+ dag dig dug +

March 3, 2010

pengalaman check-up gomen

ingat kan nak update pasal class antenatal yang saya dan suami attend last weekend tapi segala nota tinggal di rumah subang pula. jadi macam tak best nak update kalau isi tak cukup.

pagi tadi saya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. memang sebelum ni check-up klinik swasta tapi entah mengapa rasa nak buka buku merah. takut kena marah dengan misi kat HKL nanti. maka, seawal jam 7.30 pagi kami dah bergerak ke klinik yang jaraknya hanya 5 minit dari rumah nenek. ingatkan dah awal gila la tu. sekali ambil no, dapat no 13! fuh, orang no 1 ni datang pukul berapa lah agaknya. respect di situ.

first time check-up dengan klinik govt memang sangat terpinga-pinga lah. tak tau nak kena buat apa dulu. nasib baik misi baik-baik belaka di situ. dia suruh tulis details kat buku merah dan terus pergi buat urine. kalau kat klinik swasta bekas urine kan disediakan beserta tisu. tapi di sini tiada, rata-rata saya tengok mak-mak buyong bawa bekas sendiri. oh begitu rupanya. baiklah next time kene ingat ini. lepas itu, bila sudah pass urine tak tahu pula nak letak di mana. tanya lagi kat misi. "kak, ni nak letak mana?" sambil pegang botol urine. naif gila saya. kakak misi kata tunggu misi kat situ ye. oh rupanya ada misi yang akan cek urine tu. ok. lepas itu pula saya tengok kenapa mak-mak buyong semua beratur cek berat sendiri ni? bukan nanti misi panggil ke? rupanya tidak, memang kena cek sendiri. macam ini boleh lah tipu berat. lepas itu, duduk tunggu no. gilirian.

tiba-tiba...

beberapa nama kena panggil dengan misi. termasuk nama saya. suspen saja. rupanya nak bagi ceramah tentang Breastfeeding. dia kata sekarang memang kena dengar ceramah ni takut masa bersalin kt hospital govt nanti akan ada orang dari luar Malaysia yang interview kita psl BF. oh ok. tak tau pula pasal ni kan. maka dengar saja lah walaupun dah dengar masa class antenatal tu. dia brief pun sangat sikit, tak macam kalau kita pergi class antenatal. takpe, dengar saja. dah habis briefing misi kata "ok, duduk depan balik tunggu no". terpinga-pinga saya. tunggu lagi ke? tunggu punya tunggu nama saya tak naik-naik. tapi orang yang no giliran 30 ke atas semua dah lepas. marah ke tak? tak pasal-pasal je nama saya tersangkut. ok, takleh marah nanti darah naik. terus tunggu lagi.

misi panggil lagi nama saya. kali ni suruh ambil darah. masuk bilik misi saya bagitahu dah pernah ambil darah. "oh apasal tak cakap tadi" katanya "tak tanya pun" kata saya. dah ambil darah tak yah lagi la. pergi tunggu depan balik ambil BP. fuh, cabaran. berapa kali ke depan ke belakang ni misi oi! takpe, saya turutkan. masa ambil BP, misi tu tanya "kenapa tak terus check-up dengan klinik swasta?" saya explain lah saya nak bersalin di HKL, takut misi sana marah tak buka buku merah. dia kata takpe, unless ada masalah. mahu je saya jawab "takpelah kakak misi, saya rajin" buka salah, tak buka salah. hish..

sekali lagi, kena ke belakang. kali ni masuk bilik doktor pula. masa ni dah 3 jam tunggu. akhirnya selepas 4 jam baru habis check-up. hasil check-up hari ini (letak yg merah saja);

HB : rendah. kakak misi suruh makan kerang.
berat badan : naik, kena buat appointment minum air gula.

tiada check-up heart beat baby atau kedudukan baby. saya musykil mengapa. memang begitu kah?

tak mengapalah, next week check-up dengan Pusrawi. boleh tanya doktor banyak-banyak.

10 comments:

  1. mmg kalo check up kat klinik kerajaan rami giler...kol 7 diorg dah beratur nak amik no giliran....

    ReplyDelete
  2. btol..checkup gomen mmg menguji kesabaran..tp salu check up ade nurse check heartbeat n ukur tinggi rahim tu..tah la SOP xsame kot..xpun malas..huhu

    ReplyDelete
  3. ptt ada cek heartbeat baby, malah klu first time dtg nurse siap check breast - siap akan komen klu kes inverted nipple

    ReplyDelete
  4. sbb tu la reen mls nk smbung check up kt gomen.. tros je wat kt swasta.. naseb bek dlu da pnah bukak buku merah tuh.. hehe

    neway, nk tnye ape eh kelebihan wat 3d/4d scan neh?

    ReplyDelete
  5. sebab tu malas g checkup ngan gomen.
    boleh ek kalau tak checkup gomen,tapi nak bersalin kat situ?hmmm...

    ReplyDelete
  6. wah,, mmg experience baru checkup kat gomen hosp.. hehe nasib baik u masih stay cool.. kalau i mau i dah throw tantrum

    ReplyDelete
  7. nurul dulu pun bukak dua rekod gov n private. gov nie check yg basci jer normally. tp private mmg detail. tp disebabkan nak buku merah punya pasal buat juga di gov.

    ReplyDelete
  8. fasya ~ mmg camtu eh? kerusi sampai x cukup. kesian ada yg kena berdiri.

    nadya ~ mungkin lain2 prosedur kot. entahlah kan..

    ms. tepung ~ saya rasa sbb saya dh 7 bulan kot. doc pun check ala2 saja.

    reen ~ kelebihan 3d/4d scan kita boleh nampak baby dengan lebih jelas. hihi..

    zuris ~ misi tu kata boleh je kalau takda apa2 problem mcm darah tinggi or kencing manis.

    azie ~ takut darah naik sbb tu kena control je. kalau tak mahunye jerit kat muka misi tu.

    ReplyDelete
  9. nurul ~ tu yang saya gagahkan diri pergi juga KKIA tu.takut kena marah masa tengah2 sakit nak bersalin

    ReplyDelete
  10. huhu saye ni masih ler mendegilkan diri utk 100% cek kat swasta huhu..memcm cite la dgr kalo cek kat gomen ni

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear