+ dag dig dug +

December 5, 2011

Monday Blues : Batuk & Koir

Salam 9 Muharam,

Kepada sesiapa yang berpuasa hari ini, tahniah dan selamat berpuasa. Moga barakah Allah sentiasa bersama kalian. Saya tak dapat berpuasa kerana Allah beri cuti. Seronok jadi perempuan sebab Allah beri banyak kelonggaran, senang masuk syurga tapi dalam masa yang sama perempuan juga lah yang paling banyak masuk neraka. Wallahu'alam.

Ustazah pilihan sangat rangkat di atas itu. Takpelah sesekali apalah salahnya ye dak?

Hari ini sangat mengantuk sampaikan dalam kereta dengan Cik Nee tadi pun boleh tersengguk². Padahal Cik Nee tengah beritahu pasal gossip baik punya, boleh pulak gua terlentok-lentok. Unbelievable. Semalam tak dapat tidur lena sangat. Asyik terjaga sebab terbatuk-batuk secara berduet dengan anak. Mak dengan anak batuk kokol namanya. Mak takpe lagi lah boleh je tahan batuk² ni. Tapi kesian dekat anak lah kan. Terus terjaga tengok je dia tak boleh nak tidur. Bila nak start tidur balik dia batuk lagi.

Hai kesian anak.

Anak kecil itu dah besar pun, gigi geraham dia pun dah tumbuh atas bawah kiri dan kanan. Rasa kelakar pula tengok dia bergigi banyak macam itu. Lain jadinya muka. Nampak lebih matang. HAHA.

Dan vokal juga bukan sekadar rupa..eh eh vokal dia pun sudah banyak yang menampakkan hasil. Sudah boleh ikut hujung² perkataan setiap kali menyanyi lagu 'Bangun Pagi Gosok Gigi..bla bla bla.....'. Makin rajin ikut cakap orang. Kena jaga setiap patah perkataan lepas ini, maklumlah Mak Bapak dia kadang² cakap kasar tak ingat anak depan mata. Lepas ini kena lebih bersopan santun.

Eh eh dah melalut padahal tadi nak gloomy sangat sebab terbatuk-batuk. Sudahlah Jumaat ini kena perform for dinner menara. Kalau suara tak ada macam mana kan? Nak miming memang boleh tapi kesian kat kawan². HAHAHA.

Baiklah nak pergi asah suara lagi bersama kumpulan koir yang makin lama makin tak tahulah apa nak cakap. Best tapi makin susah pula. Takpe ambil sebagai cabaran.

Mari bersiap!





Mak dah senyum, Anak sibuk tengok binatang.

1 comment:

  1. same le..mak husna ngn husna pun batuk + selseme gak..
    tidur tak lena, husna asik le merengek xlena nk tidur..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear