+ dag dig dug +

July 20, 2012

Cara Sambut Ketibaan Bulan Ramadhan



Assalamualaikum,


Ahlan wa sahlan, marhaban Ya Ramadhan kareem. 

Esok umat Islam rata-rata menyambut Ramadhan. Alhamdulillah. Moga Ramadhan kali ini lebih baik iman & taqwa daripada sebelumnya. Marilah berlumba-lumba ke arah kebaikan. 

Planning sepanjang puasa dah dibuat. Tapi bila fikir-fikir balik semuanya urusan dunia. Huhu. Bila baca email daripada Biro Agama ni baru teringat yang tak ada pun planning untuk urusan agama. Terawikh itu memang masuk list. Tapi bab² lain pun perlu juga. Ada yang nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni siap dah plan satu hari kena habiskan berapa muka surat. Bagusnyaaaa. 

Dikesempatan ini juga saya memohon sepuluh jari jika ada terkasar bahasa atau kelakuan yang tidak disenangi. Ampun dan maaf dari saya dan keluarga.  


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM.


Saya share kan email daripada Biro Agama untuk renungan kita bersama :



1 . Memohon doa agar dipertemukan bulan ramadan.

Disunatkan sentiasa merafatkan doa agar dipertemukan Allah SWT dengan bulan ramadan dalam keadaan sihat bagi mengabdikan diri kepadaNya. Saidina Anas ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila memasuki bulan Rajab, beliau akan berdoa;


قال : اللهمَّ بارِك لنا في رَجَب وشَعبان وبَارِك لنا في رَمضانَ.

Maksudnya: Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan ketemukanlah kami dengan bulan Ramadan.
2. Bersyukur apabila dipertemukan dengan bulan ramadan.

Menurut Imam al-Nawawi RA dalam kitab
al-Azkar , disunatkan bagi setiap Muslim tunduk sujud atau memuji Allah SWT takkala mendapat nikmat, atau terlepas dari sebarang musibah.

Antara nikmat Allah SWT yang paling besar ialah nikmat sihat yang membolehkan seseorang melakukan ketaatan dan ibadat kepadaNya, terutamanya di bulan ramadan.

Nikmat sihat merupakan nikmat yang sangat tinggi nilainya. Sebagai tanda syukur, sewajarnya kurniaan tersebut diiringi dengan alunan
tasbih, tahmid, takbir dan ibadah yang tulus ikhlas kepada Allah SWT. Semoga kita termasuk dalam kalangan hamba Allah SWT yang bersyukur.3. Meyambut dengan penuh keriangan dan kegembiraan

Para sahabat, tabiin dan kalangan
salaful soleh  sangat merindui ketibaan bulan ramadan dan bergembira dengan kedatangannya.

Tiada yang boleh menggambarkan kegembiraan tersebut melainkan dengan senangtiasa menceritakan kelebihan bulan yang penuh berkat, rahmat dan digandakan pahala bagi ketaatan yang dilakukan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW setiasa memberikan khabar gembira tentang kedatangan bulan ramadan kepada para sahabatnya, dengan bersabda;



قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ ،شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ النَّارِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ خَيْرًا كَثِيرًا

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan ramadan, bulan yang penuh keberkatan, difardukan atas kamu ibadah puasa, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelengu padanya syaitan-syaitan, padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa dihalang dari kebaikannya maka sesunggunhya ia telah dihalang dari mendapatkan kebaikan yang tersangat banyak.


4. Merencanakan perancangan menghadapi ramadan

Setiap orang mempunyai perancangan dan akan senantiasa membuat perancangan dalam usaha mendapatkan sesuatu yang mereka cita-citakan, khususnya dalam urusan dunia. Sungguhpun demikian, tersangat sedikit dari kalangan mereka yang merangka perancangan bersangkutan dengan urusan agama.

Sebagaimana dinyatakan di atas, ramadan merupakan bulan terbaik untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bulan keemasan untuk seseorang melatih dan membentuk diri menjadi seorang yang soleh.

Justeru, perancangan yang terbaik hendaklah direncanakan dari awal-awal lagi, agar ramadan dapat diimarahkan dengan pelbagai ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT.
5. Bertekad mengimarahkan ramadan dengan pelbagai amal soleh.

Ketibaan ramadan hendaklah disambut dengan tekad yang utuh untuk mengimarahkannya dengan pelbagai amal soleh, dengan perancangan yang penuh strategi, pada setiap saat dan ketika,

Bagi mereka yang merancang dan bertekad melaksanakannya dengan jujur dan ikhlas, mereka akan dibantu dan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam menuju kepada kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 21;

Maksudnya: Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.

6. Mendalami ilmu dan hukum hakam berkaitan ramadhan.

Sesuatu ibadat tidak sah dan jauh lagi untuk diterima Allah SWT, sekiranya dilakukan tanpa mengikut kaedah dan lunas-lunas yang ditetapkan.
Justeru, menjadi suatu kewajipan atas setiap orang Islam memastikan mereka melaksanakan ibadat bedasarkan landasan yang benar.

Bagi melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain di sepanjang bulan ramadan, ilmu pengetahuan berkaitan denganya perlu dipelajari terlebih dahulu, agar ibadat yang dilaksanakan sah dan diterima oleh Allah SWT.

Menjadi tanggungjawab seorang muslim bertanyakan kepada orang yang mengetahui berkaitan perkara yang mereka tidak tahu. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ambia’ ayat 7: Maksudnya: maka bertanyalah kamu kepada
Ahlu al-Zikri  ( alim ulama ) jika kamu tidak mengetahui.

7. Berazam meyambut ramadan dengan meninggalkan segala dosa, maksiat dan perkara-perkara yang keji.

Bulan ramadan adalah penghulu segala bulan yang dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. Ia juga dinamakan sebagai bulan taubah.
Sehubungan itu, bulan ini seharusnya disambut dengan tekad meninggalkan segala dosa, maksiat dan amalan keji yang biasa lakukan.

Sesiapa yang tidak bertaubat kepada Allah SWT di bulan ramadan, maka bilakah lagi masa yang mereka tunggu? Allah SWT berfirman dalam surah al-Nur, ayat 31,:

Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

8. Merancang program dakwah sepanjang ramadan.

Bulan ramadan sewajarnya diperbanyakkan program-program dakwah seperti tazkirah, pengagihan buku-buku atau risalah ringkas berkaitan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain yang wajar dilakukan.
9. Ramadan disambut dengan lebaran putih bersih.

Pastikan pada tahun ini dan tahun seterusnya ramadan disambut dengan lebaran baru yang putih bersih bersama.


By: Abdul Muhaimin Mahmood, 15 Julai 2012
" Ya Allah,Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku bermohon dengan kemurahan rahmat dan kasih sayangMu, Bukakanlah untuk ku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, " Amin





7 comments:

  1. selamat menyambut bulan ramadan

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan :)

    selamat menjalani ibadah puasa.
    semoga diberkati segala amalan kebaikan dan kebajikan. amiinnnn..

    anyway, good info. tq.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan fie, semoga dipermudahkan segalanya di sepanjang ramadhan ini dan tahun2 yang mendatang :)

    ReplyDelete
  4. sama² kite mendapat keredhaanNya di bulan yg penuh barakah ini.. Aminn

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan..samalah mohon maaf ek

    ReplyDelete
  6. Amin.. Semoga dipermudahkan semua dlm ramdhan ni :) tq for the info...

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear