+ dag dig dug +

July 5, 2011

Goosebumps!

Sampai sekarang masih meremang lagi bulu reromaku.

Lunch tadi tak keluar mana². Order Mekdi dan makan di office sahaja. Geng Diva keluar kawad, jadi hari ini makan dengan Geng Admin lah sahaja.

Lepak dekat pantry dan keluarlah cerita macam². Mula² pasal kes hsiteria dekat hostel. Lepas itu pasal hotel berhantu pula. Lepas itu pasal rumah berhantu dekat Seksyen 2 tu. Lepas itu masing² cerita pengalaman masing² pula.

Alhamdulillah, setakat ini belum pernah terkena yang teruk². Tapi sekali aku terkena, akan ku kenang sampai bila².

Biasalah kerja dekat sini best sebab dapat banyak pergi kursus. Induksilah, team building lah, brainstorming lah, kursus nak jadi pekerja cemerlang lah. Tahun 2006 agaknya, saya dapat pergi kursus ke Tanah Tinggi (nama dirahsiakan). Salah satu resort kat atas itu. Tempat itu cantik tapi agak creepy. Pada pandangan saya memang creepy. Sebab orang tidak ramai dan kawasan itu sunyi. Mula² masa dapat bilik ingatkan hendak tukar ke bilik yang lebih dekat dengan dewan seminar. Pergilah kami & rakan sebilik saya ke bilik tersebut. Tapi tak jadi tukar, sebab bilik itu seperti berada di bawah tanah. Dan berada di hujung sekali serta gelap. Mak Jemah takut.

Jadi, ambil sahaja lah bilik yang telah ditetapkan. Malam itu selepas aktiviti kami pulang ke bilik dan selepas borak² kosong teman sebilik pun ketiduran. Saya cuba lelapkan mata, tapi tak boleh. Perangai saya kalau pergi hotel atau tempat baru memang susah sikit mata nak pejam. Tapi ini lebih teruk. Tak boleh pejam langsung even dah mainkan ayat-ayat suci dari hp. Nak call BF (masa itu BF bukan encik suami..demmm) tapi dia tak mahu layan (boooo kat dia). Cari jalan nak tidur. Nak kira kambing masuk kandang sampai terlelap. Tetap tak jalan. Haish.

Tiba-tiba...

Ada bunyi loceng dari arah mana saya tak pasti. Bunyi seperti gelang kaki penari India itu. Makin lama makin kuat dan jelas. Sesekali terhenti dan bersambung semula dengan rancak. Dalam hati, takkan ada show pukul 1.00 pagi kot. Walau hati dah dup-dap dup-dap dan ada peluh jantan menitik di dahi, saya gagahkan diri pergi depan pintu bilik dan dengar di situ. Oh bukan dari sini bunyi itu. Cuba tutup kipas pula, ada juga bunyi tu. Haish dah tak sedap hati dah.

Rupanya bunyi datang dari arah hutan sebelah sana. Ada cermin besar sebelah katil yang amat besar boleh nampak hutan kalau kita tarik langsir itu. Tapi saya tak berani nak jenguk. Takut sangat sebab bunyi itu sekejap kuat, sekejap perlahan, sekejap rancak dan perlahan semula.

Saya tak boleh tidur. Tunggu sehingga waktu Subuh masuk dan cepat² ambil wudhu' duduk atas tikar sembahyang. Dan selepas solat, bunyi itu sudah tiada. Diam. Cuma ada bunyi cengkerik dari luar sana.

Teman sebilik saya bangun dan tanya 'Pukul berapa sekarang ni awak?'. Saya jawab dah pukul 6. Terus tanya adakah dia tak sedar malam tadi saya kejut. Dia jawab tak. Saya tanya lagi tak dengar ke bunyi apa². Jawapan dia sama, tak dengar.

Maka redha jelah bahawa malam tadi ada 'sesuatu' mengganggu. Tapi bersyukur yang 'ia' tidak menunjukkan diri.

Kalau nampak rasanya aku pengsan sudah.



Kalau rupa ia macam ini mungkin tak jadi pengsan.
HEHE.



22 comments:

  1. eeee...cte hantu..tkutnyeee..mcm² pengalaman kn..

    kalo cam baby kakal tu rse²nye nk kejar kot bkn lari..pastu kish smpai lebam..hihi...

    ReplyDelete
  2. alamak. kalau kite pun mesti cuak gila.

    ReplyDelete
  3. ai seperti tahu kat mana tmpt itu...

    kalu kakal yang pakai gelang, gelek gerudi dalam diam, ai kejar dia sampai dapat...

    ReplyDelete
  4. kalau rupa ia mcm ini, ai pun nak jumpa selalu
    nak geget peha gebus dia tu
    ;p

    ReplyDelete
  5. pia : hahaha, kish sampai lebam kan. padan muka dia.

    ReplyDelete
  6. Fad : kita cuak gila fad. berpeluh.

    ReplyDelete
  7. acik gebus; ai tau u tau..hehe. ahahahahaha kakal gelek takleh bayang kan.

    ReplyDelete
  8. seb baek x nampak pape yerk fie? huhuh...jgn biar hidup anda di selubungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  9. Ena : haah, nasib baik lah Ena.

    ReplyDelete
  10. Jue : masa itu aku dgn Yin. satu bilik.

    ReplyDelete
  11. seramnya fie kalau kita pun takut

    ReplyDelete
  12. time p honeymoon kat Langkawi (Name hotel pn dirahsiakan)...ade dgr bunyi ngilai2 pastu nangis2 kat luar pintu je kot...takut gle...dh la kejut encik somi...dia bleh tdo mati....dlm takut2 tu time ble tetido ntah...hehehehe

    ReplyDelete
  13. Nurul : seram Nurul..meremamg kite.

    ReplyDelete
  14. Pja : siries? kalau Fie tu dah pengsan dah.

    ReplyDelete
  15. huhu, kalau ana , dah kejut geng sebelah sampai la dia bangun,,=p menyeramkannn..takut tetiba terpacul dia depan mata..huhu scaryyyyyy..

    ReplyDelete
  16. alamak cuaknya..i pun penakut. dulu bila kena stay kat hotel sorang2 i make sure tv on, tapi bukan tv3 sbb selalu keluar iklan cerita seram. so kalau ada dengar ape2 anggap je dari bunyi tv ;p

    ReplyDelete
  17. adoiii akak lak naik seram ! :)

    ReplyDelete
  18. Ana : Fie dah kejut tapi dia tak sedar..tu yg redha je tu

    ReplyDelete
  19. Dayah: Kalau I buka tv pun masih lagi takut..taku kuar dari tv plak..ahaha

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear