+ dag dig dug +

October 9, 2014

Sendukkk Fifieeee : Resepi Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum,

Ehem.

Semalam otw balik rumah tanya Abi nak makan spaghetti Olio tak? Ayang nak masak Olio harini. Abi cakap OK je, makan je apapun tapi taknak nasi. Okeh setel.

Balik tu bagi Umar makan dulu. Lepas tu Kakal tanya:

Ibu, cepatlah masak Oreo.


Ha? Oreo apa ni bang? 



Ibu kan tadi kate nak masak spaghetti OREO?



HAHAHAHAHAHA.


Ibu cakap spaghetti OLIO lah! Adoii abang ni.


Lepas itu cargaslah masuk dapur sebab si Abang itu kalau sudah lapar nanti dia meratib 'Abang Lahpah Abang Lahpah'. Aglio Olio ni senang sesangat pembikinannye. Rencah pun tak banyak, sedap dan healthy pulak tu. Memang pilihan terbaik.

RESEPI AGLIO OLIO

10 ekor udang
5 ulas bawang putih (dipotong)
3 tangkai cili kering (dipotong/gunting)
2 biji cili padi
spaghetti (direbus)
Olive oil
serbuk black pepper
chilli flakes (optional)
garam
daun parsley (hiasan)

Cara² 




Masukkan olive oil ke dalam kuali. Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kering. Tumis sampai naik bau lepas tu masukkan udang or any seafood yang korang suka. Balik² kan kejap then angkat dan ketepikan. Itu kalau korang taknak seafood tu masak sangat. Saya tak asingkan pun.

Dah agak² masak masukkan spaghetti yang dah direbus. Taburkan chilli flakes dan serbuk black pepper. Perasakan dengan garam. Dah masukkan dalam pinggan tu hiaskan dengan daun parsley. Saya tabur daun ketumbar je. HAHAHA. 





Bagi husband makan and beliau cakap 'Ok boleh masak ini hari².' 

HAHAHA. Sonang sangat lah mcm gini. 

Oklah, selamat mencuba u olls.

BON APPETITE! 

4 comments:

  1. same arr..tp kite kelmarin buat spagetti aglio olio..ni baru nk tepek gak kt blog..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Namapk sedap n mudah...boleh cuba ni..tq resepi

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear