Buat adik² yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat sabtu lepas. Dan takziah buat keluarga mereka.
Bertabahlah..
Kerana Allah itu Maha Mengetahui dan lebih sayangkan mereka.
...pagi ini air mata laju meluncur pipi sewaktu dengar ucapan² takziah di Hot FM. apa lagi bila dengar ada seorang pemanggil yang berada di tempat kejadian untuk sama² memberi bantuan kepada anak² tersebut..
Abi kata jangan menangis..itu mungkin ujian dan juga penggera bagi kita yang masih hidup ini..Allah nak tunjukkan bahawa akhir zaman itu sudah makin dekat..anak² tahfiz itu masih kecil dan tidak banyak berdosa seperti kita yang tinggal ini..mungkin Allah jemput mereka dahulu sebagai peringatan kepada kita yang tinggal..
mungkin..Wallahu'alam..
..dan air mata meluncur lebih laju tatkala mencium dahi anak kesayangan...Ibu sayang Ariff..
>_______<
di akhir zaman.... orang yang baik² akan berkurangan... fikirlah...
ReplyDeletesamalah fie...fara pun menitis air mata dgr hot fm pagi ni..hurm....dan tak sanggup baca paper pasal tu...sedih teramat sangat....
ReplyDeletefie,
ReplyDeletesemua sudah tertulis setiap perjalanan hidup seseorang..marilah kita ramai2 sedekahkan al-fatihah kepada semua yang terkorban dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.amin.
tak sanggup nak baca paper or tgk news psl depa. sedih gile.
ReplyDeletetak sampai hati nk tgk berita ttg nie fie
ReplyDeleteseries tak sampai hati kan? moga ditempatkan bersama para mukmin dan orang yang soleh. Amin.
ReplyDelete