+ dag dig dug +

March 29, 2010

weekend yang penuh

hari ini saya cuti kecemasan. cemas betul sebab tersangat penat sampai rasa takmo bangun dari katil. malam tadi bila suami suruh amek mc berlagak sangat tak mahu kononnya kuat boleh tempuh 1 hari di office hari ini. pagi ini bangun-bangun rumah black out pula. memang terpaksalah amek EL sebab baju tak bergosok lagi. hehehe, malu je. suami je ke ofis sebab dia pekerja cemerlang. :) bermula dengan hari sabtu, saya menolong kakak dan adik saya di subang parade. mereka ada bukak booth sempena I ♥ Bazaar. perkhidmatan suami diperlukan untuk tolong angkut-angkut barang ke sana. hehehe. jadi ibu buyung pun ikut lah bagi menunjukkan sokongan di samping dapat mencuci mata. to my suprise, wah suprise ni. di sana ada mothercare! kata sekarang mothercare tengah sale kan. jadi mengheret lah suami masuk ke dalam sana. tak ada apa pun yang dibeli. socks saja yang ibu sempat rembat. tu pun sebab sale 40%.

*dengan tokey kat booth mereka!*

selepas itu bergerak pula ke OU. hari ini sudah berjanji nak jumpa nana, sophie and eina. mereka semua adalah kawan baik ketika masih hingusan di CBN. eina is expecting too! gila excited nak jumpa mereka. terpaksa heret sekali suami. letak dia baik-baik di starbucks sambil bekalkan beliau ice blended caramel dan laptop untuk bersuka ria. nasib baik beliau sangat behave. terima kasih suami! lalu saya menuju ke chocolate lounge untuk berjumpa kawan-kawan.

*thank you sayam*


*kembang dengan jayanya*

hari ahad pula adalah punca di mana saya penat sampai ke hari ini. dapur di rumah memang lah sudah lama tidak berasap. tiba-tiba semalam berlaku sesi memasak yang hardcore! ok tak, tipu je. masak simple tapi rasa macam masak untuk kenduri. tu pun ada adik saya membantu macam manakah boleh penat sampai begitu sekali? afiq harris pun ada, dah lama tak jumpa dia. sangat rindu. sungguh lama beliau di rumah saya sehingga tertidur setelah penat bergurau dengan ayahyem nya. comel.

*budak demam tapi masih comel*

dan hari ini saya mengambil kesempatan bercuti untuk basuh baju-baju BJ. tapi baru siap basuh yang putih sahaja. yang colour belum lagi kerana tiba-tiba cuaca mandom (mendung). sudahlah tadi sangat mencabar. terpaksa basuh 2 kali. kerana ibu sungguh clumsy menjatuhkan penyangkut baju itu. takpelah, 2 kali adalah lebih bersih. mungkin.

update on pregnancy:

minggu ini sudah masuk minggu ke-34. beg hospital belum kemas lagi. mungkin selepas shopping terakhir nanti boleh mula kemas. heh. perasaan sangat berdebar nak pergi next check-up hari rabu ini. selalu pun macam itu. berdebar. tapi bila fikir boleh nampak BJ, tak jadi berdebar terus excited. heh.

No comments:

Post a Comment

welcome to preggieland dear