+ dag dig dug +

May 26, 2011

Weekend Getaway - Everly Resort, Malacca.

I ♥ Malacca!

Salah satu tempat yang wajib pergi hampir setiap tahun. Tahun lepas masa preggy pun pergi sini juga. Kakal masih ada dalam perut waktu itu. Kecil lagi. Rindu~

Jadi untuk menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 2 kami yang sebenarnya lagi sebulan tarikhnya, Abi bawa kami ke Melaka. Kalau selalunya pilih hotel dekat dengan town senang nak merayau, tapi kali ini kami pilih hotel yang dekat luar town. Sebab Abi nak dekat dengan pantai.

Pilih punya pilih, tanya punya tanya, survey punya survey dengan semua orang malahan di Twitter siap tanya dekat Jue Ibu Alif maka terjumpalah Everly Resort kat Tanjung Kling. Tengok review orang ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi over all kata swimming pool dia best. Ye, itulah yang kita cari. memang purposedly cari hotel yang swimming pool dia besar. Senang budak kecil bambam itu nak mandi nanti.

Cerita kelakarnya masa nak ke sana. Sesat! Sampai ke Kem Terendak sana tu kami masuk. Pula tu lupa nak print Google Map. Buka map dekat hp pun seperti tidak berguna. Lain jalan yang ditunjuknya. Hampeh.

Nasib baik masih berada di Malaysia kan, so senanglah nak tanya orang tempatan. Tanya pakcik jual air tepi jalan dia cakap 'Anak ni dah jauh tersasar dari jalan kebenaran'. Ahahaha. Selepas ikut arah tuju yang pakcik itu beritahu, barulah nampak hotel tersebut. Rupanya kalau Exit tol Ayer Keroh lagi senang. Baiklah, next time datang dah tahu dah.


View dari swimming pool.

Masuk bilik campak ini budak atas katil dan suruh pose. Songeh kerang je Kakal.

Living Hall

Pintu masuk. Sebelah kiri itu ialah bilik tidur.

Kaunter pertanyaan.. *______*

Disebabkan penat mencari jalan maka kami tak keluar ke mana² pun. Lepak dalam bilik sambil layan budak kecil seorang itu. Kakal seperti excited lebih ari Ibu Abinya. Terjerit-jerit dia tengok swimming pool kat luar tu. Ibu and Abi yang penat dah macam nak meroyan tengok anak tak mahu tidur. HAHA. Sudah lah perut lapar. Nak makan Asam Pedas tapi malas nak keluar. Solution : Room Service!

Dah petang sikit baru turun jalan² dekat swimming pool. Tak sabar dah budak seorang itu nak main air.

Tiffin Set for 2 person RM30++. Yummmy!

Lift is quite scary. Gedegang bunyinya bila tutup.

Wajib ada gambar beca ye. Kebetulan ada wedding kat sini malam tu. Beca untuk perantin naik.
Esok pagi² sudah bangun dengan semangat mahu makan Buffet Breakfast. Menu semua adalah sangat biasa. Biasalah menu dekat hotel di Malaysia. Harus ada Nasi Lemak kan. But not too bad lah foods dia. Orang adalah sangat ramai sebab malam semalam ada wedding.

Lepas perut sudah kenyang, kita terjun kolam la apalagas!

Buffet Breakfast
Budak baru belajar jalan.

Tepuk air best lah Ibu! Puk puk!

Boringlah Ibu. Main pasirlah pulak!


Huhu. Penat dah. Jomla balik Ibuuuuu~

My favourite pic. ♥ ♥

Over all, walaupun singkat tapi gembira! At least Kakal sudah ada pengalaman main air pantai buat pertama kali. Just like Ayah selalu bawa kami masa kecil dahulu. Cumanya Kakal ada gambar sebagai bukti. Ibu dulu manalah ada kamera macam ini.

Walaupun pergi sekejap saja, 2 hari 1 malam cukup buat kami tiga beranak luang masa bersama-sama. Bukan senang untuk buat begini selalu. Kasih sayang semakin hari semakin mendalam untuk mereka berdua. Love my boys so much~






19 comments:

  1. teruja sebab ibu kakal buat n3 yg gambar dia lebih dari 3. best!

    hotel tu mcm awana genting. ada kaunter.. hehehe

    suker tgk kakal tepuk air. sangat cumel

    ai ngan hubby pun mcm wajib je pegi melaka tiap tahun cuma thn ini belum ada plan ke sana. melaka wonderland mungkin, tapi lom pasti

    jap....nmpk kakal mcm makin tembam.. tolong gegetkan dia utk ai ok

    ReplyDelete
  2. HAHAHA. tergelak baca komen kak Ena ni. dia makin bambam ek? ok nnt kasi gigit sampai berbekas. hehe.

    ReplyDelete
  3. melaka mmg best..xpuas pegi sane..asyik xhabes jelajah je walaupun kcik je..kakal sngt comel ar..makin debab nmpak

    ReplyDelete
  4. I love Melaka too! Favorite place kot. Tatau lah nape. hehe

    btw, kitorang pun suka tidur kat Everly tu each time dtg Melaka. Dulu, nama dia Rivera ke ape ntah. Kira affordable & puas hati lah kan.

    ReplyDelete
  5. ni..ni orangnye yg penah gigit sampai berbekas..tapi rilekkk je si shebol tu diam..maken buat nak gigit sampai menangis pulak?buleh ke ibu..hahahaha~ ganas mummy nih..

    ReplyDelete
  6. fie aku tiap2 tahun pegi melaka.....dalam setahun 3 ke 4 kali jugak la kesana...hahhahhahaah

    ReplyDelete
  7. bestnye jalan. hari tu kami pi melaka pi kejap je. selalu pergi tp kejap2 je xdpt nak tido hotel layan swimming pool mcm ni =(

    ReplyDelete
  8. alah fie ...settle abg ayem bawak ko ke melaka la baru nak cakap "kasih sayang semakin mendalam untuk mereka berdua" oh kakal....mother miss u :-)

    ReplyDelete
  9. aaahhh sungguh comel kakal...mother miss u...fie jgn la ko nak tipu sgt..setelah abg ayem bawak ko ke melaka baru ko nak cakap "kasih sayang semakin mendalam untuk mereka berdua" huhuhu

    ReplyDelete
  10. kak fie, pia ♥ melaka jugek..1st tmpt dating ngn zz dlu sbb nk privacy kunonnye tp sbnarnye tkut kantoi ngn abg..haha..tp sukeee sgt²..pia nk berHONEYMOON kt sna la kalo 1st anivesary nnti..xmo g jauh² sbb keadaan pia pon makin mbesar..

    gmbr semua cntik²..tmpt penginapan tu pon cntik..mahal ke kak fie?nk try tgk gak la..nape la kakal semakin chomelll...gerammm je nengok...iyum² kakal tuk pia ye..kasi bekas lipstik..

    ReplyDelete
  11. kitaorg lak wajib gi PD
    sebab kompeni ekwan ada bilik free kat tiara beach
    maka tiap taun macam mesti amik
    kalau tak rugi (:

    seronok kakal main air
    biasalah budak2 kan

    ReplyDelete
  12. wahh..seronoknye kakal main air..pasni kakal main air dengan adik baru lak ye..fie selamat menyambut aniversary yg ke 2 dan tahun2 selanjutnye dengan penuh meriah dan bermakna...

    ReplyDelete
  13. best ek hotel tu? next time boleh try...

    aku geram la tgk kakal ni...bila nak bawak dia lagi kat opis? biar aku geget lagi peha dia tu...

    ReplyDelete
  14. seronoknya ke melaka dik .. akak dah lama x sampai sini huhuh .. cantik bilik hotel dia .. ermm not bad ..

    ReplyDelete
  15. kakal,kakal..
    suke tgk dia pakai baju swimming tuh..
    comelll sungguhhh..!!
    rasa cam nak geget ponggong dia boleh??hehehe..:p

    ReplyDelete
  16. kitorang x pernah lagi cuti2 melaka. dah lama tak pergi. mcm best jer resort yg fie pegi nih...menariksss

    nak try la cuti2 melaka lak lepas nie. pegi weekend jer kot. dekat =D

    seronoknya kakal..hihi

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear