+ dag dig dug +

December 17, 2012

Jkids Playground, Paradigm Mall

Salam,


Hati sudah manyiak sinang sebab kain baju banyak dah setel kat rumah. Ada lah sikit lagi nak kena lipat masuk wardrobe bagai. Takpe itu pelan² buat. Hahaha malas giler kan. Hari sabtu sempat bekerjasama dengan Abi kemas rumah yang macam kapal karam. Lepas itu Abi keluar sekejap pergi office. Dan pulang membawa Sate Willy! Weeehooo!

Tak taulah kenapa dalam banyak² sate, sate inilah paling sedap di tekak ku. Mungkin ramuan dia yang memang terasa tu yang buat tak boleh lupa. Sate Willy ni dekat area Kajang but saya tak pasti nama tempat dia.

Then hari Ahad, disebabkan Ibu & Kakal amatlah well behaved jadi Abi bawa kami jalan² pi main slide bak kata Kakal. So off to Paradign Mall we go!

Abang Long Subest dah bersiap


Tujuan utama nak bawa Kakal pi playground or playgym yang dia boleh main selama mana dia mahu. Yukids macam bosan pula selalu sangat pi The Curve tu. Lastly kitorang pi Paradigm Mall yang tak pernah dijejaki lagi.

Budak moody.

Had our lunch at Uncle K. Restoran kopitiam ke mamak entah yang pasti ini je yang jumpa. Tempat lain takut mahal sangat or tak sedap ke apa. Kakal cebik dah masa ni sebab all the way dari rumah dia tidur. Dapat tidur 15 minit je dah sampai. Memang lah moody. Asyiklah meratib 'Nak naik slide...nak naik slide' Ibu terpaksa cakap slide tengah cuci. Pukul 2 baru dia buka balik. Im sorry baby. +____+

Lepas makan terus laju² naik ke Jkids Playground yang berada di level 1, Paradigm Mall ni. Entry fees untuk anak on weekend adalah  RM30, weekdays pula RM20. Adults boleh masuk free to accompany the kids. Jangan lupa bawak socks siap² untuk kids dan juga adults.

Pada hemah saya, kawasan sini lebih besar dibandingkan dengan Yukids, The Curve. Luas sikitlah. Party Area pun luas dan kebelakang sikit kira privacy takdelah kacau orang lain. Ramai jugalah masa tu kebetulan ada party sekali. Tapi still boleh tahanlah. Yang tak bestnya ada juga orang tua yang sibuk main sekali. Kalau main sekali dengan anak takpe. Ini dia yang gigih memanjat, gigih main tembak² ball ke bawah siap berebut benda tu dengan Kakal. Kelakar lah. 








Gambar semua blur due to kamera tab yang tak berapa canggih. Tskkk, takpe bersabar je lah janji ada daripada takde. Hehe. Susah nak capture gambar budak bobot ni. Ada satu tempat tu macam jambatan gantung, Kakal nak lalu tapi dia takut. Saya tengok je dari jauh. 'Go baby go baby' dalam hati berkata. Tapi dia patah balik pastu panggil² saya 'Ibu meh lah Ibu'. HAHAHA. 

Lama gila dekat situ adalah dalam 2 jam setengah. Sempat gilir² dengan hubby pi solat dan cuci mata dekat H&M yang baru launching ittew. Ramai giler orang shopping. Banyaknya duit engkorang kan? Oh surau FYI dekat evel UG/ G alamak dah lupa. Tapi surau dia luas dan amat selesa. 

Ok itu saje bebelan hari ini.


Take care!!







3 comments:

  1. yep..playgym ni best..recommended kan...danish main kt sini smpai penat n mengantuk dibuatnye..hehe..

    ReplyDelete
  2. selalu pergi paradigm lalu jugak jkids ni tp tak pernah masuk lagi nanti boleh lah try

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear