+ dag dig dug +

July 30, 2015

Eid Mubarak 1436 Hijrah

Assalamualaikum,

Tepu rasanya nak mula kan entry. HEHE. Masih mood #inikanraya #syukurselalu #kosongkosong. Ha gitu sekarang tv main hashtag je kate kooo. 

Alhamdulillah, tahun berjaya kita meraikan kemenangan Ramadhan, kembali kita kepada fitrah iaitu menyambut Syawal. Macam tahun-tahun sudah kali ni pun sambut biasa saje. Yang lebihnya mestilah anak-anak. Ibu dengan Abi dapat baru raya sepasang dua sorang pun cukup lah. Itu pun dah #syukurselalu. Tahun ni Syawal terasa sayu sangat. Kami dua-dua kehilangan keluarga terdekat dalam tempoh setahun. Nenek. Uncle Burn & Andak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka, tempatkan mereka dikalangan orang beriman, lapangkan kubur mereka, ringakan azab mereka dan menerima segala amalan mereka didunia. Aamin.

Raya tanpa Nenek. Takde kata² yang boleh diucapkan. Nenek pergi tahun lepas dalam bulan Syawal. Memang tak pernah cerita dalam blog ni. Tak boleh ingat, nanti jadi sedih sangat. Kalau dulu rumah wajib berkumpul mestilah rumah Nenek, tapi tahun ni takde siapa pun datang. InsyaAllah next week buat potluck kumpulkan semua sedara mara. Its the least we can do. Kumpul ramai-ramai sedekahkan doa untuk Nenek, Atok & Andak. 

Apapun, hari raya tetap disambut meriah. Turn tahun ni rumah Atok Aji. Kami takdak kampung. Hasben pun orang Kay Ell. Isu balik mana tu takdelah. Tapi tidur mana malam raya tu tetap kena ikut turn. HEHE. 

Alhamdulillah raya tahun ni lima-lima beradik dapat kumpul sesame. Kira raya dengan ayah dulu baru mertua. Eh tapi abang raya rumah mertua dulu tapi kitorang mertua semua pun KL. So lepas solat raya dah boleh sampai rumah Ayah. HEHE. As usual Ibu masak signature dish dial ah apart from ketupat, rendang mesti kena ada Kari Ayam dan Sambal Udang. Sedap weh, kat rumah Ayah pun dah makan berpinggan-pinggan.
  

Tak senang nak amek gambar budak² bertuah semua ni.

Kakal happy mcm dapat puasa penuh je

The Shah's.

Suka hatinye kau Fie. HAHAHA.

Ini paling kelakar. Pak Ngah suruh beratur salam and cakap minta maaf. Budak² ni punya gelak mengekek sebab geli hati sangat tak tau apa nak cakap.


Lepas salam-salam and photogedik, kami berangkat ke destinasi masing-masing. Kami ke rumah MIL lah terus. Beraya belah sana pulak. Tapi sampai sana masing-masing dah melepak. Kalau pagi tadi mestilah riuh rumah ni dengan sanak-saudara sekampung. Tapi ni masing-masing dah ke destinasi lain kot. Yang ada biras-biras ku sayang. HAHAHA. Jadilah boleh diajak bergambar seperti biasa.

Lokasi rumah MIL ni memang sesuai bikin photo session I tell you. Banyak dah klip video raya featured this 100th year old house. Termasuk Siti Nurhaliza. Sesiapa nak sewa buat photoshoot ke bolehlah contact I. MUAHAHAHA. Tetiba je kan.

Sampai² je kena paksa posing. Choiiii.

#iwearzawara #zawaralovers katenyeeee

Auwww *tutupmata*

Abam tolong betulkan songkok adik dia. 




Last house of the day, rumah Nanny Midah. Ini 3 rumah memang wajib pergi di hari raya pertama. Nanny masak macam² paling best ada sambal tempoyak oi! Raya makan tempoyak ye. Apadehal, pergi open house pun tuan rumah siap hidang durian buat pencuci mulut. HAHAHA.  


My so 'perfect' family.

Thats the end of our 1st Syawal 1436 Hijrah. Nanti sambung raya kedua next entry.

Selamat ber-open house!


7 comments:

  1. meriahnya .. selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  2. header cantik..jelous ahkak..

    aritu tgk jubah zawara ni mcm biasa je..
    tp bila tgk 2,3 org pakai..mcm berkenan pulok..mcm nk rembak lak satu..hihih

    ReplyDelete
  3. Meletopsss angatttt. Siap berserban bagai. huuu

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear