+ dag dig dug +

February 24, 2012

Sharing Is Caring : Puding Roti Karamel (Kukus)

Assalamu'alaikum,

Salam Jumaat penghulu segala hari. Pagi ini hujan turun mencurah-curah. Infact, dari malam tadi sebenarnya. Patutlah sebelum bahang sangat terasa. Alhamdulillah, moga hujan yang turun itu hujan seribu rahmat.

Intro haruslah nak power saja Kak Peah.

Sebenarnya nak cerita, malam tadi setelah mengemas beg pakaian untuk percutian 4 hari 3 malam di rumah bapak sendiri, anak dan suami sudah ku tidurkan..tiba² mata tokleh nak pejam. Macam meminta dibuat sesuatu. Buat assignment? Jangan harap, buku semua duduk dalam kereta. Maka, terciptalah perkara seperti tajuk di atas.

Tak sempat nak snap² gambar pun. Sebab rupa tak berapa ada, tapi rasa dia sedap (sedapkan hati). Pagi tadi otw ke office sempat suap Kakal dalam kereta. Dia minta lagi tu tandanya OK la kot. HAHAHAHA.

Mari saya sharing kan resepi yang saya copy paste sahaja dari belog AKAK ni. Sonang bai tu! Sesiapa pun boleh mencubanya (kalau ada pengukus).


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana



Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus

4 keping roti gardenia

3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis

2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)

1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan

esen vanilla (1sk)



Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Ini bukan hasil dariku (jujur).
sumber dari SINI
 
 
Selamat mencuba!!!
 
 

9 comments:

  1. nyum..nyum..sedapnyer..
    tapi kat umah takder epngukus lerrr...sedey.

    ReplyDelete
  2. baru nk komen, cantiknye loyang puding mu T__T

    ReplyDelete
  3. wah wah wah..resepi macam mudah ni..
    pengukus masih di dalam plestik.
    mari membuka plastik pengukus malam ni.
    kalau jd lagi cantik dr yg fie letak gambar, dina eksyen kat belog.
    tpi kalau x cantik, x mo share...hahaha

    ReplyDelete
  4. selalu buat puding roti bakar jek..nmpk menarik jugak ni :)

    ReplyDelete
  5. telan airliur ntah yg ke brapa kali.. Jiran sye kak Sanny asyik ckp sedap sedap siap bce resipi koat² nk suh watla tu..hahaha

    ReplyDelete
  6. sedapnya..rajin fie ek..jeles btul tgk org yg rajin masuk dpaur ni..hihihih

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear