+ dag dig dug +

February 8, 2013

Journey to The South - Part 1 JPO, JB

Assalamualaikum,

Draft entry sementara sedang tak berapa busy. Tipu. Curi² masa sebenarnya. Too much things on my plate right now...opsss katernyer! Entry bakal menjadi sangat skema.

Pada cuti Maulidur Rasul yang lalu, saya sekeluarga telah bercuti ke selatan Malaysia. Sekeluarga itu maksud saya ialah The Shah. Woottt wooot! Semua ada kecuali Anaz. Adui dia tu memang busy tahap Menteri susah betul nak kena buat appointment pula dengan dia kalau ada apa². Nak celebrate birthday dia pun kitorang kena buat appointment dulu ok. Bajet retis lah kau ni bang! Ok melalut.

Memandangkan cuti Maulidur Rasul maka jalan pun tidaklah se jam mana. Smooth sailing katanya. Alhamdulillah. tapi sampai lewat juga di JB maklumlah berjalan dengan anak kecil maka kena memandu secara berhemah dan banyak pit stop. Lagi pula ada orang yang asyik nak terkucil kejap kena singgah RnR. Hewhewhew.

So, first stop ialah Johor Premium Outlet u olls!

Nenek Nah update Fb kew?

My truly hero

Shhhh...victoris' got secret

The crazy sibling + BIL
Look at the kiddos. Kekekeke.

Ini dua orang perasan Brad + Angelina Jolie sangat!

Itu Abi!!!
Kitorang tak beli apa pun. Sebab rasa macam sama je harga dia kalau time YES ke atau time Sogo sale kat KL ni. Tapi branded stuff macam Coach, Burberry semua tu I tak masuk pun sebab kalau membeli-belah ukurlah duit di dalam poket sendiri. Sedar diri katanyaaaa. Beli kan seluar jeans Poney untuk Kakal je sebab memang dia takde seluar panjang. Tapi mungkin bagi setengah orang harga kat sini sangat berbaloi...terpulang kepada poket masing² ye.

Dah habis ber 'window shopping' bagai kami terus menuju ke bandar JB untuk check-in hotel. JB dah banyak berubah dari 3 tahun yang lepas kami datang. Dah tak jem sangat. Nak cari hotel pun senang sebab pakai gps WAZE. Thank you WAZE walau kau suruh lalu belakang kedai mamak. Pandai bijak bestari kau ni.

Kisah check-in kena sambung next entry sebab lupa copy gambar hotel dari Abi. My bad.  Berjumpa kita di next entry yang tak tahu bila, akan ku usahakan secepat mungkin.


Sekian, selamat bercuti dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.



notakaki : ye, saya tau outfit saya sama spt entry sebelum ini..jangan gelak lah! hewhewhew...







6 comments:

  1. aku sendiri pening ngan jalan kat JB skrg
    kena on gps kau
    sedangkan kampung halaman
    haahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,,apakes orang JB pun pakai GPS ni babe?

      Delete
  2. tak kireeee aku nak gelak gakkkk.... ha ha ha(gaya man laksa)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear