+ dag dig dug +

July 15, 2011

Rumit kah?

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.


Itu petikan lagu P. Ramlee. Dari kecil pun sudah tahu lagu ini. Maknanya dari kecil pun sudah tahu hidup berumahtangga itu bagaimana. Ada turun naiknya. Ada pasang surutnya. Ada suka, ada duka.

Masa bercinta lain kaedahnya. Dah kahwin ada anak pula tu lain pula gayanya. Tak kena gaya memang haru la. Masing² nak menang kalau bertingkah kata tu. Yelah, isteri zaman sekarang tak sama macam dulu kot. Tau dia je nak menang (kata diri sendiri ni).

Suami selalu cakap rumit betul nak memahami kehendak isteri. Bila cakap macam ini, dia faham macam itu. Lepas itu merajuk hati, lara membawa diri. HAHA.

Saya pun merajuk, sebab suami bagi email ini semalam. Mana entah dia dapat benda ni. Kredit kepada penulis nya ye, Terima kasih la banyak² sebab buat laki I ada bahan nak perli. Nak perli I la tu. Watdedem.


Laki talipon,

Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?



Bini jawab,

Takmau bang, bini awak diet...



Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...

Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot

Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....





Bila laki query balik,

Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....





Bini jawab,

Memangla orang kata takmau apa-apa...

Tapi belikan jerla apa-apa....

Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....



Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------





Laki talipon bini,

Petangni awak nak masak apa Yang?





Bini jawab,

Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik keja ni Abang makan siap-siaplah





Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak

Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.

Sampai umah, sendawa bau kamben...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,

Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!



Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,

Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?



----------------------------------------------------------------



Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!

Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...

Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih



Si laki punyala seronok weeiii....

Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...



Bila dah siap, kuar bilik...

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?



----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?



Abang keja lah yang....



Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,

Pastu abang balik la KL balik





Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.





Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?





----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau

Abang tak kesian bini abang ker...

Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...



Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain



Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?

Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?

Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?

kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?



---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...

bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....



Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya

Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...

pakaikan jerlah baju mana-mana pon...

bukan ada org nk tengok ponnn...



Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!

Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?

kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...



----------------------------------------------------------


 
Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket. HAHAHAHA
 
 
 
kredit to Makcik Rehan  . memang baikkk punya!
thanks to Shamleen sebab inform saya..hihih..




 

34 comments:

  1. hahahha lawak betul
    tp mmg ksian la kat laki tu,
    kekeke :p

    ReplyDelete
  2. hahaha..chomellll lal kak fie...gelak² pia bce..sbb ade betulnyee..kdg² kita ni pndai sound laki je xtau kita pon sme camtu..hahaha

    ReplyDelete
  3. hhahahaha. kelakar lah fie. tp mmg betul pun. kite pun same je. hahahah.

    ReplyDelete
  4. hehehehe...tapi ayat last tu..aku tak setuju pakai kesian..sebab lelaki bukannya otak lurus..saja atau malas nak layan kehendak isteri.

    ReplyDelete
  5. hahaha..rasa cam kena kat diri sendiri..dush2..memang org lelaki susah nak paham yg tersirat disebalik kata2 isteri. bab tlg pakaikan baju anak mmg best!!

    ReplyDelete
  6. hahahha adoii mcm terkena je btg idung, especially part suh pakaikan anak baju.

    ReplyDelete
  7. hahaha..klako...

    suruh suami sidai kain, tapi last2 kene bebel jugak...sebab sidai kain tak menepati piawai....
    lelaki ni nak kite straight to the point je. senang.

    ReplyDelete
  8. ngan laki memang kena cakap belit2 sikit..pastu dier tak faham kita salahkan dier kan..hahah :P i pun sama..selalu gitu...

    ReplyDelete
  9. haha sudahnyer gituh la jd kalo org laki wat koje kan kak...

    ecah pun riso kot bakal suami luruss haha...harap2 xler..

    ReplyDelete
  10. Na : kan, kesian tp padan muka..hahaha

    ReplyDelete
  11. pia : kak fie gelak guling2 tadi baca email ni.

    ReplyDelete
  12. jue : setuju tu..malas sebenarnya deme ni

    ReplyDelete
  13. mamaelly : hihih kita copypaste je ni

    ReplyDelete
  14. anah : hahaha kita pun sama terkena..dush dush

    ReplyDelete
  15. haza : hahahaha ni mesti selalu marah laki ni

    ReplyDelete
  16. ayu : kita dh ckp diorang yang tak paham..ha padan muka

    ReplyDelete
  17. cik ecah : lelaki ni perangai mmg gitulah..good luck ye ecah..hahah

    ReplyDelete
  18. nak tau penulis asalnya silalah ke blog ini ---->

    http://makcikrehan.blogspot.com/


    happy reading :)

    ReplyDelete
  19. fie ni kesah benar ke atau kesah dari novel? ;p hahaha

    ReplyDelete
  20. hahahahaha
    lawak betul lah fie

    ReplyDelete
  21. kesian laki kita ni kan
    lurus salah
    bengkang bengkok apatah lagi
    hahaha

    ReplyDelete
  22. azne : percayalah ini true story..hehe

    ReplyDelete
  23. Dayu : hahaha kita baca pun tergelak2..

    ReplyDelete
  24. Ann : asyik kena leter je kan..kesian depa..haha

    ReplyDelete
  25. haha!! dulu2 aku pun selalu mcm tu, sentap ngan laki sbb laki tak memahami..kehkeh..tak boleh nak bengkok sikit...

    tapi betul tau fie, laki ni dia suh kita ckp direct je...bengkok sikit mmg tak faham, tapi aku dah serumah ngan laki aku dah hampir 7 tahun, so, aku pun dah faham dia, jadinya sekarang aku lg prefer berterus terang drp aku suffer kemudian hari..

    kehkeh....

    ReplyDelete
  26. hahaha... pe'el husban zaman skang.. mcm2 ada..

    ReplyDelete
  27. ko tau fie, penat nak cakap lurus ni tau.. ayat contoh: "bang, u pakaikan baju anak yang belang2 tu, baju dan seluar kena match tau.. sebelum pakaikan baju dia tu, u pakaikan bedak, taruk depan blakang, jangan tabur2kan bedak tu, taruk sikit nappy rash cream kat vontot anak sblom pakai pampers, jangan boh banyak2 sangat plak, nanti tak selesa.. boh minyak yuyee cap limau atas meja solek kat perut anak lepas dah abis pakai pampers takut tekena bird nanti pedih pulak.. sikat rambut anak belah tengah, blablabla.." bukan ke nanti dia kata kita membebel instead bagi clear instruction??

    ReplyDelete
  28. best sangat..nak copypaste jugak...

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear