+ dag dig dug +

January 5, 2012

HPV

Salam Khamis,

Hari ini naka ambil suntikan HPV dos kedua. Suntikan pertama dah ambil tahun lepas. Semua sekali ada 3 dos suntikan. Silalah bertahan wahai lengan. Mesti lepas ni lenguh dan sakit macam haritu. Huwaaaa. Takut adik.

Ada apa isu ye pasal suntikan HPV ni? Baru lepas google tadi dan macam ada forum yang kata tak payah ambil la apa lah. Kenapa ye?

Cuma bila buka website e-fatwa untuk tahu hukum pengambilan vaksin HPV ini. Hujahnya seperti dibawah :


Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1.Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.

2.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita.

3.Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.

sumber : e-fatwa
 
 
OK, jom pi injek second dose!
 
 












20 comments:

  1. bagusnye fie, lylie takut la benda2 nie..hihih....memang x de kesedaran sungguh kn?

    ReplyDelete
  2. ambik ktne ni? gomen or private? mahal x? mcm konpius lak, T_T

    ReplyDelete
  3. bab cucuk ni yang seremmm..sakit tak?

    ReplyDelete
  4. sakit x cocok nie fie?..cik mai seram nak cucuk2 nie..kalo cik mai pengsan pastu cucuk xpe..hehehe....

    ReplyDelete
  5. kami sudah..anda bila lagi? (ceh mcm iklan tak berbayar kan ) hehehe

    ReplyDelete
  6. kad jgn bg ilang ok... ni AMARAN! hahahahaha... siyes lenguh!!

    ReplyDelete
  7. Cik Yam : Preggie kenot. Tunggu lepas bersalin yep? hehe

    ReplyDelete
  8. Lylie : Fie pun takut, tapi redah je lah. Haha

    ReplyDelete
  9. Na : Fie amek kat panel klinik opis. Mmg covered. Kalau gomen pun ada rasanya.

    ReplyDelete
  10. Alin : SAKIT SGT! Lenguh lah bukan sakit. Hehe

    ReplyDelete
  11. Cik Mai : Boleh tahan lenguh lah now. Hukhuk.

    ReplyDelete
  12. Azne : Tahulah geng takyah komen 2 kali boleh? HAHAHA

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear