+ dag dig dug +

July 9, 2012

School Baru Kakal ^__^

Assalamualaikum wbt,

Salam Isnin. Selamat berpuasa kepada yang mengganti ataupun sunat. Lagi 2 minggu je lagi ni nak masuk Ramadhan. Apa persiapan kita? Persiapan raya meletup-letup dah ni. Baju semua dah beli tapi tak sedar persiapan Ramadhan tak buat apa lagi haku ni. Mental & fizikal. Rohani & jasmani. Mampukah kita beribadat lebih baik dari tahun sebelum ini? Mari sama-sama tanam niat untuk buat yang terbaik!! WE CAN DO IT!

^__^

Sambung entry seperti tajuk di atas. 

Minggu lepas sudah bermula pengurusan baru untuk Taska. Yang sebelum ini sudah tamat kontrak (tak silap saya). Banyak juga pembaharuan pengurusan baru ni. Tapi masih baru lagi nak tahu servis dia terbaik atau tak. Dari segi penjagaan ni tak boleh nak komen lagi sebab baru sesangat. Harini baru masuk 3 hari. 1st day agak haru biru juga lah. Nasib baik 2 hari pertama tu diorang buat open day. So kami Ibu² ni memang buat macam taska sendiri. Keluar masuk ikut suka. HAHAHA.

1st day tu masa hantar Kakal sepatutnya bilik bawah untuk 1.5-2.5 tahun yang dipanggil Genius Leaves. Bila masuk bilik tu tengok² Kakal paling besarrrrr (dari segi saiz badan). Takut juga dia main kasar² dengan adik² tu. Bila datang jenguk time lunch, rupanya Kakal dah kena tukar bilik atas untuk 2.5tahun -4 tahun, Genius Buds. Walaupun dia belum cukup umur tapi teacher tukar sebab diorang kata Kakal besar.  Tapi elok juga dia masuk bilik tu. Dapat sesama dengan sepupu dia Aaron Ridzqy. Aaron Ridzqy pun baru masuk school! Yang itu biar Mummy Jue cerita lah. HIHIHIHI.


1st day dalam bilil G-Leaves

2nd day dekat play area
2nd dalam bilik aktiviti

Bilik Aktiviti

Bilik G-Buds

Play Area

Dining & TV area
Ini masa 1st day. Saya, Mummy Jue & Mama Lynda yang suruh diorang beratur macam ni,
Kan dah kata buat macam rumah sendiri
 ^__*

Tempat tidur pun diorang pakai play gym mat ke nama dia? Cuma sejuk sikit lah kena bekalkan selimut & bantal untuk anak² tidur. Ada je gambar anak² tidur tapi tak sampai hati nak letak sini. Sob sob. Yelah, mana nak sama macam tidur kat rumah kan?

Nampak macam banyak sangat toys kan? Merata-rata toys. Actually diorang ada slot untuk education juga tapi belum mula lagi kan. Mungkin nak tunggu stabil keadaan semua baru mula. Seronoklah Kakal, tapi yang jadi masalahnya bila time cuti kat rumah mana ada toys dan kawan² ramai macam ni. Mulalah dia bagi arahan suruh Ibu & Abi main dengan dia sepak² ball lah, main lawan² lah.

Over all, masih kelam kabut sedikit pada hemat saya. But there's more room for improvement. Kami hantar anak² untuk dijaga dengan baik, ini amanah kami pada kamu. Buatlah sebaik mungkin. Dan untuk anak², Mak Ayah tinggalkan kamu semua bersama teacher dan semoga kamu semua sentiasa dalam lindungan Allah swt. InsyaAllah.




19 comments:

  1. wah, bestnya kakal. Bersih je nengok school kakal.

    ReplyDelete
  2. Bestnya school dia.. kat mana ni? *sorry i mungkin missed if ada entry lain u mention about this school :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat matrade jalan duta you, dalam kawasan office I je..

      Delete
  3. Taska mane nie? Seronoknye tgk enviro die....

    ReplyDelete
  4. hoihh...hahaha..tunggu versi Aaron Ridzqy plak..sendu pagi hari..heheheheh..

    ReplyDelete
  5. wah cam best je! :)

    ReplyDelete
  6. cmnelah nak hntr anak nntikan?

    ReplyDelete
  7. kat mana taska ni wak? tahun depan baru nak hantar auf school.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear