+ dag dig dug +

December 2, 2011

Hero + Idol = Ayah


Ayah, I LOVE YOU


2 Disember setiap tahun ialah hari yang istimewa sangat bagi kami sekeluarga. Hari di mana Allah kurniakan seorang lelaki yang ditakdirkan untuk menjadi seorang Ayah yang sangat sporting dan comel buat anak² nya.

Banyak nya nak tulis pasal ayah. But I just can't. No words can describe how much I love Ayah. Segala pengorbanan beliau memang saya tak dapat balas di dunia. Hanya doa saya setiap kali selesai solat.

Ayah panggil saya 'Anje'. Dari kecil lagi dia panggil saya begitu. Tapi dah besar ni takdelah kan. Adik-beradik selalu ejek saya sebab saya ni manja kededek sangat dengan ayah. Masa kecik dulu kalau ayah marah, saya akan menangis sampai tertidur. Bila dah tidur baru ayah datang peluk & angkat masuk dalam bilik. Dengan ayah jugalah saya suka mengadu sakit kaki lah, sakit perut lah lepas balik dari sekolah. Nanti ayah tolong urutkan kaki. HEHE.

Saya ingat lagi masa pergi BB Plaza dengan Mak, Ayah & adik beradik lain. Saya hentak² kaki tanda protes tak dapat beli anak patung yang macam BABY ALIVE tu. Best gila kot anak patung tu. Bila kita kiss pipi dia akan keluar bentuk . Lepas itu bila kita rendam baju dia dalam air akan keluar baju yang lain pula. Syok gila. Saya menangis tak dapat, sampai baring² atas lantai mall itu. Mak memang buat tak tahu saja, dia malas layan. Ayah yang datang pujuk & dukung saya pergi beli. Saya ingat sampai bila².

Pagi² kalau dekat rumah mesti akan dengar suara Ayah ketuk pintu bilik 'Bangun, solat!' Semua terkulat-kulat kadang² buat tak dengar. Tapi kalau dah dua tiga kali ketuk tu silalah bangun. Sekarang kalau tidur rumah Ayah, Kakal pula yang kejut Atok dia. Terjerit-jerit dari bawah 'TOK TOK!'.

Kalau susah tak kisah dari segi kewangan ke apa, selalunya Ayah akan tolong walaupun diiringi dengan bebelan tapi selalunya kitorang minta melalui Mak lah. HAHA. Bagus kerjasama Mak dengan Ayah ni. Demi anak² diorang masih berbaik.

To my hero, Ayah

Tak tahu nak cakap macam mana tapi Pi memang sayang Ayah dunia & akhirat
Doa Pi selalu untuk Ayah
Terima kasih kerana membesarkan Pi sehingga menjadi ORANG seperti hari ini
Terima kasih kerana menjadi contoh yang baik untuk anak², menantu² & cucu².

Kakal says 'I LOVE YOU ATOK AJI VERY STRONG!!!'

Ok lah, saya nak buat kerja lah.
(padahal dah tak tahan nak bendung air mata)





8 comments:

  1. terharu saya baca.teringat arwah ayah saya.byk benda yg saya terkilan.:-(

    ReplyDelete
  2. lama sya tak bukak blog Fie, hehheh, upgrade dah ekkk, anywez Fie, moga Ayah Fie sentiasa dlm lindungan Allah, Amin :-)

    ReplyDelete
  3. happy besday utk ayah fie..semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan bahagia bersama anak2 dan family tercinta =)

    ReplyDelete
  4. Fie, sementara ayah masih ada / selagi ada nyawa di badan, jaga hati ayah, doakan ayah, belanja ayah tiap2 bulan.. itupun belum dapat balas segala pengorbanannya.

    ReplyDelete
  5. adoii..sedihnye dia punye sajak kat bwh tuh..blh meleleh tau

    ReplyDelete
  6. anak pompuan memang manje ngan abah :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear