Salam Jumaat penuh barakah atas kalian semua. Moga hari ini lebih daripada semalam. Mari mulakan hari dengan senyuman tak lekang di bibir.
Sebelum saya teruskan hari dengan Meeting ICC yang tak berkesudahan sekejap lagi, baiklah saya membebel sepatah dua perenggan buat hari ini.
Buat masa sekarang sedang menjalani Program Diet 100 Hari bersama Geng Ukhuwwah Blogger di FB. Dah nak dekat sebulan juga lah rasanya program ni bermula. So far oklah ada penurunan. Tapi dia macam turun naik gittew.
Nafsu serakah terhadap makanan ini memang agak susah la untuk dibendung. Lebih² pula dengan jemputan rumah terbuka Syawal lepas kan. Jangan kata Syawal, Zulkaedah ni pun ada lagi orang buat rumah terbuka yerp. Meriah gittew.
Geng Diva pun nak buat program diet juga. Tapi makin lama tengok macam makin suam² je semua berdiet (termasuk si penulis).
No rice for today!
No more fast food!
Nak puasa la esok.
Demikian adalah ayat² biasa kita dengar dari mulut masing². Hahaha harammmm tak buat pun. Gelakkan diri sendiri. Maka, kita redha jelah kalau berat badan kita macam gini. Dah 7 tahun kerja kat sini, memang gitulah. Makan, makan, makan aja kerja kita.
Tak mengapalah asal kita semua bahagia & happy!
![]() |
| Lagi happy kalau dapat gomol budak ini! |
