+ dag dig dug +

March 29, 2013

Paddington House of Pancakes, The Curve.

Assalamualaikum,

Pada suatu hari jalan² dekat The Curve dan nampak kedai makan ni yang sangat cantik interior design dia. Nama kedai tu Paddington House of Pancakes. Dah lama kot ada kat The Curve tapi baru ni dia refurbish dan wallah kedai tu transform menjadi sangat comel. Membuatkan saya terpana ketika lalu bersebelahan kedai tersebut. Mulut terus cakap 'Bestnya makan kat sini'. Walaupun tak tau lah makanan dia sedap ke tak. Asal kedai nampak cantik terus rasa makanan mesti sedap. Masalah disitu.

Hari apa entah hujan masa balik kerja. Abi ajak singgah The Curve lagi sebab takut nak balik rumah terus kang sure tak sempat solat maghrib. Rupanya Abi nak ajak makan dekat Paddington tu. Ohhyemmmmgeee. KEKEKEKE. Suka lah bukan kepalang.

Sebab kan tak pernah makan kat sini, masa browse menu itu muka terkulat-kulat. Waiter 2, 3 kali tanya 'Order sir? Order sir?'. Punyalah buntu sebab semua nampak sangat tempting ok. Last-last suruh waiter tu suggest kan. Haaa senang!

Ini adalah gabungan CREPE + LAMB + PEACH + PLUM SAUCE.
Sedap sangat!

Fajitas

Spaghetti bolognese for Kakal & Sparkle Mint for Ibu.

Nice deco.


otomen ada di mana-mana untuk merosakkan gambar

Menu dia memang from all around the world. Tapi main attraction memang pancake & crepes. Must try sebab sedap sangat. Ingat nak rasa pancake & cakes. Tapi masa tidak mengizinkan nak lepak lama². 
Selepas habis makan dan bayar terus Abi cakap. Ok cukup setakat ini sahaja makan luar. Lepas ni balik masak! 


Pftttttttt~ 





3 comments:

  1. sedapnya.. terliur je bila tengok gambar makanan...

    akak tag blog ini untuk GA MD...

    ReplyDelete
  2. hi, do follow my blog umney.blogspot.com

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear