+ dag dig dug +

April 25, 2012

Sharing Is Caring : Sistem Sampul Surat

Salam Rabu,

Tengok penjawat awam senyum lebar nampak? Tahu lah sudah dapat tunggakan  berserta gaji baru. Jangan lupa diri ye (pesanan khas untuk diri sendiri).

Kalau cerita pasal belanjawan ni, setiap bulan pun akan tulis dan cuba asingkan duit supaya tak terguna. Bayar segala yang boleh dibayar online siap². Dan bakinya untuk belanja seharian. Tapi selalu je macam tak tahu ke mana duit habis. Tahu² habis begitu saja. Takde beli apa pun (padahal beli dress poplook..tapi taknak mengaku!).

Jadi  kami suami isteri setuju nak cuba asingkan duit supaya tak terguna dengan cara Sistem Sampul Surat. Tak ingat lah pernah share ke tidak pasal ni. Tapi pernah berkeinginan nak buat. Supaya kita tahu flow out cash kita ke mana kan. Dan supaya kita sedar diri yang duit dalam tangan dah tak banyak mana.

As usual, Google amat penting dalam hal² yang kita tak berapa pandai sangat ni. Jadi ini antara yang saya jumpa di google :-


Sumber : http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/498-sediakan-bajet-dengan-sistem-sampul

Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapan dengan masalah isu kenaikan kos harga makanan, kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Bagi memastikan kenaikan kos ini tidak memberikan tekanan kepada kehidupan, anda hendaklah menguruskan kewangan dengan baik.



Antara aspek penting dalam pengurusan kewangan ialah membuat bajet bulanan. Bajet membantu anda mengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan pada akhir bulan. Salah satu kaedah dalam menyediakan bajet ialah melalui sistem sampul. Untuk itu, anda memerlukan beberapa keping sampul, salinan bajet dan pensil untuk melakukan aktiviti ini.




Langkah 1 : Pengguna diminta menyediakan bajet


Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan anda.




Langkah 2: Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori


Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul surat dengan menulis kategori-kategori yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul surat.




Langkah 3 : Isikan sampul dengan bajet yang telah diperuntukkan


Isikan sampul dengan wang yang telah diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.




Langkah 4 : Belanjakan wang


Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul surat. Contohnya, sekiranya pembelian untuk makanan gunakan wang daripada sampul kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan untuk penyediaan bajet bulan hadapan.



Langkah 5: Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan


Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia sebagai tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang.




Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan.


Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda.




Dalam anda mengikuti langkah-langkah di atas, sedikit tips ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat anda benar-benar menjadi kenyataan.


Antara tip-tipnya ialah:-


•Alihkan peruntukan kategori-kategori anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.


•Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai, ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya anda tidak dapat mematuhi bajet. Anda harus gigih usaha pada bulan seterusnya.


•Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk anda.


•Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan anda rasa takut atau sukar? Anda boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan sistem sampul surat. Hanya tolakkan setiap pembelian anda dan catatkan di belakang sampul surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan “0”.


Dah dapat gaji hari ini, jadi boleh mula mengasingkan ke dalam sampul. Harap² kali ini akan lebih istiqamah. Kalau ada kekurangan atau kertergunaan duit mungkin boleh perbaiki bulan hadapan. Kehkeh.

Sekian.


Wassalam.





6 comments:

  1. bagus2..langkah yg bijak supaya bole berbelanja dgn cara berhemah..
    kami pun buat sistem mcm ni, tp dgn menggunakan tabung kuih raya (tutup merah) dgn label utk kereta, roadtax, rumah, sekolah dll.pastu syiling pun akan dimasukkan setiap hari ke dlm tabung yg lain (syiling tu target digunakan utk perbelanjaan mase hari raya)..
    insyaAllah..dgn cara mcm ni bole mendidik diri kita dan anak2 menabung utk masa depan.. ^_^

    ReplyDelete
  2. good idea lah fie
    sebelum ni tulis2 je dalam notebook
    lepas tu beli-beli-beli semua pakai debit card
    tahu2 duit dah habis
    hahaha

    ReplyDelete
  3. terasa nk bt gitu tp duit di tgn ni rase xyakin skit..selamat rase bile duit tu di bank

    ReplyDelete
  4. fie, yan pon mmg buat sistem envelope ni dr mula keje dulu. mmg penting n berkesan. ewahhh :D tp last2 cam fie ckp la... xtaw jgk dwet tu kemana. keh keh keh. but at least kite da settlekn dulu ape wajibulghunnah x gitu :)

    ReplyDelete
  5. hehe... penah gk nak buat... tapi takot envelope yg dah di asing² tuh tibe² "koshong"... heee melainkan time nak amik wet tu ada paswed..hee

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kini terdapat cara yang mudah menguruskan surat yang banyak dengan penggunaan Sistem Pengurusan Surat

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear