sambungan dari cerita semalam..
malam tu dah rasa tak sedap badan dah. macam selalunya tidur nyenyak lah juga. tapi hari ini macam rasa lain je perut ni. selalunya kalau tak boleh tidur ni mesti ada sesuatu. sebab jarang lah kan tak boleh tidur. selalunya letak je kepala kat bantal terus hanyut. ha gitu~
pukul 5 pagi macam itu bangun pergi toilet dan sangat terkejut..'OMJayyy, darah!' tapi hanya segaris tapi saya cukup pasti itu adalah tanda-tanda sudah mahu bersalin. terus kejut hubby dan beritahu perkara tersebut. sambil itu tangan sibuk text BFF, biras dan kakak ku. semua kata sila ke hospital untuk cek sudah ada bukaan ke belum. walaupun tak terasa sakit lagi masa tu. tapi cuak tu tetap ada.
jadi ke HKL lah saya dalam pukul 7 pagi. meredah KL yang sesak sungguh mencabar. nak cari parking kat HKL pun satu hal. hubby drop saya depan pintu hospital bersalin itu lalu saya pun mencari arah untuk mendaftar. cerita mendaftar pun agak kelakar. 1st timer kan, manalah tahu apa kena cakap masa nak daftar tu.
nurse : ye puan.
saya : ye kak, saya nak bersalin. nak masuk wad dah (lurus tak aku?)
nurse : hahaha, ok dah ada tanda ke?
saya : hmm, darah setitik.
nurse : ok, kita cek dulu ye.
manalah tahu nak cakap apa. terus terang je lah kan. entah kenapa lah nurse tu gelak. kelakar ke kak? saya dah nak bersalin ni tahu? paling tak boleh lupa masa tu ada sorang amoi ni dah duk mengerang dah masa daftar. ngeri! sekali cek dia dah 8cm dilated! woww weee sonang eh ekau. .
doktor yang cantik manis pun datang. cantik dia macam Nina Jurin. cantik betul! dia cek sekali baru 1 cm daaa. saya disuruh pulang dahulu sebab lambat lagi katanya dan contraction pun masih belum kuat. hampa I. ingat kan dah boleh bersalin. hehe~
maka pulang lah kami ke rumah Nek Mok. sebab hubby takut dia fenik kan. dalam pukul 2 petang macam tu dah mula rasa macam senggugut setiap 15-20 minit. tapi masih boleh bertahan. takda rasa sakit sangat. cuma mencucuk je.
balik rumah dan tak boleh tidur lagi macam malam tadi. memang dah siap sedia lah nak rasa contraction yang lebih kerap tu kan. dan dalam pukul 12 tengah malam ia datang akhirnya. rasa nya masa ni dah selang 10 minit. terasa juga lah sakitnya.
terus kejut hubby yang tidur² ayam..dan zassssssssssssss...ke HKL semula..
dan selepas itu...
sambung esok..
hahaha..suspen suspen..
Alaaa dah le bengang tgk citer episod2 ni, part saspen tu la dia nk smbungnye, msuk blog pun ade entry smbung2 gak? Haha sabor je la. Hehe ok2 kite tggu esok yer..cmne time kakal kuar tu,
ReplyDeleteHahaha, teringin nak buat drama itu la pasal. Tunggu Na tunggu..
ReplyDelete