+ dag dig dug +

May 26, 2011

Weekend Getaway - Everly Resort, Malacca.

I ♥ Malacca!

Salah satu tempat yang wajib pergi hampir setiap tahun. Tahun lepas masa preggy pun pergi sini juga. Kakal masih ada dalam perut waktu itu. Kecil lagi. Rindu~

Jadi untuk menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 2 kami yang sebenarnya lagi sebulan tarikhnya, Abi bawa kami ke Melaka. Kalau selalunya pilih hotel dekat dengan town senang nak merayau, tapi kali ini kami pilih hotel yang dekat luar town. Sebab Abi nak dekat dengan pantai.

Pilih punya pilih, tanya punya tanya, survey punya survey dengan semua orang malahan di Twitter siap tanya dekat Jue Ibu Alif maka terjumpalah Everly Resort kat Tanjung Kling. Tengok review orang ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi over all kata swimming pool dia best. Ye, itulah yang kita cari. memang purposedly cari hotel yang swimming pool dia besar. Senang budak kecil bambam itu nak mandi nanti.

Cerita kelakarnya masa nak ke sana. Sesat! Sampai ke Kem Terendak sana tu kami masuk. Pula tu lupa nak print Google Map. Buka map dekat hp pun seperti tidak berguna. Lain jalan yang ditunjuknya. Hampeh.

Nasib baik masih berada di Malaysia kan, so senanglah nak tanya orang tempatan. Tanya pakcik jual air tepi jalan dia cakap 'Anak ni dah jauh tersasar dari jalan kebenaran'. Ahahaha. Selepas ikut arah tuju yang pakcik itu beritahu, barulah nampak hotel tersebut. Rupanya kalau Exit tol Ayer Keroh lagi senang. Baiklah, next time datang dah tahu dah.


View dari swimming pool.

Masuk bilik campak ini budak atas katil dan suruh pose. Songeh kerang je Kakal.

Living Hall

Pintu masuk. Sebelah kiri itu ialah bilik tidur.

Kaunter pertanyaan.. *______*

Disebabkan penat mencari jalan maka kami tak keluar ke mana² pun. Lepak dalam bilik sambil layan budak kecil seorang itu. Kakal seperti excited lebih ari Ibu Abinya. Terjerit-jerit dia tengok swimming pool kat luar tu. Ibu and Abi yang penat dah macam nak meroyan tengok anak tak mahu tidur. HAHA. Sudah lah perut lapar. Nak makan Asam Pedas tapi malas nak keluar. Solution : Room Service!

Dah petang sikit baru turun jalan² dekat swimming pool. Tak sabar dah budak seorang itu nak main air.

Tiffin Set for 2 person RM30++. Yummmy!

Lift is quite scary. Gedegang bunyinya bila tutup.

Wajib ada gambar beca ye. Kebetulan ada wedding kat sini malam tu. Beca untuk perantin naik.
Esok pagi² sudah bangun dengan semangat mahu makan Buffet Breakfast. Menu semua adalah sangat biasa. Biasalah menu dekat hotel di Malaysia. Harus ada Nasi Lemak kan. But not too bad lah foods dia. Orang adalah sangat ramai sebab malam semalam ada wedding.

Lepas perut sudah kenyang, kita terjun kolam la apalagas!

Buffet Breakfast
Budak baru belajar jalan.

Tepuk air best lah Ibu! Puk puk!

Boringlah Ibu. Main pasirlah pulak!


Huhu. Penat dah. Jomla balik Ibuuuuu~

My favourite pic. ♥ ♥

Over all, walaupun singkat tapi gembira! At least Kakal sudah ada pengalaman main air pantai buat pertama kali. Just like Ayah selalu bawa kami masa kecil dahulu. Cumanya Kakal ada gambar sebagai bukti. Ibu dulu manalah ada kamera macam ini.

Walaupun pergi sekejap saja, 2 hari 1 malam cukup buat kami tiga beranak luang masa bersama-sama. Bukan senang untuk buat begini selalu. Kasih sayang semakin hari semakin mendalam untuk mereka berdua. Love my boys so much~






May 23, 2011

Al-Fatihah

Buat adik² yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat sabtu lepas. Dan takziah buat keluarga mereka.

Bertabahlah..

Kerana Allah itu Maha Mengetahui dan lebih sayangkan mereka.

...pagi ini air mata laju meluncur pipi sewaktu dengar ucapan² takziah di Hot FM. apa lagi bila dengar ada seorang pemanggil yang berada di tempat kejadian untuk sama² memberi bantuan kepada anak² tersebut..

Abi kata jangan menangis..itu mungkin ujian dan juga penggera bagi kita yang masih hidup ini..Allah nak tunjukkan bahawa akhir zaman itu sudah makin dekat..anak² tahfiz itu masih kecil dan tidak banyak berdosa seperti kita yang tinggal ini..mungkin Allah jemput mereka dahulu sebagai peringatan kepada kita yang tinggal..

mungkin..Wallahu'alam..

..dan air mata meluncur lebih laju tatkala mencium dahi anak kesayangan...Ibu sayang Ariff..

>_______<



May 20, 2011

Ariff Haikal's 1st Birthday Bash!

Alhamdulillah my baby is now a toddler!

Selesai sudah majlis sambutan hari lahir Kakal. Actually plan dah lama cuma nak tunggu kata putus dari Menteri Kewangan sahaja. Bajet semua approved 2 minggu sebelum majlis. HEHE. Tema untuk majlis ialah Football!

Sebagai mak haruslah terlebih excited nak buat macam². Yelah anak sulung kan. Lagipun 1 st birthday, walaupun dia belum tahu apa² tapi nampak dia seronok siap tepuk² tangan lagi masa potong kek. Yang kelakarnya masa itu dia masih mamai sebab baru bangun tidur, terpaksa juga Ibu kejutkan sebab takut lama sangat orang tunggu nak potong kek.

Preparation banyak dibantu oleh team ChantekMoleq. Thanks Jaja & Eira Shah! Walaupun Jaja tak menang tangan dengan 2 orang hero keciknya tapi masih mampu memberikan outcome yang terbaik! Syabas Inspektor Shahab! Tak kurang juga terima kasih kepad Eira Shah yang dipaksa buat paper beg di minit² terakhir. HAHAHA. Siapa berminat boleh klik dekat link itu ok.

The party went well & ramai juga yang hadir. Tapi ada juga tak sempat nak jemput. Sehari sebelum hari kejadian tu I MC sebab migrain! HAHA. Cuaca di hari kejadian mula² OK, lepas itu sudah mula hujan dan cerah dan hujan semula sampai ke petang. Thanks a lot you guys. Especially to my BFF's Divas Lynda, Oni & Sally yang baru balik dari Terengganu. Tak sangka korang sempat datang ok. Memang kalau tak datang aku merajuk habis-habisan! HAHA. Maknam, hadiah kau tu Kakal buat macam kuda, itu sebenarnya binatang apa? HAHAHA. Tak lupa juga kepada Azne & Keba the Mebius! BFF lagi seorang merangkap BBF juga tidak dilupakan. Sproting habis kau satu family pakai baju Team Malaysia kaler biru itu, hemsem sangat Abang Aaron!

And also bloggers mommies yang sudi memeriahkan majlis even ada yang sampai lambat pun masih sempat lagi datang jenguk. Ada yang datang sekejap sebab ada majlis lain. Terima kasih banyak² to Jiha, Fizz, Xeea, Shazz, Dayu, Jue & Reen. Seronok dapat jumpa semua mommies & babies yang super cute! Raisya, Cha, Alif , Aqeef, Alfiy (cheeky tau Alfiy ni) & Eryna yang kecik tapi sangat aktif! Reen, lama gila kan laki kita borak. Entah apa lah yang diorang bualkan. Sampai hari hujan lebat pun tak hairan. Kakal sampai tidur bangun main sekali dengan Payin. HAHA.
Thanks to BBF ku Jue & Ezzy serta family in law yang banyak membantu juga. Thanks Nanny for the cupcake & also for coming. Saudara mara dan juga kawan² lama, kawan² dari Admin Team. Thanks korang!

And to orang kuat majlis..of course ABI..thank you baby! mmmuaaahhxx..


The Candy Buffet Table done by ChantekMoleq

Cake ini sedap sangat! Nek Mok kasi ni.

The Goodies

Cuppies!!


The Other Cake

One Happy Family at home!

The BFFs
Blogger Mommy Jiha with baby Aqeef (cilok dari Jiha)

Blogger Mommy Reen & Fahrin

Blogger Mommy Fiza & her baby Eryna

Blogger Mommies yang excited! Fiza, Jiha & Xeea.



Perbarisan Blooger Mommies (cilok dari Jue)
Dayu & Cha, Jue & Alif, Shazz & Raisya

Thank you so much!! It was fun, colourful & memorable moment for us! Kakal harus ingat ini semua OK!


May 16, 2011

Monday Blues : Komen Hilang?

Update sekejap je ni.


Kenapa komen ku hilang ni? Ini mesti gara² blogger.com buat hal minggu lepas ni. Ish ish ish.



Ok tu je nak cakap.



T__________T

May 12, 2011

Oh No!

Awat lah aku gatai sangat pi buka Aivee Mart ni. Kan ke rambang mata sudah. Tengok pula rompers ni! Nak menangis je rasa. Kalau Kakal kecil lagi boleh lah pakai macam ni!!

Uwaaaa...

Comel tak??





Tapi lepas tu harus Abi bambu Ibu sebab beli Kelab yang ini.

Hei, I peminat setia Man U ok!

HAHAHA.




May 11, 2011

Sudah Satu Tahun! (countdown dah habis)

Selamat Hari Lahir buat anak Ibu

sob sob sob ( sambil baca dengarlah lagu Ayah & Ibu sebagai bekground music )

countdown part akhir...

selepas tengah malam itu Ibu terasa sakit yang lebih 100 kali sakit dari senggugut. mula dari pinggang hinggalah ke ari-ari (siapa tak tahu ari-ari tanya pakcik google pls..) selepas itu Ibu rasa tak selesa dan ajak Abi yang tidurtidur ayam ke HKL.

Jam 1 setengah pagi kami drift ke HKL. walaupun jalan lengang tapi masih nak bawa kereta secara drift takut tak sempat. HAHAHAHA. padehal Ibu masih ok boleh senyum² dan gelak ketawa. sepanjang dalam kereta Abi pegang je tangan Ibu (so sweet!) sebab Ibu dah takut kan. Abi suruh Ibu relax dan buat² lawak seperti biasa.

sampai je HKL terus daftar dan cek semula. OK dah 2cm dilated. Alhamdulillah, ada juga progress. sakit setiap 5-10 minit sekali. terus kena tukar baju finky dan masuk wad. mula²  nak masuk 1st class, rupanya dalam renovation dan dapatlah Ibu 3rd class sebab 2nd class dah full! Ibu cuak juga sebab rasa macam ngeri je. rupanya 3rd tu OK je. dapat katil depan misi lagi. amek kau! senang je misi nak tengok kalau dah terjerit2 nak bersalin kan.

mata ni memang tak boleh nak pejam la. asyik duduk bangun duduk bangun. misi tegur Ibu suruh tidur. takut esok tak boleh nak push. Ibu pun buat tidur2 ayam. lepas itu asyik kena kejut sebab nak makan ubat dan cek heartbeat baby.

esok paginya, Nek Mok & Nanny Midah Kukis datang. diorang tak boleh naik so berkampung lah mereka berdua di bawah. sangat comel. Abi seorang je yang boleh naik. Abi bawa makanan yang Nek Mok masak. lepas itu Nek Mok pula naik suruh Ibu makan cepat². doktor hensem pun datang sebab Ibu mengadu dekat dia dah rasa sakit 5 minit sekali. dia cakap 'OK jom kita cek puan'

dia cek dah buka 4cm! OK puan duduk dulu nanti saya panggil masuk labor room ye. Ibu pun balik ke katil dan sambung makan. sekali ada sorang misi datang bawak wheelcharrrrr! Ibu kena naik wheelcharr tau pergi bilik labor. HAHA.

masuk bilik labor dalam pukul 10 pagi, masih boleh gelak². tunggu punya tunggu sudah 5, 6 cm. ada seorang doktor pakar datang melawat keadaan and tanya adakah Ibu nak epidural. Ibu tanya kena bayar ke? HEHE dia cakap puan kan kerajaan so FOC sahaja lah. oh gitu. tapi Ibu cakap masih boleh bertahan dan dia offer untuk cucuk apetah dekat peha. ok Ibu terima je lah.

note that semua ubat dan gas itu tidaklah menghilangkan rasa sakit nya punn. sekadar mengkhayalkan anda dan menghilangkan tumpuan sedikit dari fikir pasal sakit. tapi sakit tu tetap terasa ye. takda maknanya hilang terus. HUHU. Abi asyik suruh Ibu sedut gas tu je. and Ibu ended up mamai dan lalok sesangat.



KEADAAN


masuk 7cm dah rasa macam tak keruan. toleh kiri toleh kanan. misi suruh Ibu mengiring untuk cepatkan bukaan. susah ok nak mengiring time contraction tengah kuat. dengan katil yang lebih kecil dari punggung itu. memamg payah lah nak gerak.

sorry ye Abi sebab marah Abi time tu, dah la sakit kan mamak pulak tu tak sedar apa dah.

dari 7cm membawa ke 9cm adalah amat hazab sekali. terasa lama sangat. 9cm tu Ibu dah tak tahan dah.

misi, saya nak terb**ak!

HAHAHA

sirieskan? korang rasa tak macam tu?

terus misi cek dan suruh hold dulu. jangan teran dulu nanti koyak. so masa ni try tarik napas laju² supaya tak terteran. bila misi suruh teran Ibu pun teran tapi tak sempat kira lah berapa kali sebab lalok tahap gaban. Alhamdulillah energy masih ada untuk push.

dan tepat pukul 2.30 petang lahirlah Ariff Haikal bin Mohd Nahrem Rizal ke dunia seberat 3.7kg. Alhamdulillah.

Ibu cium Ariff masa misi letak atas perut Ibu. Ariff menangis tapi haluss je suara. misi bawa Ariiff cuci sambil ditemani Abi. Ibu terus tertidur sebab penat dan lalok. sedar2 misi dah siap sedia nak jahit.

Alhamdulillah, proses bersalin tu tak lama sangat. Ibu syukur sangat². thanx to Abi juga sebab sentiasa bersama Ibu dalam tu. I♥U Abi!!



BUDAK KECIK COMOT


---------------------------------------------------------

To Ariff Haikal,

Ibu & Abi doa Ariff jadi anak yang soleh kepada kami. taat suruhan Allah dan cintakan Rasulullah saw. jangan abaikan tanggungjawab dan jadilah anak yang mendengar kata.

berat bunyinya tu.

tiada kata yang lebih indah buat Ariff kecuali..Ibu & Abi sayang Ariff more than anything the world could ever offer.


p/s: sobb sobb sobb tak boleh terima anak dah besar. ini baru setahun, belum lagi 10 tahun atau belum lagi dia masuk U atau pergi overseas atau mintak kahwin! harus berhari-hari aku nangis. hukhuk~emosi



May 10, 2011

Almost 1~Countdown Part II

sambungan dari cerita semalam..


malam tu dah rasa tak sedap badan dah. macam selalunya tidur nyenyak lah juga. tapi hari ini macam rasa lain je perut ni. selalunya kalau tak boleh tidur ni mesti ada sesuatu. sebab jarang lah kan tak boleh tidur. selalunya letak je kepala kat bantal terus hanyut. ha gitu~

pukul 5 pagi macam itu bangun pergi toilet dan sangat terkejut..'OMJayyy, darah!' tapi hanya segaris tapi saya cukup pasti itu adalah tanda-tanda sudah mahu bersalin. terus kejut hubby dan beritahu perkara tersebut. sambil itu tangan sibuk text BFF, biras dan kakak ku. semua kata sila ke hospital untuk cek sudah ada bukaan ke belum. walaupun tak terasa sakit lagi masa tu. tapi cuak tu tetap ada.

jadi ke HKL lah saya dalam pukul 7 pagi. meredah KL yang sesak sungguh mencabar. nak cari parking kat HKL pun satu hal. hubby drop saya depan pintu hospital bersalin itu lalu saya pun mencari arah untuk mendaftar. cerita mendaftar pun agak kelakar. 1st timer kan, manalah tahu apa kena cakap masa nak daftar tu.

nurse : ye puan.

saya : ye kak, saya nak bersalin. nak masuk wad dah (lurus tak aku?)

nurse : hahaha, ok dah ada tanda ke?

saya : hmm, darah setitik.

nurse : ok, kita cek dulu ye.

manalah tahu nak cakap apa. terus terang je lah kan. entah kenapa lah nurse tu gelak. kelakar ke kak? saya dah nak bersalin ni tahu? paling tak boleh lupa masa tu ada sorang amoi ni dah duk mengerang dah masa daftar. ngeri! sekali cek dia dah 8cm dilated! woww weee sonang eh ekau. .

doktor yang cantik manis pun datang. cantik dia macam Nina Jurin. cantik betul! dia cek sekali baru 1 cm daaa. saya disuruh pulang dahulu sebab lambat lagi katanya dan contraction pun masih belum kuat. hampa I. ingat kan dah boleh bersalin. hehe~

maka pulang lah kami ke rumah Nek Mok. sebab hubby takut dia fenik kan. dalam pukul 2 petang macam tu dah mula rasa macam senggugut setiap 15-20 minit. tapi masih boleh bertahan. takda rasa sakit sangat. cuma mencucuk je.

balik rumah dan tak boleh tidur lagi macam malam tadi. memang dah siap sedia lah nak rasa contraction yang lebih kerap tu kan. dan dalam pukul 12 tengah malam ia datang akhirnya. rasa nya masa ni dah selang 10 minit. terasa juga lah sakitnya.

terus kejut hubby yang tidur² ayam..dan zassssssssssssss...ke HKL semula..

dan selepas itu...

sambung esok..

hahaha..suspen suspen..





May 9, 2011

Almost 1~Countdown Part I

Tak sampai 2 hari lagi Ariff Haikal will turn 1. Ibu sudah mula terkenang kembali saat-saat Ibu nak lahirkan kamu. Tahun lepas di tarikh ini, Ibu dan Abi sedang berjalan-jalan dekat Sg. Buloh. Cari the perfect gift for Nenek Mok sempena Mother's Day. Abi nak cari bonsai katanya sebab Nek Mok minat bonsai. (Ibu sangat wonder di mana bonsai tersebut berada sekarang..hmmm..).


Bonsai tersebut.

Selepas itu, Ibu balik lepak dekat rumah Nek Mok. waktu ini Ibu masih kuat lagi tapi terfikir-fikir juga bila baru nak datang rasa sakit ni. Kalau dapat bersalin esok (masa tu 10.05.10) kan cantik? Ehehe. Abi pun cakap dia dah ready kalau Kakal nak keluar anytime from now. Wah, sudah dapat blessing suami, hati terus jadi gembira nak bersalin. Ibu usap-usap perut bisik dekat Kakal. 'Baby, boleh keluar dah, Abi dah ready.'

Tapi masih tiada tanda Ibu akan bersalin pun. Ibu redha sahaja dan masih menunggu.

Tunggu hingga esok hari pula.

Kira cam countdown la ni. Gatai~

Welcome Abroad Muhammad Shahzwan Asyraf!

Alhamdulillah, setelah lama menunggu kehadiran cahaya mata sebagai penyeri akhirnya kawan baik saya Siti Juliana Jailaini selamat melahirkan seorang baby boy yang comel dan sihat walafiat. Alhamdulillah, Subhanallah atas segala rahmat dan kasih sayang mu Ya Allah.

Walaupun gambar dicilok dari kawan baik merangkap birasku jua Cik Puan Sangratoo, dan masih belum berkesempatan melawat baby Shahzwan dan mama nya, saya yakin semua bayi adalah wangi, comel dan cuddly! Tak sabar nak melawat beliau dan baby.

Dan paling seronok birth date Shahzwan dan Ariff Haikal selang 4 hari sahaja. Wah, next year kita celebrate sama² ek Mama Juju. Hikhik.


Muhammad Shahzwan Asyraf bin Salani
3.4 kg
1.15 pm / 7 Mei 2011

*kredit to sangratoo*

Apa pun cara bersalin normal mahu pun caesarean, sakit bersalin itu masih dirasa dan pengorbanan seorang Ibu untuk melahirkan anak itu bukan sedikit. Nyawa jadi pertaruhan. Moga² anak kita semua ingat dan kenang selalu pengorbanan kita dan kasih sayang pada mereka yang tiada penghujung nya.

Amin.


Oh, Selamat Hari Ibu loveliesss!!

May 6, 2011

Areel's 1st Birthday Party & Family Gathering

Salam Jumaat saudara & saudari sekalian.

Bertemu lagi di pagi yang mulia ini dengan izin Allah swt. Moga dengan limpah kurniaNya, kita semua sentiasa sihat walafiat dan sejahtera hendaknya. Amin.

T______T

Saya nak update laju² memandangkan hari masih muda dan kerja belum lagi dilambakkan atas meja saya. Mungkin dalam 2 3 minit lagi masa sudah jadi begitu padat dan hanya dapat bersembang di Twitter saja.

Happy 1st Birthday to Hazreel Zafran! Areel ini anakl kepada my BFF masa zaman berjimba di sekolah dulu. Mak nya Eina sangat maintain kurus begitu dari zaman menjaring bola sehinggalah zaman sekarang sudah jadi mak mak ni. I jeles sangat tau! Kurus!

The things I remember about Eina the most ialah dia kalau menulis harus guna pembaris. Bukan maksud dia tulis menggunakan pembaris. Dia guna pembaris untuk bagi tulisan dia lurus dan teratur. Unik tak? Lagi satu dia sangat hebat bermain bola jaring. Ala² international player gitu. Zaman sekolah saya harus duduk tepi padang atau ikut ke mana dia pergi untuk cheer dia (I cheerleader dulu tau). Lepas itu kami selalu tukar² note. Hikhik, kalau boring suka pas-pas note. Tulis atas bunga la, atas bekas fries McD tu. Mana² kertas yang boleh diconteng lah. Ahahaha. Miss those days so much.

Tiba² jadi rindu pada semua kawan² sekolah. nasib ada FB. senang contact dan tahu perkembangan masing² dari situ. *__________*

Ok sudah jauh terlajak nampaknya. Mari layan gambar bersama Eina & Areel.

Kakal makan bun je. Macarons itu Ibu yang punya!

Kakal usyar panass baby tu..

Dengan Eina's family.


Birthday Boy! Cute sangat Areel ni..

Minggu selepas itu pula berjimba bersama family pula untuk celebrate birthday Ucu Ika adik bongsu saya. Seronok sebab ada Nanny Midah Kukis sekali dan juga ehem ehem bakal SIL ye. Tak ke mana pun, makan dekat Cosy House Great Eastern Mall lepas itu lepak bawa budak² main dekat Kizsport (betul ke eja?).

Nanny suap Ucu Ika, Pak Ngah tu sibuk saje!


The Family!


Ini 1st time Kakal masuk kizsport. Seronok bukan main dia walaupun macam kena buli je dengan budak² besar yang main dekat situ. Terpaksa kawal keadaan kalau tak mau nya anak aku kena hentaman budak² yang lari -lari dalam tu. Hihi. Balik tu Kakal terus tidur dengan nyenyaknya.

Ini Aydin bobot namanya! hahaha

Afiq dah lupa diri dah masa ni

Happy!

with Abi ♥♥

Takmo orang pegang dah, nak main sendiri pulak

Suka betul dia. Lepas ini dah pandai jalan sikit² ni bolehlah pergi selalu. Seronok!

p/s: Boleh juga baca review dari seorang lagi ahli keluarga ku, Auntie Gudik http://bitterdotsweet.blogspot.com/..



 



May 3, 2011

May Day May Day!

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar kita dah masuk bulan May. Lama gila tidak menjengah blog. Rajin online hanya di Twitter sahaja. Nak singgah blogwalking lagilah susah.

Banyak cerita selama diam di blog ini, adalah kira seminggu lebih tak? Seriously tiada idea nak menulis. Mungkin tuntutan kerja atau kerana mood sangat turun naik. Ada cerita gembira dan lara. Lupakan yang lara itu. Itu kerja Allah, jika ada rezeki pasti ada. Yang penting kita terus bekerja dengan semangat dan ikhlas. Lillahi'taala. Insya'Allah. Tapi suami saya bagi anugerah AIC khas untuk dunia & akhirat. Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada.

Sangat sibuk juga sekarang ini memandangkan birthday anak teruna itu hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sibuk juga melayan kerenah dia setiap hari. Ada saja perkara baru dia nak tunjuk kat Ibu & Abi dia. paling baru pagi tadi bila dia tiru Abi dia tiup balloon. hiks~



Suka betul main kat Kizsports

Comot nya makan coklat haii

Gigih practice berjalan. Good boy!