+ dag dig dug +

July 30, 2012

Sendukkkkk Fifieeee!! Resepi Lasagna

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan. Bagaimana puasa kalian? Harap² semua berlumba-lumba ke arah kebaikan hendaknya.

Lama tak update kan. Salah satu sebab blogger kat office ni mengong. Header hape semua tunggang langgang. Cemuihhh menengokknya. Hari ini dah pulih seperti sediakala.

Sendukkkk Fifieeee! (baca ala² Fifie hotfm!)

Mood memasak bulan Ramadhan ni lain macam sikit. Sungguh pun penat tetap ada rasa nak masak sendiri. Maklumlah makanan bazaar kadang² bosan juga. Udah hari² benda yang sama kan. Kadang² satu bazaar 2 3 gerai jual benda yang sama. Jadi bila sampai weekend memang tak lepaskan peluang nak masak untuk family.

Minggu lepas buka puasa secara pot luck kat rumah Mummy Jaja. The whole family was there kecuali Anaz. Busy sungguh dia, takpe orang nak kahwin kena cari duit lebih kan? Tak tahu nak masak apa so tengok kat blog Ena nampak lasagna! Apalagasss kasi try lah seround.

Resepi saya amek dari SINI . Thank you for sharing. Siap ada step by step tuto ni I suka sangat. HAHAHAHA.


RESEPI LASAGNA kredit to Ana 


Bahan Utama :
Lasagna Instant Sheets (celur air panas sekejap bagi lembut sikit)
Mozzarella Cheese
Parmesan Cheese (optional)

Bahan Inti Sos Merah :
Cendawan Butang (1 tin)
Minced Beef/ Chicken (400 gm/ 1 paket)
Sos Cili ( 1 sudu)
Sos Spaghetti (1 botol)
Serbuk Blackpepper (sesuka hati)
Bawang Besar (1 biji)
Bawang putih (5 ulas)

Bahan Sos Putih :
Full Cream Milk / Fresh Milk (250 ml)
Butter (2 sudu besar)
Kepingan Cheddar (2 keping)
Tepung Gandum (2 sudu besar)
Garam (secukup rasa)




Cara - cara


Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. 
Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau.. 
Masukkan pula daging cincang..
Gaulkan hingga daging berubah jd kaler
Kemudian tuang sos prego td.. tuang semua sekali..
Masukkan garam secukup rasa..
Masukkan serbuk oregano.. (saya tak letak)
Masukkan pulak cendawan butang..
Masukkan sesudu besar sos cili..
Tabur serbuk black pepper
Siappp..!!


Meh buat Sos Putih pulak :

Cairkan butter..
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..
Masukkan susu full krim..
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
Siappp.. sila tutup api..


Cara Melapis Lasagna :

Ambik loyang yg sesuai..susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
Taburkan dgn inti daging td..
Tuangkan sos putih.. lg banjir lg bagus.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulang balik cara yg sama.. suka hati korang le nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. ada paham..!! tp standart adalah 3 layer aje..
Lasagna yg dah siap di tabur dgn keju.. suka byk2 keju.. terbaikkk..
Masukkan dlm oven..
Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit gak kot.. bergantung pd size oven korang.. guna api atas bwh ye..

Untuk resepi bergambar sila ke blog tuan punya resepi. Hihi. Thank you so much!

Saya buat 2 layer je sebab loyang besar kot. Tak dapat 3 layer.

Inilah hasilnya.

Sebelum dibakar 

Selepas

Mangsa keadaan selepas di bahammmm

Selamat mencuba!!!







10 comments:

welcome to preggieland dear