol 4 ke atas..so sempat prepare shur n smayang isyak dinasour je la...huhuhuhuu

    ReplyDelete
  5. tu songkok lerlebih besar ke kakal?hehe..comellah pakai songkok.

    ReplyDelete
  6. semangat kakal nk raya ye..terbayang kakal ngn baju melayu bersongkok, wah hencemnye

    ReplyDelete
  7. haih awat la ibu songkokk ni kecik bebenor..heeee..kakal comel la..

    ReplyDelete
  8. Na : sampin dia kan Na muat tapi labuh! hahaha

    ReplyDelete
  9. Nor : haah banyak jubah dah sarat2 dah. tapi yg simple pun makan ratus kan?

    ReplyDelete
  10. Mommy Fara : addicted to Each A Cup..google google

    ReplyDelete
  11. Pja : betullah Pja, kadang sahur baru solat isya'. teruk kan

    ReplyDelete
  12. Shazana : hahaha besar kot sampai ke mata

    ReplyDelete
  13. adik..nak pakai songkok ke tutup mata ni?hahaha..

    ReplyDelete
  14. kakal yg syumel... nnt untie gebus pas wet raya kat ibu ye...

    kakal simpan tahu

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear