+ dag dig dug +

November 7, 2013

Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..AL-FATIHAH..

Assalamualaikum,

Dah masuk hari ke 13 pemergian Ayahanda Mertua yang dikasihi. Pemergian yang mengejut sebab takde sakit apa pun. Sakit² biasa saja sebelum ni. Kali terakhir kami jumpa arwah ialah Sabtu 2 minggu lepas. Masa tu ada jamuan makan² kat rumah saudara yang berdekatan rumah PIL juga. Takde perubahan pun pada arwah.

Sifat arwah memang pendiam. Tak banyak bercakap tapi suka melayan cucu-cucu. Bawa pergi kedai, belikan jajan. Biasalah sifat seorang Atok. Arwah panggil suami saya 'Abang'. Mungkin sebab anak sulung kan. Kalau tengok suami saya kat dapur duduk minum mesti arwah tanya 'Abang nak milo? Abah buatkan.' Sebak bila teringat. Arwah juga lah yang selalu urutkan badan suami kalau dia sakit² badan.

Allah lebih sayangkan beliau. Pergi pun dengan keadaan yang senang. Tak sakit, tak terlantar. Sekejap je. 

Abah,

Semoga 'harta' yang Abah tinggalkan didunia ini akan terus menjadi saham Abah disana,
Semoga terus istiqamah sedekah doa, Al-Fatihah buat Abah.

Anak², menantu² dan cucu² akan selalu doakan Abah ye,
Semoga tenang roh Abah disana.

Semoga segala amalan, taubat Abah diterima Allah swt.

Terima kasih atas jasa² Abah selama ini.

Tenanglah Abah disamping Maha Pencipta.




 AL-FATIHAH

Buat Allahyarham Abdul Rahman bin Che Ling


4 comments:

  1. sebak saya baca entry ni.teringat arwah abah saya.
    takziah fie,hubby,ajib & jue.semoga roh arwah dicucuri rahmat.alfatihah..

    ReplyDelete
  2. Takziah fie...semoga arwah tenang di sana..amin

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear