+ dag dig dug +

March 19, 2010

hah! dah nampak dah.. :)

kelmarin pergi check-up dekat Pusrawi. appointment pukul 9.30, tapi pukul 8.15 kitorang dah sampai. suka gila dapat jadi orang pertama yang ambil no. hahaha. Alhamdulillah semua ok, cuma doktor kata berat badan tu memang agak membimbangkan tapi tak boleh buat apa-apa dah. dia cuma nasihat jangan banyak sangat makan manis dan berkanji. sebab makanan tu boleh buat berat badan ibu naik, bukan berat badan baby. doktor belek-belek kaki, kata doktor kaki mula bengkak. itu tanda-tanda darah tinggi. tapi so far belum ada lagi lah. dia kata mungkin towards the end of pregnancy nanti mungkin ada. jadi, sila bersedia untuk bersalin awal.
*gulp*

tapi jangan risau katanya, kalau awal pun mungkin 37 minggu ke atas. oh, baiklah. ingatkan awal tu macam next week ke ape. dah cuak dah. mudah-mudahan BJ masih boleh bersabar di dalam ye. benda-benda lain takda yang serius. doktor tanya vitamin semua ada lagi ke? memanglah sangat ada lagi sebab tak makan pun! takut nak cakap dengan doktor.

scan perut adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu. bila doktor cakap je nak cek perut terus saya lompat atas katil tu. excited tak? hahaha. doktor cakap:

"ok, kepala baby dah kat bawah ye. makin lama akan makin menurun."

Alhamdulillah, bersyukur sangat. sangat risau pasal kedudukan BJ sebab sebelum ini kepala dia selalu kat tepi je. saya takut dia songsang. tapi Alhamdulillah dia dah kat bawah. minta-minta sampai hari bersalin nanti dia begitu.

bila doktor scan bahagian atas perut saya macam ternampak sesuatu:

"doktor, jantina baby apa ye? saya tak tahu lagi"

doktor cakap sambil tunjuk kat tut tut dia. ni nampak ni ada bird dan sarung dia? hihihi, laa lelaki ke? saya terus pandang kat suami sambil sengih-sengih. Alhamdulillah, lelaki ke perempuan ke kami terima. tapi macam tak sangka pula. all this while semua orang ingat saya membawa baby girl. family sebelah hubby saya siap dah bagi nama gelaran ni. ramai yang sangat confident sampai cakap 'ala, takyah scan la..dah tau dah perempuan tengok daripada perut'. semua kan kuasa Allah. mana tahu sekali keluar esok girl pulak! tapi doktor tak buat 4d, sebab dia kata tak nampak clear. pastu, dia tak print yang scan tu. sebab baby tutup muka katanya. ala, ibu nak simpan! takpa, nanti next check-up lagi 2 minggu ibu akan pastikan doktor buat 4d scan tu dan print! wahhh...

jadi sekarang sudah tak pening-pening lagi kalau nak beli barang BJ. sebelum ni pening je nak pilih colour. ambil jalan paling selamat banyak beli baju colour putih dan natural. lepas ni boleh lah beli yang ber colour sikit. tak sabar ibu. dah boleh cakap dengan nanny BJ suruh belikan barang-barang BJ. hahaha...






8 comments:

  1. wah bestnye dah nampak bebird ehhh..elly ni aritu doktor kata macam perempuan sbb kecik lagi..next week baru nak wat 3d..tapi mintak2 baby jgn la tutup muka...malu2 plak eh..hehehehe bestnye kalau2 cerita bab2 cam ni kan..hehehe

    ReplyDelete
  2. haa sudah..u yg dah 30 weeks ++ baru dpt tau dia laki..kalo i kena camtu camne..haha mampuih den..dari dok beriye carik huruf L kena tukar huruf lain dah hik

    ReplyDelete
  3. hye salam kenal...saya pown mcm awk jugak..masa scan doc kata laki...pastu baru2 nie pegi scan doc kt xpasti boy or girl...kdg2 scan nie takleh percaya sgt...sebagai langkah selamat...semua brg2 baby beli color yg boy n girl blh pk...senang

    ReplyDelete
  4. elly ~ cerita psl baby mmg takkan bosan kan? hehe..mintak2 baby elly friendly ngan doktor masa scan tu..

    mieza ~ hahaha..itulah pasal..terpaksa get ready dua2 nama..1 boy 1 girl..

    mun ~ salam mun..serba salah kan masa nak beli brg tu..tapi ibu die degil gak..nak gak pilih kaler2..hehe

    ReplyDelete
  5. bestnye wardah da tau gender baby.. bole la shoping ngan sepenuh ati lepas ni yeh.. hehe

    ReplyDelete
  6. woi! tak makan vitamin!! baik ko makan! ko nak kaki dia gedek2 mcm afiq tak? hahahaa.. kang leh race swimming!

    ReplyDelete
  7. reen ~ ye betul! lepas ni boleh shopping tanpa ragu2.heh, tapi ada gak keraguan tu.

    jaja ~ ala, aku tak bleh blah la ngan vitamin tu. eeee, loya! takpa, nnt afiq leh ajar cousin dia. kan afiq kan?

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear