Selamat Hari Lahir buat anak Ibu
sob sob sob ( sambil baca dengarlah lagu Ayah & Ibu sebagai bekground music )
countdown part akhir...
selepas tengah malam itu Ibu terasa sakit yang lebih 100 kali sakit dari senggugut. mula dari pinggang hinggalah ke ari-ari (siapa tak tahu ari-ari tanya pakcik google pls..) selepas itu Ibu rasa tak selesa dan ajak Abi yang tidurtidur ayam ke HKL.
Jam 1 setengah pagi kami drift ke HKL. walaupun jalan lengang tapi masih nak bawa kereta secara drift takut tak sempat. HAHAHAHA. padehal Ibu masih ok boleh senyum² dan gelak ketawa. sepanjang dalam kereta Abi pegang je tangan Ibu (so sweet!) sebab Ibu dah takut kan. Abi suruh Ibu relax dan buat² lawak seperti biasa.
sampai je HKL terus daftar dan cek semula. OK dah 2cm dilated. Alhamdulillah, ada juga progress. sakit setiap 5-10 minit sekali. terus kena tukar baju finky dan masuk wad. mula² nak masuk 1st class, rupanya dalam renovation dan dapatlah Ibu 3rd class sebab 2nd class dah full! Ibu cuak juga sebab rasa macam ngeri je. rupanya 3rd tu OK je. dapat katil depan misi lagi. amek kau! senang je misi nak tengok kalau dah terjerit2 nak bersalin kan.
mata ni memang tak boleh nak pejam la. asyik duduk bangun duduk bangun. misi tegur Ibu suruh tidur. takut esok tak boleh nak push. Ibu pun buat tidur2 ayam. lepas itu asyik kena kejut sebab nak makan ubat dan cek heartbeat baby.
esok paginya, Nek Mok & Nanny Midah Kukis datang. diorang tak boleh naik so berkampung lah mereka berdua di bawah. sangat comel. Abi seorang je yang boleh naik. Abi bawa makanan yang Nek Mok masak. lepas itu Nek Mok pula naik suruh Ibu makan cepat². doktor hensem pun datang sebab Ibu mengadu dekat dia dah rasa sakit 5 minit sekali. dia cakap 'OK jom kita cek puan'
dia cek dah buka 4cm! OK puan duduk dulu nanti saya panggil masuk labor room ye. Ibu pun balik ke katil dan sambung makan. sekali ada sorang misi datang bawak wheelcharrrrr! Ibu kena naik wheelcharr tau pergi bilik labor. HAHA.
masuk bilik labor dalam pukul 10 pagi, masih boleh gelak². tunggu punya tunggu sudah 5, 6 cm. ada seorang doktor pakar datang melawat keadaan and tanya adakah Ibu nak epidural. Ibu tanya kena bayar ke? HEHE dia cakap puan kan kerajaan so FOC sahaja lah. oh gitu. tapi Ibu cakap masih boleh bertahan dan dia offer untuk cucuk apetah dekat peha. ok Ibu terima je lah.
note that semua ubat dan gas itu tidaklah menghilangkan rasa sakit nya punn. sekadar mengkhayalkan anda dan menghilangkan tumpuan sedikit dari fikir pasal sakit. tapi sakit tu tetap terasa ye. takda maknanya hilang terus. HUHU. Abi asyik suruh Ibu sedut gas tu je. and Ibu ended up mamai dan lalok sesangat.
KEADAAN |
masuk 7cm dah rasa macam tak keruan. toleh kiri toleh kanan. misi suruh Ibu mengiring untuk cepatkan bukaan. susah ok nak mengiring time contraction tengah kuat. dengan katil yang lebih kecil dari punggung itu. memamg payah lah nak gerak.
sorry ye Abi sebab marah Abi time tu, dah la sakit kan mamak pulak tu tak sedar apa dah.
dari 7cm membawa ke 9cm adalah amat hazab sekali. terasa lama sangat. 9cm tu Ibu dah tak tahan dah.
misi, saya nak terb**ak!
HAHAHA
sirieskan? korang rasa tak macam tu?
terus misi cek dan suruh hold dulu. jangan teran dulu nanti koyak. so masa ni try tarik napas laju² supaya tak terteran. bila misi suruh teran Ibu pun teran tapi tak sempat kira lah berapa kali sebab lalok tahap gaban. Alhamdulillah energy masih ada untuk push.
dan tepat pukul 2.30 petang lahirlah Ariff Haikal bin Mohd Nahrem Rizal ke dunia seberat 3.7kg. Alhamdulillah.
Ibu cium Ariff masa misi letak atas perut Ibu. Ariff menangis tapi haluss je suara. misi bawa Ariiff cuci sambil ditemani Abi. Ibu terus tertidur sebab penat dan lalok. sedar2 misi dah siap sedia nak jahit.
Alhamdulillah, proses bersalin tu tak lama sangat. Ibu syukur sangat². thanx to Abi juga sebab sentiasa bersama Ibu dalam tu. I♥U Abi!!
BUDAK KECIK COMOT
---------------------------------------------------------
To Ariff Haikal,
Ibu & Abi doa Ariff jadi anak yang soleh kepada kami. taat suruhan Allah dan cintakan Rasulullah saw. jangan abaikan tanggungjawab dan jadilah anak yang mendengar kata.
berat bunyinya tu.
tiada kata yang lebih indah buat Ariff kecuali..Ibu & Abi sayang Ariff more than anything the world could ever offer.
p/s: sobb sobb sobb tak boleh terima anak dah besar. ini baru setahun, belum lagi 10 tahun atau belum lagi dia masuk U atau pergi overseas atau mintak kahwin! harus berhari-hari aku nangis. hukhuk~emosi
Finally habis jugak cita dia ni tau!
ReplyDeleteBanyak betol countdown nye..hhihihi..anywez, Happy One Year Kakal! Moga jadi anak soleh dunia akhirat dan cinta sama Allah banyak2! ;-)
ahaha, dah habis dah. terima kasih Auntie Sya :)
ReplyDeletehappy birthday kakal....semoga jd ank yg soleh...hurm..tak sabo tunggu hazique setahun..
ReplyDeletealhamdulillah...dah setahun ariff haikal...tiada yg lebih berharga melainkan doa seorang ibu kpd anaknye..insyaAllah, kakal will b a gud son for his lovely ibu n abi..happy birthday kakal...(same bday ngn adek sy...hihi)
ReplyDeletekakal...happy birthday dear
ReplyDeletefara : tq auntie..tak lama lagi Fara pula
ReplyDeletezz:amin..o ye? samakah? happy birthday to ur bro ok
ReplyDeleteJiha : tq Ibu Aqif :)
ReplyDeletekalau dah 5-6cm x payah nk amek epi dah dear. x gune dah time tue sbb epi nk berkesan amek masa sket. tau2 dah 10cm dah nnti. membazir jer hihi
ReplyDeleteklu kat an nur dulu, mase 2-3cm je diorang offer. klu dh lebih mmg diorang x bagi dah. membazir duit je. private la kan. sekali cucuk 600 klu x silap. agagagaga o_O
hihi comel jer maknya nangis anak umo satu tahun..ish cmner nnt bila ank dh kawen..kene amik dek org lain..hehhehe kompem jels
ReplyDeleteapepun kakal mmg semngt ek sejak lahir
Yana : huhu, ini baru setahun kan.
ReplyDeleteEna : hehe, itulah nasib baik kita bersalin kt spital gomen.
ReplyDeletekat kerajaan pun depa offer epi ke. dulu kita depa tak offer pun. tp kena gak amik psl czer. hee.
ReplyDeletehappy besday ariff haikal!
Fad : ye ada Fad dia offer tau.
ReplyDeletehahahaha....
ReplyDeleteKEADAAN
teringat syeeda begem ker?
ahakssss