+ dag dig dug +

April 30, 2012

Trip to Kota Kinabalu - Part 1

Assalamualaikum,

Jalan lengang, office sunyi, semua pergi bercuti. Kat unit ni tinggal 2 3 kerat je. Tu pun kejap lagi hilanglah beberapa kerat pergi meeting. HEHE. Sungguh seronok begini.

Mari kita mulakan entry tentang our trip to KK yang asyik takda idea je nak mengarang. Since harini tak berapa busy, saya update lah part 1 dulu. Belum pasti ada ke tidak part 2. Tengok lah macam mana. HAHA.

Kami pergi ber 6. Kami anak beranak 3 orang bersama keluarga adik ipar, biras cum bff #Divas MizJueanna dan anakanda meraka Aaron Ridzqy. Kami beli tiket Air Asia ni waktu promo 0 sen. Tak silap saya tahun lepas dalam bulan 5. Sikit punya lama lah. Nak murah punya pasal kan sanggup je tunggu. Tak rancang pun nak pergi sekali, kebetulan saya booking dapat. Bila bagitau MizJueanna dia pun nak sekali. Cuba booking kan untuk dia, lepas juga! All in all harga tiket saya dapat memang murah sesangat.

Tibalah hari yang dinantikan. Hati ni berdebar tak tahulah nak kata macam mana. Apa yang dirisaukan sangat tu ialah Ariff Haikal tuuuu. Risau macam manalah dia dalam flight. Takut dia menangis, takut dia takmo duduk, takmo dia ter uk-uk. Macam² lah takutnya. Lagi satu takut missed flight. Takut gila ok. Sebelum pergi memang banyak buat research, maklumlah 1st time naik flight bertiga. Bawa budak kecil pula tu memanglah aku cuak. Tanya sana sini, baca blog, ada yang kata boleh web check-in ada yang kata tak boleh. Baca dekat website AA pun diorang kata tak boleh. Kompius gila Mak Jems. Akhirnya, bff seorang lagi pun nak pergi KK juga cuma dia awal seminggu. Dia beritahu takda masalah nak web check-in kalau bawa infants pun. Alhamdulillah, jadi kami buat web check-in seminggu lebih awal. Senang, takda haru-biru di kemudian hari.

Flight kami pukul 7.50am, jadi kena berada lebih kurang 2 jam sebelum itu. Pukul 3.30am kami dah gerak dari rumah Atok Aji. Atok Aji hantar sampai KL Sentral. Kami naik shuttle bas ke LCCT. Lebih senang macam tu, tak perlu bayar duit parking. Sampai saja di LCCT kami terus drop-off baggage dekat kaunter yag di arahkan. Kami dah siap-siap beli baggage dekat web. Masalahnya terlebih sudah. HAHA. Beli 25kg padahal bawa 12kg je. Maafkan lah kami sebab memang 1st timer u ollsss. Rugi haku disituh! Lepas drop baggage, pi breakfast sat sambil update Twitterrrr (slang Yuna pls).


Breakfast at 6 am.
HAHA

Kalau belum buat web check-in, boleh juga buat kiosk check-in di sini.

Subhanallah, cantik sungguh langit.

Letak stroller dekat tepi tangga ni nanti Abang baju merah tu tolong simpankan.
HEHE.
Oh, make sure minta tag utk stroller dekat tempat baggage drop off tadi ok?

Antara sebab stroller adalah penting bagi kami.
Senang nak bagi dia tidur kalau tak patah bahu nak berdukung.

Sampai² saja airport KK, saya terul call En. Don. Owner kereta sewa dan Condo Marina yang kami dah booking awal² dari KL. Lebih kurang 20 minit lepas menunggu En. Don pun tiba dengan membawa Avanza hitam nya. Baik orangnya Don ni. Bolehlah contact beliau untuk the best price. Insya'Allah, beliau memang tak berkira orangnya. Baik sangat. Terharu akak.

Kereta sewa + Marina Court Apartment Kota Kibalau

Contact Person : Mr. Don
Mobile No : 0192052278

Check-in pukul 2, memandangkan kami sampai awal. Maka kami jalan² dulu ke Tanjung Aru. Tanjung Aru sangat dekat dengan airport KK. Dalam 10 minit boleh sampai. Tanjung Aru best lepak dan tengok sunset kata orang. Lagi satu, airport KK ni ada 2 terminal yang jauh². So kena bagitau dekat orang yang akan jemput korang naik flight apa. Kalau tak takut salah tempat menunggu, naya je.

Mak hoverrr, anak tengah bebel nampak laut.

Dia ni memang pantang nampak padang.
Nak jadi Usain Bolt ke? Berlari je kojenya.

Dah penat berlari, kami balik Marina semula nak check-in and freshen up sebelum ke airport semula nak pick-up MizJueanna & family. Ya, flight kami berbeza waktu sebab dah kehabisan masa promo tu. Marina Apartment ni sangat puas hati. Bilik ada 3, bilik air ada 2. Ruang tamu luas siap boleh bentang toto lagi lah kalau pergi ramai² kan. Bersih pun bersih. Ada kitchen, peti ais, washing machine, water heater dan cerek nak masak air. Kalau duduk lama memang boleh main masak² lah kat dapur. Kami dapat unit yang mengadap swimming pool. Best!



Ok, lepas dah mandi-manda kami keluar semula nak ambil Mummy Jue, Papa Ajib & Aaron Ridzqy di airport! Tak jauh pun airport dari Marina ni dalam 15-20 minit saja bah. Sangat dekat! Sampai² budak berdua ni dah excited dapat jumpa. Diorangkan macam kembar, tapi kalau gaduh tu boleh tahan gak masing² takmo mengalah. Kami bawa singgah Tanjung Aru, bawa budak² tengok laut lagi.


Suka betul!

Mummy Jue tengah layan anak².

Lepas itu, balik semula ke Marina berehat sementara nak tunggu maghrib. Lepas maghrib ingat nak pergi makan seafood tapi kanak² semua dah ke mengantukan. Singgah McD bagi anak² makan dulu. Yang penting anak² dah lepas makan, mak bapak senang hati nak berjalan. Kalau tak karang meragam lapar. Mc'D ni dekat bangunan belakang Marina je. Boleh je kalau nak pergi jalan kaki. Dia dekat bangunan Promenade Apartment, memang sangat dekat. Town KK ni memang pusing² situ je. Mall semua dekat². Sangat senang nak cari makan. Maksud saya fast food. Memang senang. Yang payah dan mahal adalah nasi berlauk. Memang mahal. Kalau KL I tell you.

Lepas makan McD, kami pusing² nak beli souvenir & ikan masin dekat Pasar Philippines. Dekat je dengan Marina. Adalah dalam 10 minit driving. Yang payahnya ialah mencari parking. Dan dan tu jugalah budak² yang kepenatan dan kekenyangan tertidur. Memang kaum bapa duduk jaga parking & anak² je lah dalam kereta. Kaum Ibu dengan sepantas kilat beli souvenir & ikan masin.

Kami beli ikan terubuk masin sederhana dapat RM10 untuk 3 keping. Sebabkan kami beli banyak dia bagi lagi 2 3 keping, souvenir katanya. HAHA. Murah lah rejeki kau dik. Belikan juga untuk Nurul sebab dia ada pesan haritu dia tak sempat beli. HEHE.

Sekian lah laporan hari pertama. Lenguh juga jejari montoks Mak Jems menaip. Sambung part 2, 3 esok² pula ye.


Sekian.


Wassalam.




10 comments:

  1. heheheh syabbass..aku belum ada mood nak hapdet..tunggu material (ayat bajet retis)..hehehe

    ReplyDelete
  2. tq for this entry!!!sb niat mmg nk pegi kk nanti!

    ReplyDelete
  3. uwaaa aku nak pegi SABAH jugakk... sape nak bawak aku... fie :Aku Sebuah Stroller....

    ReplyDelete
  4. another blog yang boleh jd rujukan sblm ke KK akhir bulan nie. update lg plisss =)

    ReplyDelete
  5. awesome blog admin.

    if you need a taxi service around kota kinabalu/sabah.
    call or message us at +6017 832 5898

    feel free to visit our blog to get more info

    http://taxi-kinabalu.blogspot.com/

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear