+ dag dig dug +

May 2, 2012

Trip To KK - Part 2 (Manukan & Kundasang)

Salam semua,

Sudah sarapan? Ambillah sarapan untuk kecergasan hari anda ye!

Berbalik kepada tajuk di atas, kami ke Sabah hanya 3 hari 2 malam. Jadi perlu betul² rancang perjalanan, kalau boleh memang nak pergi semua tempat. Jadi hari ke 2, kami plan untuk island hopping & ke Kundasang! Memandangkan jadual padat kami hanya dapat pergi satu pulau je.

Pulau Manukan jadi pilihan sebab rasa macam lebih besar dan senang nak lepak lama². Kami tak naik bot dari Jesselton Point. Sebab takut bot tak dapat ikut time kita untuk balik. Jadi kami Google dan jumpa satu blog yang chartered satu bot khas untuk family dia. Harga berbaloi daripada Jessolton Point. Harga untuk satu pulau ke dua pulau ke memang dia caj RM200 satu bot. Untuk sewa life jacket + gogle untuk snorkeling dia caj RM15 per set.

Island Hopping

Contact Person : En. Arman

Mobile No : 0109422890


Bot akan tunggu kita dekat jeti Pasar Philippines. Berdepan dengan Hotel Le Meridien. Kawan saya yang pergi sebelum kami ada pesan, kalau ada orang dekat jeti tu nanti offer kita untuk bot jangan ambil sebab takut dia tipu. Ada a few yang dah kena tipu, duit dah bayar tapi bot tak datang ambil masa balik. Takut terkandas.

Pemandangan di Pulau Manukan adalah sangat breathtaking. Ikan memang main² je dekat tepi pantai tu. Seronok! Budak² pun suka main pasir dekat situ. Yang kelakarnya Kakal dia geli nak pijak pasir. 'Bu, eli ahhh'. Sabar jelah hakuuu.



Jeti ni lah tempat menunggu bot tiba


♥ this shot

Bu, akutttt!

Mummy Jue yang bengang sebab orang tu lupa bawa life jacket budak
HUHU

Kakal, ini bukan swimming pool ok.

Mommy & babies

Babai Manukan

Indahhhhnyaaaa

Peace!
Anak² semua dah terkandas. Mak bapak je menyerongeh!


Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai semula ke jeti Pasar Philippines. Oh, kereta kami parking depan area pasar tu je. Kalau ikut kata kawan kami sebelum ni parking situ kena bayar, tapi kami parking haritu tak kena pun. Mungkin hari itu public holiday agaknya jadi free of charge. Suami masing² hantar anak masuk dalam kereta, Mak² nak teruskan misi mencari souvenir untuk sanak saudara. 10 minit punya misi zasssssss capai apa yang patut dan beredar pulang ke Marina.

Sampai Marina, mandi², packing apa yang patut. Anak² pun sempat tidur dalam sejam lebih. Bangun je diorang kami pun bersiap nak ke Kundasang. Singgah dulu makan di KFC dekat sebelah Marina ni. Plaza Warisan tak silap saya.

Babai Marina!

Semoga jumpa lagi Marina!


Ye, memang 5 jam selepas itu kembali semula ke Marina.


Hukhuk.


Inilah yang dinamakan Kita Hanya Mampu Merancang, Allah Jua Menentukan. HUHU. Perjalanan ke Kundasang memakan masa 2 jam lebih. Kami ikut GPS dan map sikit². Memang perjalanan sangat smooth. Sampai dekat Tamparuli hujan mulai turun, tak berhenti sepanjang perjalanan. Start mendaki, banyak signboard Awas, Tanah Runtuh. Cuak Mak Jemss. Tapi dalam hati berdoa semoga semuanya selamat. Jalan memang sempit dan kalau nasib tak baik ikut belakang lori bercintalah jawabnya. Sampai satu simpang tu, ada tanah runtuh sudah makan setengah jalan. Tapi masih boleh lalu. Dalam hati dah istighfar banyak.

Dalam 10 minit lagi nak sampai Pine Resort jalan mulai jam. Tanya kereta yg dari atas, uncle tu beritahu ada tanah runtuh. Tak boleh lalu katanya unless pakai 4 wheel drive. Kalau nak naik juga, kena berhenti dan tunggu tanah dibersihkan.

Masing² dah terdiam. Tanpa banyak cakap Abi suruh Papa Najib drive patah balik ke KK. Mummy & Ibu dekat belakang ni dah terdiam dan masing² bergenang air mata. Seribu satu perasaan. Berhenti sekejap dekat tepi nak call Pine Resort yang kami dah book & dah buat full payment. Tanya boleh dapat refund tak kalau kes² macam ni. Jawapannya adalah hampa. Dia minta kami tunggu tanah runtuh tu clear.

Agaknya kalau kami berempat tanpa anak² memang gamble je berhenti tepi jalan dan tunggu. Tapi mengenangkan anak² lapar, mana nak cari makanan dekat situ. Dan risau kalau kami terkandas sebab kat bawah pun ada tanah runtuh juga. Tawakal sahaja kami patah balik ke KK.

Air mata pun dah jatuh 2 3 titik. Sedih wooo. Banyak tempat nak singgah di Kundasang. Nak pergi rumah terbalik pun tak sempat dah. Walaupun tepi jalan tapi hari hujan. Cuaca memang tak mengizinkan kami berhenti. Sampai di KK, kami call Don owner Marina. Don kata ada unit kosong lagi boleh masuk dan dengan baik hatinya bagi kami diskaun. Terima kasih Don. Allah sajalah yang membalas budi baik kamu.

Sedih memang sedih dan terkilan. Tapi bila fikir anak² dan keselamatan rasanya takpelah tak pergi pun. There's always next time kan.

Ada rezeki kami pasti kembali lagi.

InsyaAllah.



p/s: Cepatlah AA, buat promo 0 sen lagi woooiiii!


10 comments:

  1. manukan yerk? mcm wajib pergi sini kejap amek gambo kot hehehe =P

    ReplyDelete
  2. aku mmg tak boleh bendung air mata itu lagi..tsk tssk..AA cepat sikit wat promo!!! :P

    ReplyDelete
  3. stylo sungguh ibu kakal ni. :) kakal pon bleh tahan sedap eh badan dia. geram tgk. :)

    ReplyDelete
  4. pengalaman yg menarik..xpe kak fie, insyaAllah akan ade peluang skali lg..
    (psssttt..mommy dan ibu seksis pakai legging..hehehehe)

    ReplyDelete
  5. rindu KK! gi tak mamutik? lagi best coral dia! haikal kalau i sure tak larat dukung. tembam nyerrr! :)

    ReplyDelete
  6. pergh!!memang cantik air laut kat sana

    ReplyDelete
  7. nurul pun tertunggu2 promo air asia lagi ni.

    tak pe fie kalau ada rezeki lagi boleh pergi sabah lagi kan? nurul pun terasa nak pergi sabah lagi. best

    ReplyDelete
  8. eeee teringat masa yan g kk dulu..yan pon duduk kat marina..bestnyeee..kk nye laot cantek sangat2...

    ReplyDelete
  9. Kesiannya Wardah....tp keselamatan lebih penting. Akk yg tinggal sini dah 4 thn pun masih belum jejak pulau Manukan. Tunggu cuti ni kot.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear