+ dag dig dug +

August 1, 2011

Lau Ka Na Bainana

Maksudnya ialah 'Sekiranya Dia (baginda Rasulullah saw) Ada Bersama Kita.'

Semalam waktu Abi dan Pak Ngah keluar bertarawikh, Ibu berdua sahaja bersama Kakal di rumah. Budak kecil itu tak mahu tidur. Ibu layan kan aja dia ke hulu ke hilir. Sambil² tu mata terlekap kat tv. Semalam duk cari² channel terbuka la TV AlHijrah.

Dan ke udara waktu itu ialah rancangan arab seperti tajuk di atas. Masa itu pengacara sedang menemu bual seorang pak cik di sebuah pasaraya. Mula² pelik rancangan apa ni? Terjah ke? Sebab orang tu baru keluar toilet terus dia serbu.

Rupanya rancangan ini nak tengok sejauh mana kita di zaman sekarang ini masih mengikuti Sunnah Rasulullah saw. Walaupun dengan sekecil-kecil sunnah. Contohnya menutup pili air yang terbuka.

Bila ditanya kepada pakcik itu 'Kenapa anda tolong tutupkan pili air yang terbuka  itu?'

Jawapan beliau 'Kerana haram membiarkan air dibazirkan begitu shj.'

Dan sekalung ucapan tahniah daripada pengaraca tersebut kepada pakcik itu kerana masih mengamalkan sunnah Rasulullah saw walaupun dengan sekecil-kecil amalan.

Tertarik sangat dengan rancangan ini. Selain terjahan macam itu, ada juga wawancara dengan saudara-saudara baru seperti abang Michael Jackson , Jermaine Jackson atau nama Islam beliau Muhammad Abdul Aziz.

Salah satu pesanan pengacara tersebut 'Gunakan rutin harian kita sebagai sebagai didikan kepada Allah, Rasul dan hari kiamat.' Maknanya dari peritiwa² yang berlaku di keliling kita sentiasa kaitkan dengan Allah dan Rasul. Contohnya bila makan tanya kepada anak 'Siapa yang beri rezeki untuk kita makan hari ini?' 'Allah swt' begitulah.

Harap² Allah permudahkan usaha mendidik anak² di zaman penuh pancaroba ini. Amin. Dan tiba² hati rasa rindu sangat pada Baginda Rasul bila tengok rancangan ini. Selawat dan salam ke atasmu Rasul junjungan.

Kena banyakkan rancangan terjah yang sebegini. tapi bila fikir balik, buatnya yang kena terjah tu aku? Macam manalah nak jawab kalau tak buat sunnah Rasul?  Tapi jangan buat sebab takut kena terjah pulak ye.

Eh,selamat berpuasa dan beramal ibadat kawan².





11 comments:

  1. ye ye..Selamat Berpuasa jugakkk pada kamuu wahai beras cap faizah poney :D

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa wardah..kakal tak kaco time sahur ke?? hehe :P kang dier sebok2 time buke pulak ek..heheh

    ReplyDelete
  3. selamat.............

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .



    .
    ....

    ......

    berbuka puasa ibu kakal ^_"

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa!

    Saya nak tgk gak cite tu. Menarik!

    Mcm ada sikit persamaan dgn cite yg akhil hayy tu kan?

    ReplyDelete
  5. jue : kita buka sama kt rumah ok. haha

    ReplyDelete
  6. Ayu : dia sedap tidur u, nasib tak bangun ngaco kat dapur.

    ReplyDelete
  7. Kak Ena : selamatttttttttttttt la akak..hahaha

    ReplyDelete
  8. Mommy Fara : ye ke sama? kat oasis ke?

    ReplyDelete
  9. nnti nak try tgk la rancangan ni..tajuk dia comel da ala2 banana pun ya..eheeee ;)

    btw,slmt berpuasa buat ibu kakal n family :)

    ReplyDelete
  10. selamat bersahur wardah ! :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear