+ dag dig dug +

February 18, 2013

Journey To The South - Part 3 USS (New York, Sci-Fi City, Ancient City & Jurassic Park)

AUTO PUBLISH MODE

Assalamualaikum,

Bersiaran in the comfort of Nenek's sofa. Tihiiiihiii. Ye, mengupdate di hujung minggu di Nenek's place sambil mendengar Nenek membebel itu ini. Dengarkan aje lah.

So, where were we? Oh last updae pasal hotel & Senibong kan? Ada orang complaint entry aku pendek-pendek (jeling Sally) whatthefish! Hahahaha..pendek lah senang tak ambil banyak masa engkorang nak baca kan. Baca sikit-sikit terus boleh sambung bikin kerja. Pantas dan tuntas.

Ok, jadi hari kedua di JB kami dah plan untuk ke Singapore. Mana lagi kalau bukan ke Universal Studio Singapore. Plan asal nak bermalam kat sana tapi m asa tak kecukupan. Mula2 juga plan nak bawa kereta je senang nak handle barang dan budak-budak. Tapi setelah membuat kajian kami mendapati agak mbahal juga bawa kereta ke sana lagi pula kami tak tahu jalan dan procedure untuk masuk ke Singapore. Takut leceh dan sesat barat pula kan. Bila survey dengan hotel rupanya mereka ada sediakan coach untuk ke USS dengan harga sebanyak RM35 seorang termasuk kanak-kanak.

Cara masuk Singapore dengan menaiki bas. Sila baca dengan teliti procedure ini ye.

Semasa check-in di hotel anda akan diberikan borang berwarna putih. Borang ini perlu diisi bagi setiap seorang untuk masuk ke Singapore. Kami bertolak dari hotel pada jam 8 pagi. Perjalanan dari hotel ke Imigresen Malaysia hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Cool kan? Di Imigiresen Malaysia penumpang harus turun tanpa perlu membawa barang-barang hanya bawa passport dan diri sahaja untuk pengesahan. Anda harus naik ke tempat pengesahan untuk scan passport. Sampai di Imigresen masukkan passport ke dalam mesin pengimbas dan scan ibu jari anda. Kemudian turun semula ke bawah dan coach anda akan sedia menanti. Tadaaaaa...setel! Semudah A B C..1 2 3.

Kemudian perjalanan ke Imigresen Singapore pula mengambil masa kira-kira 10 minit. Walhal jalan sangat jam dengan kereta di kiri kanan. Tapi polis buka satu laluan khas untuk bas. Kami pun melambai-lambai kereta di sebelah kanan yang pemandu nya berasap-asap menahan stress. Kikikiki. Dah sampai di Imigresen Singapore bas akan drop kita di tepi jalan dan penumpang harus berjalan kaki ke tempat pengesahan passport. Sila bawa semua barangan anda beserta passport dan borang putih yang telah diisi sebab perlu di scan sekali dengan tuan punya badan ye. Kat sini  agak lama sikit sebab tak pakai scanner tapi manual. Di mana ada pegawai yang akan mengecop passport anda dengan kuat!! Like...betul-betul kuat dengan muka serius gila tapi nasib baik kau cantik. Dan selepas itu sila scan barangan anda. Dan turun semula ke bawah di mana coach akan setia menunggu.

Perjalanan pun diteruskan ke USS yang mengambil masa dalam setengah jam juga kot. Jam jugalah Singapore sama je macam kat KL atau lebih teruk kot. Dah tiba di Sentosa Island Resort tu driver coach akan maklumkan pukul berapa dia akan tunggu kita semula. Macam kami driver dah pesan 'Anda semua harus berada disini pada pukul 7.20 malam kerana 7.30 tepat tayar akan bergolek. Siapa lambat saya tak boleh tunggu haaaa.' Tak ke gerun kalau kena tinggal kat Singapore? Maka semua pun mengangguk laju-laju. Baiklahhh baiklahhhh.

Nak ke USS kita kena naik escalator dari parking tu ke atas. Tiket kami beli online itu pun beberapa hari sebelum pergi. Nanti diorang akan email kita tiket tu dan kita kena print dan bawa ke USS. Itulah tiket kita tak perlu beratur lagi dah. Harga tiket kalau beli online rasanya sama je kalau walk-in cuma takut ramai je lah walk-in tu. Dan kalau anda rajin google boleh je dapat harga tiket murah. Kena buat research. 

Dan keriangan pun bermula!!!


You are my universe...auwww!

Oh..and you too handsome boy!

Eh you guys also lah!

Ohhhh you guys juga..

Pintu masuk and tempat scan tiket.
Toilet di sebelah kanan pintu masuk tadi.
Locker dan stroller untuk disewa pun ada.
Stroller dan electric wheelchair memang ada untuk disewa cuma perlu sediakan ongkosnya aja yah. Kalau anak kecil bawa je lah stroller sendiri dari rumah. Kitorang pun bawa, gila lah kalau tak bawa. Kang buatnya budak dobot tu penat ke nak tidur ke tak ke patah riuk kena berdukung? So baik bawak dont hesitate. Locker pula untuk simpan barang-barang incase takde siapa nak jaga barang masa korang tengah main game kan.. Lagi satu jangan lupa ambil pamplet macam kat bawah ni untuk rujukan. Boleh rujuk kat mana toilet, surau atau tempat makan yang serves Halal foods. Semua ada dalam ni ok.

Map USSm
Tips : plan your route. Ewahh dah macam nak mulakan perjalanan. Bila dah ada planning senang sikit nak bergerak dan takdelah makan masa lama kat satu-satu tempat. Tapi bila bergerak secara berjemaah macam kitorang lagi-lagi dengan adanya kanak-kanak memang susah lah nak stick to the plan. Kami memang nak mulakan dari kiri sebab sebelah kiri ada macam-macam permainan yang sesuai untuk budak-budak ini. Tapi entah macam mana ternampak Elmo di sebelah kanan maka berlarilah semua ke sana untuk melihat show Elmo & Friends.


Us!!



Kakal takuttt...kekekek.

Opening soon..allloooo.

Aydin letih.

Lepas tengok Elmo ingat nak patah balik tapi macam takpelah teruskan je ke Transformers Ride ni. Kat setiap game ni ada display 'waiting time'. Macam kat Transformers ni waiting time dia ialah 80 minit! Perkhhh memang tidaklah kami nak menunggu. So fikir nanti kita datang balik lah petang-petang sikit. Lepak kejap depan ni sebab kanak-kanak macam excited tengok autobots. Masuk souvenir shop kejap untuk beli barang pesanan kawan-kawan Suami.


Bumble Bee & Optimus Prime tumbler.
SGD29.90 per head. 
Dekat sepanjang jalan dalam USS ni ada food stall yang ada jual makanan. Boleh beli tumbler macam ni dan refill air kat stall tu. Kena bayarlah ye takde yang percuma kat USS ni kecuali toilet & surau. HEHE. Kalau rajin bawalah makanan & air mineral sendiri tapi beratlah beg kan. Diorang tak cek pun masa masuk tu.

Nampak sebelah kanan tu lah waiting time macam ni takde waiting time tapi ride ni bohsan so kitorang tak naik.



Jaja dengan Abg Ketak-ketak.
Belakang tu ada ride macam roller coaster. Malas nak naik.

Sebelum sampai ke Ancient City ni korang akan jumpa Cyclone & Human roller coaster. Yang macam kena terbalik-balik badan kalau naik tu. Huhu takde sorang pun antara kitorang nak naik kecuali Nenek Nah tapi sebabAtok Aji tak berapa sihat maka Nenek Nah pun tak jadi naik. Kat Ancient City juga letaknya satu-satunya surau kat dalam USS ni. Yang ini macam nak kena complaint sikit lah. Surau adalah sangat sangat sangat sempit. Muat untuk 5 orang je sekali solat. Tempat ambil wudhu' pula muat untuk seorang saja. Memang bersesak jugalah kat dalam tu dan tak selesa. Sudahnya ada antara kami yang solat je kat luar. Tempat tersorok dan bersih sikit.



Next stop Jurassic Park!! Roooarrrrr! Kat setiap station ada banyak games dan mesti ada 1 game untuk kanak-kanak contohnya kat sini ni. Tapi percayalah naik yang macam ni pun aku takut! Huhu.




Bro in law with Dianne the lil' dino.
Boleh gerak-gerak. 

Alamak budak kecik dah start mengacau lah. Dia pun sibuk nak main laptop ni. Nak tengok video lah tu. Grrrrrrrrr. So sambung next time ok.

Toodles darl!!




13 comments:

  1. ibu, tq share pasal ni.. kompem mami akan jadikan panduan bila ke sana nnt...






    eh... bila la plak nak peginye... hahahaha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Itu ler pasal...tapi boleh gak lah jalan..huhu

      Delete
  3. Ni namenye, cuti-cuti selatan! Heeeeeee~ Awak, pic header tu amek gambo kat ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy...hehe. Gambar tu semua kat USS awak..kat New York punya seksyen..hehe

      Delete
  4. cetttt... sebut nama aku...haaa baru la best sket baca... panjang lebar...kekekek

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tuan juhaida, saya stat kat Hotel sentral johor bahru. dekat dgn causeway :)

      Delete
  6. Kalau sewa stroller dlm uss tu brp dollar ye.tq

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear