+ dag dig dug +

September 9, 2011

Syawal Kami

Salam,

Syawal sudah masuk 11 hari berlalu. Makin banyak undangan rumah terbuka diterima. Sedekat² dan sejauh² jemputan akan saya cuba penuhi. Cewah. Terpulang kepada pilot aka hubby saya. Kalau OK kata dia, sampailah kami. Jika tidak saya doakan majlis rumah terbuka kawan² semua sama meriahnya sama ada dengan kehadiran kami atau tidak. Wah, bajet retis sangat ni.

Ini kisah 1 Syawal kami.

Tahun ini giliran rumah Atok Aji. Yeayyyy. Walaupun jauh rumah Atok Aji dengan PIL hanyalah sepelaung saja pun tetap nak buat sistem giliran. Tak kira lah kan. Keadilah harus ditegakkan! Wahahaha.

Pagi raya Kakal bangun macam biasa, awal sangat dari Ibu Abi dia. Dia tukang kejut kitorang. Abi pun bangun bersiap semua, Ibu turun bawah tengok apa² yang patut untuk sarapan para laki² sebelum bersolat. Lepas dah siap semua barulah Ibu bersiap tapi tak boleh mekap lagi pasal nanti nak siapkan Kakal mesti Ibu berpeluh. Habislah cair mekap mak nak. Para budak² cinocet adalah orang terakhir bersiap sebab mereka kan banyak main, nanti dah handsome berpeluh pula. Masham lah nanti di pagi raya. Hehe.

Setelah para lelaki kembali dari menunaikan kewajipan, kami pun bersarapan ala kadar. Dan sesi bermaafan bermula. Nenek Nah dulu yang salam Atok Aji, lepas itu Jaja selaku anak pertama. Diikuti oleh Pak Ngah Anaz, Ibu, Auntie Gudik & last sekali mestilah Ucu Iqa Super Junior. HAHA.

Budak² kecil menyelit nak salam atok nenek. Mak Bapak tolong kutipkan duit raya. Wawahaha. Paling kelakar terlupa nak salam SUAMI! Ampun B. Sampai kena sound baru teringat. Hahaha.

The Shah's

Budak kecik tu dah mengantuk itu sebab dia rebel sikit.

Kalau Ibu ada anak 2.
OMG pitam.
Selepas itu tanpa membuang masa terus ke rumah MIL, tapi sayangnya sekeping gambar pun takda masa kat sana. Bukan pilih kasih ye. Kebetulan sampai² sana Kakal tidur. Lama pula tu. Tu yang tak sempat bergambar. Maafkan kami, ohh maafkan kami.

Rumah terakhir yakni rumah Nanny Midah Kukis! Ada sesiapa yang kompius tak kenapa Kakal banyak nenek ni? Hihi. Nanny ni mak kandung Ibu, Nanny dengan Atok Aji dah lama berpisah tapi kasih sayang anak² masih berkekalan. Walau jauh di mata sentiasa dekat di hati. Sob sob sob.


With Nanny & Adik²

Ha baru raya pertama dah 3 rumah dah. Raya kedua kami duduk rumah MIL saja sebab kan FIL saya masuk hospital. Raya ketiga baru start beraya rumah sanak saudara belah Atok Aji. Itu kita sambung next entry la.


Selamat ber 'open house' weekend ini ye kawan²!





21 comments:

  1. kasih sayang tetap kekal abadi...sob sob..i luv u biras@beras cap faizah poney..huhu~

    ReplyDelete
  2. kite pun tak de gambar ngan keluarga metua fie

    ReplyDelete
  3. gamba kakal tak penah menghampakan...nak gamba raya kakal..plezzzz

    ReplyDelete
  4. Kakal, nape gambar first tu anT nampak muka mcm pasrah je kena pakai songkok. hahaha.


    pssst. Ibu kakal cantiklah. :)

    ReplyDelete
  5. Gambar yg cantik dan cool! Mommy yg cantik dan anak yg comeeeeeeeeel!

    ReplyDelete
  6. aku tak kira...aku nak ckp lagi sekali...kakal coooomeeeellll!!

    ReplyDelete
  7. cunnyer wardah..mcm ade iras2 wardina pun ye :)

    ReplyDelete
  8. Jue : i luv u too biras. nnt kita amek gambar outdoor je lah ek. sob sob

    ReplyDelete
  9. Ann : mmg pasrah habissss.haha pssstt, takdelah anT ni saje je tau.

    ReplyDelete
  10. Anum : insya'Allah..mudahmudahan begitu :)

    ReplyDelete
  11. Anum : insya'Allah..mudahmudahan begitu :)

    ReplyDelete
  12. Deena : mmg payah nak kawal bila pakai baju melayu ni. peluh kenmain.

    ReplyDelete
  13. sweet kaler kak fie n famly...windu pia x??hihi

    ReplyDelete
  14. pja kalo ngan keluarga mentua mmg kurang ade pix...pasal nye x de org yg rajen nk shoot2...hehehehe...kalo ade tu pon...pja la terpaksa wat rajen...tp semenjak mikhail dh berlari2...mmg x kn sempat nk wat rajen...hehehehe

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear