+ dag dig dug +

August 18, 2011

15 months

Am back in the office after taking one day emergency leave. Cuti yang nan hado itu terpaksa ku ambil jua. Semalam anak teruna demam, bangun pukul 1 pagi resah gelisah. Rasa badan dia agak panas, cek suhu 37.6. Terus ambil paracetamol dan cool patch. Bagi makan ubat dan lekat cool patch. Sambil itu lap² badan belakang dia dengan kain basah. Kesian dia tak boleh tidur. Hidung pun tersumbat. Ambil pula oxynase titik dalam hidung dia. Baru lega anak Ibu nak tidur.

Pagi semalam dia ok, aktif seperti biasa. Tapi malam tadi demam dia datang balik. Bila bagi ubat ok semula. Hari ini terpaksa hantar juga ke taska sebab cuti Ibu dah semput dah. Tapi Ibu dah pesan kat teacher Kakal, kalau demam lagi sila bagitau dengan segera.

Anak Ibu itu sudah masuk 15 bulan yakni (ayat Oni) 1 tahun 3 bulan. So far perkembangan dia positif. Dak faham arahan yang simple. Ambilkan barang, letak semula barang, kiss Ibu, kick ball. Dah tahu mana satu bird, cat, aeroplane, moon dll. Cuma lately ini, ada suara² sumbang yang asyik tanya kenapa Kakal tak boleh bercakap lagi. Asyik nak suruh Kakal cakap cepat.

Siap tolong risaukan lagi bagi pihak Ibu & Abi dia. How sweet (tangan di dada mata ke atas).

Saya akui agak risau juga bila Kakal belum boleh sebut banyak perkataan dalam usia dia sekarang. Tapi tidaklah sampai memaksa dia untuk cakap cepat². Bila saya google pasal ini, banyak saranan supaya kita banyakkan bercakap dengan anak kita. Hmm, bukan takat banyak bercakap je membebel pun ada. Tapi setakat perkataan NAK, MA, BA BA tu ada juga lah dengar. Cuma dia belum pandai sebut Abi atau Ibu lagi. Tapi dia banyak membebel, bahasa dia lah. Mungkin bila ada ramai orang dia malas nak tunjuk dia boleh bercakap.

Semalam dah terlanjur jumpa Paed Dr. Hasmawati pasal Kakal demam, kami pun bertanya sekali pasal ini. Dia cakap tak perlu risau, adalah normal pada umur begini kanak² belum dapat sebut satu perkataan dengan penuh lagi. Tapi PA, MA tu kena ada bunyi. So far memang adalah yang itu. Doktor pesan jangan percaya sangat cakap orang sekeliling ni. Ibu kena sabar banyak². Nasib baik dapat doktor yang memahami macam beliau.

Makanya Ibu dah tak perlu risau lagi. Kalau ada lagi orang cakap Kakal ni lambat bercakap lah, cepat sikit bercakap tu. Ibu akan jawab 'Ini kerja Allah, bila DIA nak bagi Kakal bercakap nanti bercakap lah Kakal. Time tu jangan letih pula nak layan dia ye'.

Tapi selalunya Ibu tak jawab pun. Senyum sambil dalam hati memberontak rasa nak bagi sedas kat orang tu. Harapnya Ibu ada kekuatan nak bagi sedas dua selepas ini.

HAHA.




I ♥ pasta. Ibu made these especially for me tau!





30 comments:

  1. ko nak aku tolong jawabkan tak?heheheheh..tapi kene belanje kenny rogerss..i loike kennyyyy rogersss :D

    ReplyDelete
  2. Fie
    perkara biasa
    mulut orang mana boleh tutup
    dari zaman bujang tanya bila nak kahwen
    sampai la dh ada anak sibuk nk tanya bila anak nak bercakap
    haihhh kadang me panas hati juga
    cuma sabar je lah banyak2 kan

    btw Happy 15th monthsary, Kakal!

    ReplyDelete
  3. comelnya dia, sekejap je dah besar kan

    ReplyDelete
  4. hehehhe jgn risau ye, nnt bila kakal dh bnyk mulut time tu letih dok menjawab..hihihihi enjoy!

    ReplyDelete
  5. dik,budak2 tak sama proses perkembangan.pengalaman akak,dua org anak ni dua2 lain.sorg cepat jln,sorg lmbt,sorg cepat ckp,sorg lmbt.so jgn risau2..positifkan minda..org2 yg tnya tu prihatin terlebih kot hehe..cari bhn nk borak..sbr yer..dan semoga kakal cepat2 sihat..cian ibu...

    ReplyDelete
  6. mikhail pn byk ckp...tp bahasa jerman la...kalo borak ngn dia...dia leh je jawab ikut tune kte tu...tp mmg kot bahasa jerman...hehhehe

    ReplyDelete
  7. Ann : kan, ini belum dia tanya bila nak tambah lagi 2 3 org?

    ReplyDelete
  8. Yana : ha itulah, nampak gaya macam banyak mulut je.

    ReplyDelete
  9. Pja : kan, nyanyi pun dah pandai ikut dah. zikir pun sama.

    ReplyDelete
  10. fie, lain budak lain perkembangannya. xyah riso2 lah dear..its normal =)

    ReplyDelete
  11. Biasalah Fie...
    Ada kanak kanak yang cepat bercakap, ada juga yg lambat...
    Ini semua adalah ketentuan Tuhan,
    Mulut orang yang banyak tanya tu agak agaknya dia CEPAT BERCAKAP kot masa kecik dulu...sbb tu sampai sekarang mulutnya cepat aje nak komplen..!!!

    ReplyDelete
  12. it's normal lah fie baby lambat nak ckp.bukan perkembangan semua baby sama.kakal tu malas nak ckp sekrg sbb dia tahu bila dia dh start bercakap nnti,dia akan ckp perkataan yg lebih bijak dan bernas dari org dewasa:-).
    get well soon kakal dearie.

    ReplyDelete
  13. Ibu Kakal, no need to worry..ade kanak2 yg cpt berjalan, tp lmbt berckp..ade yg cpt berckp, tp lmbt berjln..ade yg cpt dua2..tu sume kerja Allah..biarkan mulut2 tu sume bersuara..kita bkn bole puaskan hati sume org kan..biarkn je..ala, saya pn slalu buat camtu..tutupkan mata, pekakkan telinga..biaq pi la kt depa!

    ReplyDelete
  14. laaarrr...
    by 15months nak kena cakap mcm2 ke
    cha pun tak blehs ebut pape
    setakat 'cat'.. tak pun lion..
    yg lain2 tu kadang2 je berbunyi
    selebihnya.. entah apa.. tak paham

    tak payah nak risau2 kot fie
    selagi anak tu seht
    normal di mata kita.. pedulik la org sekeliling nak ckp apa

    ReplyDelete
  15. budak2 mmg demam belah malam aje kan fie..

    ReplyDelete
  16. Adan : aku pon rasa macam tu la bang. haha

    ReplyDelete
  17. cik yam : itulah dia ckp dh besar nnt jgn malas layan plak.

    ReplyDelete
  18. Dayu : itu yang fie tak faham tu. perlu ke?

    ReplyDelete
  19. acik gebus : haah, doc pernah cakap kalau mcm tu normal.

    ReplyDelete
  20. wardah, sy rs mgkin kerana berat badan?? berat badan telah merebak kepada mulut?? huhuuh..biala ape org nak cakp..'INI MAK DIE' tahu anak tu mcmn...mulut org mcmn nak tutupkan...ape2pon comel kakal...

    ReplyDelete
  21. mrsbard yang jahat : bengonggggggggggggggg..hahaha

    ReplyDelete
  22. biasa la..mulut orang tak boleh nak tutup...budak2 ne ade yang lambat, ade yg cepat progress dia...sabar banyak2 ye....

    ReplyDelete
  23. dik,yg quote tu,awak google Blockquote tutorial...ada byk kuar..akak pun dah tak ingat amik kat tutorial yg mana.. hehe..sori dik,sbb akak ni cepat benau ilang ingatan huhu

    ReplyDelete
  24. ala nok, aku dulu pun mcm tu...anak aku si abang tu lambat sikit ckp berbanding si adik...selalu anak sulung mcm tu...bila org tanya, aku akan balas dgn renungan tajam sambil dahi kedut seribu gitu...kehkeh..

    itu semua normal nok...

    ReplyDelete
  25. so suuwittt ade org risaukan...he3x...besela org,dieorg x fhm kot yg bdk2 nie b'beza stiap p'kembangan die...as long doc said xde ape2 okla tue,mcm nopal dulu 8-9bln xleh jln lg,sibuk org dok tnye suh buat itu ini...tp alhamdulillah 1y 2w dh leh jln n nnt ble kakal dh 'bnyk mulut' x t'layan...

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear