+ dag dig dug +

November 22, 2010

Perihal Kawan, Sahabat, Teman

apa pun yang kamu biasa bahasakan sahabat kamu. oh BFF ada juga. pokoknya ini perihal kawan². hari ini mood memang kureeengg. entah kenapa sangat tak best hari isnin ini. walaupun tadi pagi telah dikejutkan dengan senyuman kakal tersayang. hari ibu masih mandom. jadi bila mood mandom cik puan wardah akan membahasakan dirinya AKU. sebab rasa macam tengah bercerita pada diri sendiri.

sesungguhnya aku berpuasa. sesungguhnya aku berpuasa. sesungguhnya aku berpuasa.

aku cakap macam tu sebagai peringatan supaya mood aku tak lari jauh sampai aku kena berbuka. sia² je lah nanti.

ok, jarang sangat rasanya aku bercerita pasal kawan² baik aku. dengan siapa aku berkawan atau pernah berkawan. jarang sekali aku jaja kisah mereka kat sini. sebab? sebab itu antara aku & mereka. ada ke orang lain nak tahu?

aku serik.

aku pernah panggil dia sahabat karib. yang aku curah kan segala²nya. jatuh bangun aku dia ni yang tahu. biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula aku manusia. haruslah banyak silap.

kadang² kita tegur untuk kebaikan dia.
kadang² kita tak setuju untuk kebaikan dia.

kawan macam mana kamu mahu?
yang membenarkan sahaja semua perbuatan kamu walaupun salah
atau
yang memberi pendapat kerana sayang nya dia pada kamu

dia taknak kamu jatuh
dia taknak kamu di pandang hina
dia taknak kamu tersilap langkah

aku cuba jadi kawan yang bijak
yang jujur
bukan kawan yang 'kau terjun bangunan, aku pun kena terjun'
bodohlah aku macam tu

sirius,
aku rindu sangat pada kau
aku rindu saat² aku kongsi kesedihan aku
dan kau akan kata
'sabarlah, ALLAH itu dekat'

tak kisah lah
walau takde kau
aku masih ada mereka² ini

walau selalu gaduh
selalu kutuk sesama sendiri
tapi aku tetap sayang diorang
adik beradik sendiri pon boleh gaduh
kawan² apetah lagi
yang penting hormat satu sama lain
minta maaf kalau ada buat salah
faham memahami


kawan yang macam tin biskut
ada besar ada kecik

ok mood dah pulih semula

oh minggu depan ada dinner lah kat opish ibu. hmmm ibu tak tau lagi nak pergi ke tak. biasalah dah ada kakal, ibu risau la nak tinggalkan. tapi ibu datang nak sokong Auntie Linda yang dapat APC. tahniah linda! pastu ibu nak makan free! hahaha, cheapskate.

harap² artis jemputan bukan yang artis lelaki macam last year! cam orang mabuk di beri mikrofon! tak famous takpe asal boleh nyanyi. kalau famous suara cam orang mabuk pon cam hampeh tak berguna. janji pandai entertain crowd sudah. ada suara, ada rupa, ada bakat. kalau famous bayar mahal pastu nyanyi cam orang mabuk! tak yah!

habis duit kelab tahu!




13 comments:

  1. walao aku tgh berpantang time tu..aku tau sapa artis mabuk tu..haha..tak kesahla walau tak femes atau orang tak kenal..janji leh nyanyi dan entertain orang pun dah ok :)

    ReplyDelete
  2. cik wardah oh cik wardah..knape sedih hati..g tgk gambar kakal si bom tu..heheh

    ye btol la wardah..dlm berkawan ni..kita kena harus bijak bertindak..bukan bertindak mngikut arahan semata..tapi bertindak mgkut waras fikiran..yg baik itu jadi teladan..yg jahat tu harus ditegur..

    takpela..kisah yg lalu jadikan tauladan...kita blaja melalui kesilapan..bkn belaja utk kesilapan..heheheh..

    ReplyDelete
  3. ya sahabats sekalian,

    hahaha famous je lebih kan? tak best langsung.

    ye juju, belajar dari kesilapan. tq tq.

    ReplyDelete
  4. wardah.....syukur la kita ade kawan2 yang saling mengingati antara satu sama lain supaya kita tak tersesat lebih jauh lagi...

    Hah wardah tq...harap artis utk dinner tu ok la kan.....tahun lepas artis mabuk nyanyi dah la tgh gian pulak tu, pon ade orang enjoy...nyanyi berapa kerat je, yg lain suruh penonton nyaynyi ....hahahahha

    ReplyDelete
  5. aku boleh nampak tin biskut campur..tin biskut mini ehehe

    ReplyDelete
  6. it's 2 loud? it's 2 loud?? tq 2 eberybody ha.. dis my song... special 2 all of u.... ISTANA TAKESHI!!... yahooooo...;p

    ReplyDelete
  7. linda:haaa ini dia penerima pingat APC, hehe..

    ReplyDelete
  8. elle: baguslah ko nampak. maknanya ko belum rabun.hehe

    ReplyDelete
  9. azne:hep!!istana menanti pasti hokey. hahahaha

    ReplyDelete
  10. u olls sume dah mcm adik2 ku... sob..sob..sob..sensitip lak jap...
    jom arrr g dinner...tgk aku jd GLEE hahaha.... lagipon mana la tau kot2 korang dpt cabutan betuah...heeeee

    ReplyDelete
  11. d queen: sob sob..sedih juga kita..baik baik akan dipertimbangkan..GLEE ke GELI..hehe

    ReplyDelete
  12. salam tompang lalu..Kak Fie, nk menyampuk leh?? manusia sering lpe dr mana dtgnya dia tp pd kita yg beringt hrp2 blh tegur menegur.jgn trs leka jgn trs dikuasai dengki & iri hati.kita ade kelemahan masing2.jgn lpe hukum hakam dunia.hidup ni sementara so pndai2lah mhargainya.ENJOY!!

    Kanak2 Ribena akn nyanyi..xdela femez sgt tp slalu dgr diaorg live mmg OK..

    ReplyDelete
  13. pia : silakan lalu. hihi, tak famous takpe asalkan sedap je kita nak.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear