+ dag dig dug +

August 23, 2011

The Best Cheese Naan In Town & Sogo!

Salam,

Tajuk memang kena gempak la kan.

Semalam Ibu & Abi ada misi meredah Sogo selepas balik kerja. Kalau nak pergi weekend memang tak la kot. Escalator pun tak mampu menampung keramaian orang yang datang. Setiap inci lantai Sogo tu ada orang. Sampai macam tu sekali lah penangan Sogo dah nak dekat2 raya ni.

Kami pergi berdua je sebab naik motot kan lagipun nak cepat beli cepat balik dan senang nak parking.

Kami berbuka di restoran yang direkomen oleh Wahida. Cheese naan dia terbaik woook. Boleh book tempat dulu dan datang semula around pukul 7. Sementara tunggu pukul 7 tu lah Ibu redah Sogo. Capai je apa yang dah survey sebelum ni bayar dan kembali ke restoran.

Tak boleh order dulu tau masa book tempat. Kena beratur untuk ambil sendiri cheese naan tu. Ramai juga orang berbuka situ. Harga pun ehemm ehemm boleh tahan boleh tahan. Jadi lah nak merasa kan.

Lepas solat dekat surau yang berdekatan (surau tu dekat deret depan restoran tu.ada signboard SURAU warna biru) kami pun balik nak ambik Kakal. Ini yang sedihnya, Kakal tinggal sorang je. Masa ambil dia tu dia tengah baring tengok tv dikerumuni teachers dia. Muka masam mencuka. Selalu kalau nak ambil mesti dia senyum siap tepuk tangan bagai. Ini mencuka! Apalagi Ibu peluk terus menangis la dalam kereta sambil cakap kat Abi " Lepas ni talmo tinggal Kakal lagi. Nak bawa je dia pergi mana2. Tak kira! "

Haha..Ibu meroyan..


RSMY Restaurant, Jalan Medan Tuanku (landmark : Lotus Hotel & Restaurant)

Cheese dia leleh cam iklan Pizza Hut wooo wooo

Ayam Tandoori beb

Ini daging khima cincang masak blackpepper


Makan ini je pun dah kenyang, nasi beriani pun ada. Big portion boleh makan 2 orang satu pinggan tau. Apalagas, kalau singgah shopping kat Jalan TAR tu singgahlah sekali kat sini.




20 comments:

  1. alololo..syian adik..tinggal sorang²..kalau tau mummy amek adik bawak balik..syian anje mummy..

    ReplyDelete
  2. teringinnya nak makan cheese nan tu tapi jauh la pulak :(

    ReplyDelete
  3. saya mau try!!!
    tp saya mau tggu mommy sy dlu!!
    sbb tak sronok klu JJCM without dia..
    sy tau tmpat ni...
    tq fie!

    ReplyDelete
  4. kakal ade instinct ibu tinggalkan dia sbb sopim..hehehehe....

    mikhail pn x leh nk tgl2 sorg..kecuali kalo tinggal ngan tokki dia...yg tu dia slumber je....wat bodo je...siap babai mummy lagi...hehehe

    kalo ngan org lain...mmg haram...x akan terjadi...sbb nye nnt akan disambut ngan tangisan yg hiba sgt2...

    ReplyDelete
  5. Jue : mmg SENGAJA takmo kasi mummy bawa balik. malas!!!

    ReplyDelete
  6. Myra : alolo jauh ke? takpe one fine day ke.

    ReplyDelete
  7. Pja : itulah, sebenarnya kalau tgl ngan nenek ok lah dia. tapi macam malas nak tinggalkan :p

    ReplyDelete
  8. cheese naan tu nampak amat menggiurkan.tapi kalau time bln pose nak pegi,ya ampunnn.dgn tambahan bawak budak kecik yg hyper active tu.hehehe..

    ReplyDelete
  9. pagi2 dah tgk makanan =.= tetibe tensi pulak hehe

    kesian Kakal. xpelah bkn selalu pon fie tinggal. xkan nk soh kakal ddk tgh naik motot kot...hihi

    ReplyDelete
  10. tengok gambar terus rasa nak makan
    terliur sudah

    ReplyDelete
  11. alahai
    ann baca pun dah bergenang airmata
    hehe
    dah jadi emak2 ni perasan lain macam kan
    anak masam mencuka sikit kita dah meleleh airmata

    btw sogo + weekend = hell. haha setiap inci ada manusia. nk bernafas pun kena cari ruang celah ketiak orang. :D

    ReplyDelete
  12. cik yam: mmg pun, smlm pun ramai budak² ngamuk.

    ReplyDelete
  13. Ena : ituler, kalau ada bhgn penumpang kt tepi motor tu leh la. haha

    ReplyDelete
  14. Ann : betul!!hell..hahaha, mmg teruka la Ann tak sanggup Fie.

    ReplyDelete
  15. Wow! Nan cheese dia...menikam kalbu!

    ReplyDelete
  16. omg. sekarang pun i tengah gila naan cheese!!
    tapi siyes ke sedap? nanti boleh try!
    another one yang sedap i can recommend u is kat cheras. hajriss something... maplay style.
    waduhhh cheese dia..
    menangkap!! =D

    ReplyDelete
  17. ahkak pun terliur sama

    nnt nak terjah jugak

    harus bersama kak jah juga

    ala... cian kakal

    ibu tinggal ye...

    mesti cumel de vasss gitu muker dia

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear