+ dag dig dug +

March 10, 2010

30 weeks

tak sangka sudah masuk minggu ke 30. rasa macam baru hari itu kahwin. macam baru je lagi buat pregnancy test. macam baru je lagi disahkan positif hamil oleh doctor sue. sekarang hanya tingal kira-kira 10 minggu saja lagi. cepat sungguh masa berlalu.

masuk minggu ke 30 ni dah rasa tak larat sangat. banyak simptom-simptom early pregnancy dulu datang balik. Alhamdulillah, early pregnancy aritu tak pernah saya kena muntah-muntah yang teruk. paling teruk pun penat je lah. penat tu masa belum pregnant pun penat je memanjang. hahaha, so macam tak kisah sangat lah kan. tapi masuk 3rd trimester ni keadaan badan jadi sangat lemah. dah berapa kali saya muntah selepas makan iberet folic yang doktor bagi. ya ampun, saya memang sangat alah dengan ubat tu. menyebut nama nya sahaja membuatkan tekak saya loya. apatah lagi bau dan makan. satu hari tu saya cuba juga lah telah sebab risau BJ tak cukup zat nanti, tapi lepas 2 3 jam terus terkeluar balik segala isi perut. 2 kali pulak tu! memang sangat seksa. sekarang saya cuma makan folic acid dan neurogain je. itu je yang mampu di telan. tapi kena rajin pula minum susu, susu pun memang saya minum HL saja. anmum ke enfamama ke memang tak boleh masuk. dia akan keluar balik.

simptom lain adalah heartburn. setiap masa kena standby makanan. walaupun biskut kering. kalau tidak menggelupur la jawabnya. sekarang juga selalu sangat rasa perut mengeras. tak taulah kerana kesan makan terlampau banyak atau sebab BJ bergerak dengan sangat aktif nya di dalam perut ibu ni. sangat tak sabar nak pergi check-up. mungkin BJ dah besar dan ruang dalam perut ibu sudah tidak muat. haha..

baiklah, nak pergi berehat sebentar. perut mengeras semula. eh, mengeras bukan tanda contraction kan kalau tak sakit pinggang? saya betul-betul confuse..

7 comments:

  1. chaiyok..chaiyok .. 10 weeks to go ..!!

    ReplyDelete
  2. tq jue! awak dah macam team cheerleading..hehehe..

    ReplyDelete
  3. kalau mengeras perut tu my doc said its mild contraction but not to worry, probably your uterus tgh buat exercise to prepare for the real contraction soon.i dah selalu kena and selalu usap2 perut ckp ngn baby not now, belum masa nak kuar lagi.. hehe harap2 dia dengar

    ReplyDelete
  4. azie, mula2 i risau juga tapi semalam dah jumpa doc and she said the same thing. not to worry, tapi kena jaga2 incase contraction betul2 kan. bahaya juga sbb baru 30 weeks je.

    ReplyDelete
  5. perut i slalue mengeras waktu mlm or time i nak bergerak waktu ptg ke atas..time kita nak bgn dari sofa ke dari kereta time tu ler mengeras gile..tu mild contraction ke? ooh i didn't know dat? satu mende baru ni..

    sian awak eh masuk 30 weeks jadi balik mcm 1st trimester..hmm bebaik jaga pemakanan tu

    ReplyDelete
  6. aziyana ~ salam kenal juga. thanx for dropping by. :)

    mieza ~ tulah, doc kata iberet folic pon boleh sebabkan sembelit. sakit ok sembelit. hahaha

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear