+ dag dig dug +

October 2, 2013

Trip To Penang-Part IV (Jalan² Cari Makan)

Assalamualaikum,

Jom sambung cerita Penang. Ya Allah ini baru pi Penang belum pi Los Angeles ke Paris ke. Pun cerita kau dah panjang berjela ye Jemah. Nak buat cemana, orang tak reti mengarang macam gini lah. Terpaksa cut cut. Kalau jadi director filem memang tak laku filem kau Jemah.

Back to Penang.

Sebenornya dalam list jalan-jalan cari makan saya banyak sangat nak singgah hoi.

- Laksa Janggus
- Coconut Shake
- Rojak Pasembor Menari
- Nasi Kandar Beratur
- Nasi Kandar Line Clear
- Mee Udang Ayu
-dan lain-lain..

Dukacitanya, hanya sempat singgah 2,3 tempat aje. Biasalah faktor pengurusan masa dan anak² kecil memang sedikit memberi kesan. HAHAHA.

NASI KANDAR LINE CLEAR - dah diceritakan perihalnya di sini >> PART I 

PASEMBOR MENARI, GURNEY DRIVE


Disebabkan kitorang datang dah agak lewat maka tiadalah aksi menari daripada Mamak tersebut. Takpelah asal dapat makan sudahlah.







MEE SOTONG & COCONUT MEALSHAKE, PADANG KOTA


Yang ini memang tekak saya yang teringin sangat. Baru turun daripada Bukit Bendera terus menuju ke Padang Kota Lama. Kanak² dah tertidur so they stayed dalam kereta dengan Abi & Papa. Ibu, Mummy, Auntie & Ucu Ika turun dulu makan. 





Mee sotong tu macam mee goreng dan ada sambal sotong atas dia. Sedap! Tapi agak manis sikit tapi i olls ok ajer. Coconut shake pun sodaap abaq ang! Tak taulah lagi sedap dari Klebang ke apa sedap tak pernah rasa yang Klebang punya. HUHU. 


NASI KANDAR KASIM MUSTAFA, LEBUH CHULIA

Haa yang ini Jaja yang nak makan sangat sebab recommended oleh Boss dia. Tepi jalan je kedai dia, makan sekali dengan asap bas lah korang. HAHAHAHA. Kalau nak compared dengan Line Clear memang sedap lagi lah Line Clear. Kalah banyak mata woooo.

Bendi tu menggiurkan.

Tingtong punya Abang Ipar.
Last sekali, jangan lupa singgah kedai Jeruk Pak Ali ye. Yang ini pon tarak gambar sebab driver tunggu tepi jalan saje. Kami masuk cepat2 beli jeruk dan bertolak pulang. Jeruk Pak Ali ni kurang sikit rasa cukanya dari jeruk yang lain tu. Dan ada jual pek² kecil. Boleh juga beli timbang.

Phiewwww. 

Siap juga satu entry lagi pasai Penang. Ada lagi satu entry nak buat. Tunggu esok² lah ye.

Tata!




1 comment:

  1. nasi kandaq tu jugak tetap menjadi pojaan di hati :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear