+ dag dig dug +

November 10, 2010

Musim Anak Sakit?

kenapa tanya macam itu?

sebab ariff haikal pon sudah dapat penyakit pakej. batuk + selsema.

pagi ini ibu, abi & kakal pon sudah jadi mamai². malam tadi semua tak boleh tidur. kakal merengek saja takmo letak bawah. bila bagi susu kakal tak boleh habiskan sebab terbatuk². oh baby. tak boleh betul la tengok macam ni.

last time kena batuk teruk juga sampai kena x-ray dada nak tengok lendir banyak ke tak dalam paru². harap² tidak lah sampai begitu kali ini. sudah jumpa paed Wati itu hari katanya masih di tahap OK. petang ini kalau masih begitu batuknya kena bawa jumpa paed Wati lagi esok. risau nak biarkan lama².

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat. oh oh oh ohhhhh.
sebenarnya nak cakap Alhamdulillah sebab tempat mencari rezeki ini sediakan klinik panel untuk pekerjanya. maka, duit pergi klinik memang tak yah fikir dah.

sudah lah minggu ini adalah minggu memenatkan di tempat mencari rezeki ini. satu kerja tak berusik. padahal duty saya jaga makanan je pun. +_________+ tapi sibuk mengalahkan jaga buyers pula. hahaha.

oh tak sabar nak jalan² pameran hari ini. hmmmm apa yang menarik ye?..


12 comments:

  1. ya betul. memang musim kot n dgn ibu2 sekali berjangkit demam kalu anak dah demam. ;(
    n mmg seronok kalu ada kinik panel, tak pyh pikir 2-3 kali pasal nak bwk anak g kinik, pikir nak anak cepat sihat jer, janji nak mkn ubat, kan?

    ReplyDelete
  2. seronok kalau ada klinik panel kan

    ReplyDelete
  3. sha baca petua kan, kalau anak batuk2 ni, kasik air suam+madu lg bagus drpd kite kasik ubat batuk tuh. insyaAllah dlm masa seminggu baik.. ni baru nak try kt raisya. hrp2 menjadik lah. jomla kite try sama2..:)

    ReplyDelete
  4. la,ciannye kakal.sabar ye umi.rasanya sekarang mmg musim kut.entah2 kakal nak tumbuh gigi.:-)

    ReplyDelete
  5. ssalam kenal wardah.. meh kite share link sbg ibu baru

    ReplyDelete
  6. wardah, kalau kakal batuk bawak gi klinik doktor bagi ubat pe
    cairkan kahak ke?
    hhhmmm...ada cara lain tak erk

    eisya pun dah start batuk berkahak, selsema dah nak ilang dtg batuk lak
    hhmm, madu+air suam eh sha
    bleh try ni

    mmg tak tido la kan kalau dia dah merengek2 idung tersumbat
    tido asyik berjaga sebab terbatuk2

    ReplyDelete
  7. untie gebu pun tgh batuk n selesema ni. aduh.... sakit tang sini, sakit tang sana..

    ReplyDelete
  8. emmy : tulah, nasib batuk je dia.

    nurul : sgt best. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. misha:ye ke? ade gak dgr tapi tak pernah cuba. thanks sha!

    ct shah : kalo nak tumbuh gigi pon leh demam kan?

    ReplyDelete
  10. juelee:mari mari!

    dayu:doc bagu bisolvan (ubat cairkan kahak). sambil² tu tepuk belakang dia dgn tapak tgn secara melengkun tu. utk kembangkan paru² dia.

    ReplyDelete
  11. mummy:syian syaye mummy. wekk wekk!

    auntie gebu:take care ok!

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear